Monday 31 March 2008

Uniform

Petang tadi ke hoikuen yg Jannah & Aliyah bakal masuk from 4-Apr ni.
Hehehe...habis la lebih kurang ¥27770 untuk uniform both Jannah & Aliyah.
Tapi tu tak termasuk baju musim panas lagi tu...

Apa nak buat, anak sulung kan...kena lah melabur

Bermakna, sikit je lagi berubah la rutin harian kami sekeluarga.Su sendiri lepas ni kena pegi cari part-time supaya Jannah & Aliyah bole ke hoikuen selama yang boleh....

Sangat sangat berharap yang mereka cepat membiasakan diri dgn sensei mereka terutama sekali Aliyah la kan....dan setahun dok ngadap muka mak dia hari hari la katakan....

Monday 24 March 2008

Sotsugyou omedetou

Ada 9 org student di NUT yang sotsugyou Mac ni.Ada yg further Master dan ada juga yg balik Malaysia dan menjadi syakaijin.
Sabtu lepas, 15-Mar kami warga MaDiNa menjamu mereka....

Menu :
Nasi Ayam
Salad kentang
Puding karamel
Karipap
Kek Coklat (home made)
Buah-buahan

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.Juga diadakan permainan BINGO.Su dan Jais membawa pulang 2 hadiah...kuikuikuikui

23-Mar pula kami jemput mereka2 yg sotsugyou datang lunch di rumah kami...Masak simple jer

Menu:
Laksa Johor
Puding Laici
Buah-buahan

Later baru upload gambar la....

Tuesday 18 March 2008

Kabinet 2008

Senarai Baru Kabinet 2008 telah diumumkan.
Secara peribadi 'Wakuwaku' nak tengok pembaharuan Datuk Shahrir....


************************************************************************************

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak


JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek


KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)


KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman


KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng


KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)


KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat


KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail


KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe


KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad


KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin


KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun


KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng


KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN
MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon


KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

Triple kesyukuran...

Hari ini mendapat 3 berita gembira....

1- Su dah berjaya dapat Lesen Jepun. Walaupun kali ke-3 try baru dapat, tapi lega rasanya sebab dah tak pening kepala lagi.

Kalau dulu su orang pertama kena test, kali ni su jadi orang terakhir yg kena test.Tapi course masih sama seperti yg dulu...iaitu Course 1.Cuma hari ni dapat pakcik gempal yg baik hati tu....Yatta!!!!
Masa mula2 tu kinchou la jugak...almaklumlah kereta baru, tak macam kereta yg selalu...lepas tu siap meloncat lagi bila start enjin sebab lupa nak neutral kan Gear.Tapi takpe la, yg penting dah selamat....But since driving experience belum cukup 5 years (actually bln 5 ni cukup 5 tahun), terpaksalah lekatkan Beginner Mark kat kereta....

2- Anak sedara yang sulong ( sekarang umur 26 thn) selamat dapat baby on 16-Mar. Nama Muhammad Eerfan bin Muhammad Faeez. Ini cucu sedara su yang ke-2.

3- Anak sedara su yang ke2 ( sekarang umur 25 thn) selamat dapat 2nd baby on 17-Mar. Also baby boy tapi tak tahu nama lagi sebab gagal dihubungi. Ini cucu sedara su yang ke-3.

Wednesday 12 March 2008

Alhamdulillah

Selain kisah GAGAL driving test tu...sebenarnya ada beberapa good news buat kami sekeluarga....

1- Jais dah dapat tempat for PhD kat NUT (tempat sama)
2- Elaun Rumah/Family dari UTHM( dulu KuiTTHO) dah ON
3- Beli kereta dengan kawan....Kereta Mitsubishi Mirage ( Our MIRA tu keep dulu buat sementara)
4- Scholarship Monbusho extended sampai Aug 2011

So....yg penting sekarang Jais kena completekan master course dulu sahaja sebab yg lain2 dah clear...

Alhamdulillah

Geram nyerrrr

Semalam sebenarnya pergi amek driving test buat kali ke-2.Ada 4 foreigner yg ambil test, Su, budak Philiphine (also 2nd time), Mongol ( 4rd time) dan my kohai ( 7th time)....hihihihi...
Selain su, semuanya ambil Auto dan su jadi org pertama kena test...

Pakcik yg test masih org yg sama macam aritu...pakcik kurus....Last week dia komen psl kat S cara pegang handle x betul( masa tu su guna cara tolak tarik yg kite belajar kat Malaysia dulu2).Atas nasihat guru, pakai sebelah tgn je....So apa lagi....dengan bangganya lalu jalan S tu guna satu tgn...

Tggu punya tunggu sampai 2 jam.....semuanya GAGAL lagi...Tension betol!!!!

Pakcik kurus tu kata x bole guna satu tgn...Akhirnya pakcik tu su tukar nama dia jadik pakcik cengkung!!!!!!

Dan sebab merajuk tu la juga 3rd test ambil Selasa depan 18-Mar...Yang 3 orang tadi tu semua ambil besok 13-Mar.

Balik rumah apa lagi, cari la kat internet cara yg betul pegang handle & call Mayumi(kawan lama) tentang handle ni...Sesapa yg berminat bole refer kat sini. Cara yg Nihonjin kat sini guna ialah Cross Handle --> tangan akan bersilang semasa pusing dan juga semasa jalan lurus tangan berada pada pukul 1010 @ 915...

Errrkkkkkkkkk...semasa jalan lurus tu faham la.Tapi masa turn left/right tu bole ke bersilang???Cikgu bilang tak boleeeeeeeeee..

Pening pening pening pening pening...

Thursday 6 March 2008

Bertukar musim....

Saikin, matahari sudah mula keluar dr celah-celah awan.Matahari, hujan dan yuki keluar bersilih ganti...Alhamdulillah...Seronok tak terkata bile rumah yg biasanya muram/mendung kembali terang kerana adanya cahaya sang mentari...Walaupon sekejap, tp mmg seronok.
Di rumah ni sudah mula sibuk membasuh baju-baju tebal untuk disimpan dalam beg...Hanya tinggalkan 2 helai jaket tebal for Aliyah & Jannah...Baju main snow, gloves etc pon dalam proses membasuh....

Sebulan lagi, Jannah & Aliyah dah bole gi Hoikuen....Tanoshimi da ne...

Banyak cerita nak dikongsi di blog ini, tp masih tak jumpa waktu yg sesuai nak menulis...tambahan lagi sekarang tgh dlm proses penukaran lesen International to Japan....( 1st testo ha zannen deshita kedo).