Tuesday 27 July 2010

Roti Canai



Ini adalah projek minggu lepas. Bukan selalu buat roti canai ni, setahun tu rasanya cuma sekali je.

Kali ni dapat 12biji doh besar2, so...ambil masa 4 hari jugak nak abiskan...GLURRRPPP!!

Resepi mmg ikut resepi cam kat bawah, tapi air tu biasa ler yer...agak2 sendiri..
Kalau nak lihat feedbacks dan tips boleh refer kat sini.
Apapon, mmg menjadi dan sedap dimakan begitu sahaja.Rugi kalo tak mencuba~~~

Bahan-bahan ( 12-16 biji )

  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 egg-50gm
  • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.



Sunday 18 July 2010

Tochigi - Day 3

Hari terakhir 'Jalan-jalan Tochigi' kami penuhkan dengan melawat tmpt2 menarik sekitar Nikko juga.Mula-mula ialah TOBU WORLD SQUARE.
Apakah keistimewaannya?? Sila rujuk sini untuk lebih details.

Salah satu bangunan 'mini'

Terlalu banyak bangunan dan gambar sebenarnya...tak larat nak bubuh...details bole pegi dalam Facebook.

Seterusnya kami menyusuri Kinugawa (Kinu River) seperti...

Pemandangan dari atas Jambatan Gantung KinutateIwa(鬼怒立岩大吊橋)



Onsen kaki berlatarbelakangkan sungai

Seterusnya...kami bergerak pulang ke Nagaoka tercinta...kehkehkeh.. Sebenarnya ada satu Dam yg kami jumpa otw back, dan ianya amat ler menggerunkan.....bukan setakat ianya terlalu tinggi, tapi sebab paras air tinggi dan HANYA KAMI SAHAJA yang ada disituuuuuuu

Apapon, kami selamat pulang selepas melalui gunung ganang...hehehehe..skrg ni tgh pikir2 plan utk autumn pula...hohhoho...sampaikah kami ke Osaka n Shikoku??? tungguuuuu!!!!

Saturday 17 July 2010

Tochigi - Day 2

Selepas check-out Hotel, kami terus ke もみじ谷大吊橋 (Momiji Tani Ootsurubashi).
Ianya adalah Jambatan Gantung terpanjang di Jepun (320m) dan sgt cantik terutamanya dimusim Autumn.

Kemudiannya kami bergerak ke Nikko, salah satu tempat mesti pergi kalau anda melancung ke Jepun.Nikko adalah bandar lama yang terkenal dengan temple-temple sbnrnya, tapi kami tak pergi pon kesana..Kami ke Chuzenji-Lake dan air terjun sekitarnya.TETAPI...hanya ada satu jalan sahaja untuk kesana iaitu Iroha-zaka. Agak zannen sebab hujan renyai dan berkabus dan hasrat nak naik Ropeway juga terpaksa dibatalkan.
Seterusnya kami naik boat-cruising di Chuzenji-lake dan ke air terjun Ryuugen & Kogen.
Chuzenji-lake

Kegon Falls

Ryuugen Falls

Wednesday 14 July 2010

Tochigi - Day 1

Ya...kami pergi bercuti ke Tochigi dari 10-July ~ 12-July.
Kali ni nak buat entry panjang sket dan berkongsi gambar dgn semua.

Bertolak dari Nagaoka pkol 630 pagi bersama2 Fauzi&Imah sekeluarga.
Tujuan kami adalah ke NASU ANIMAL KINGDOM & NASU GARDEN OUTLET.

Nasu Animal Kingdom terbahagi kepada 2 area.
1) Animal Town - arnab, kucing, bird, penguin, monyet kecik, penyu etc
2) Animal Farm - alpaca, sheep, horse, kangaroo, lembu etc

Alcapa - yg dicari2

Salah satu view di Farm area

With sheep

Selain daripada shows/ performances, yang paling menarik tentang Animal Kingdom ni ialah kita dapat lihat & dekati haiwan.Semuanya pon jinak2, kecuali Alpaca yg sembur Jais sebab marah Jais pegang kepala dia...kehkehkehkehkeh...

TANOSHIKATTA~~~