Thursday 28 April 2011

Chocolate Bun with Sugar Rice topping

Selamat ber-ROTI lagi.....

Oleh kerana kat rumah ni ada `hantu` roti, macam ni ler xtvt su setiap minggu.Mmmm...kebiasaaanya projek roti terpaksa dibuat seminggu sekali...Yg kelakonya bukannya roll butter, bukannya Meron pan atau segala macam roti manis...tp semuanya ialah jenis bun kosong...<<--- permintaaan customer....hehehe

Setiap kali uli, WAJIB guna 500gm tepung, tapi cuma sempat untuk 2 kali makan je (minum ptg & pagi).....*geleng kepala*

Biasanya buat doh guna resepi bun Honey+Vanilla ( See HERE), dan kemudian pelbagaikan sana sini.Tapi, baru2 ni mencuba Roti Coklat lak sbb tekak ni teringin la pulak nak makan yg ber-coklat...

hasilnya?????



Tinggi menggunung...
Zoom in....gebu oooo

Resepi seperti biasa la yer...mana lagi sumbernya kalo tak di Jintanmanis. Details, sila refer SINI..
Tak rugi mencubaaaaaaaa!!!

*******************************************************************************
Chocolate Rice Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
sedikit coklat rice@coklat urai
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
120ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan sedikit coklat rice

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan coklat rice dan uli sebati, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit coklat rice, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Wednesday 27 April 2011

Photobook....again

Masih ingat cerita Photobook? Raya tahun lepas, kami ada membuat Photobook sebagai ganti kad raya untuk family di Malaysia...( See HERE)

Bulan March yg lepas, kami mendapat 2 kupon percuma lagi untuk mendapatkan Photobook FREE sebanyak 20mukasurat...Lepas tggu majlis tamat tadika Jannah, baru lah kami buat...


Taraaaaaa!!!!



Memandangkan kewujudan ALBUM yg semakin pupus ( ke dah pupus ?? ), sebelum pulang ke Malaysia ( yg tak kompem2 bila.......*huh*) , Jais mencadangkan supaya kami membuat satu lagi Photobook yg memuatkan gambar SEKELUARGA untuk setiap MUSIM dan setiap TAHUN sepanjang kami berada di Jepun...mmmmm...macam menarik kan???

InsyaALLAH....

Thursday 21 April 2011

Mengandung di Msia VS Jepun

Usia kandungan dah masuk minggu ke-33..sekejap je masa berlalu dan tau2 je nanti baby dah ada disebelah...hehehe.

Selama ni tak pernah buat entry pengalaman2 mengandung di Jepun.Jadi, mengambil kesempatan masa lapang yg tak terisi ni untuk menulis secara ringkas.

Apa yg berbeza?Mmmmmm....secara ringkasnya.....

1- Doktor dan nurse kat sini sgt2 details...
2- Banyak dokumen/kertasyg perlu diisi & prosedur yg perlu dilalui sebelum anda layak untuk membuat pemeriksaan dihospital.
3- Anda akan discan setiap kali check-up.
4- Check up sebulan sekali hingga minggu ke 28, kemudiannya 2minggu sekali, dan seminggu sekali bila masuk minggu ke 36.
5-Ujian darah ( Hg) diambil 3 kali sahaja ( 12W, 28W & 34W)
6-Pemeriksaaan tekanan darah & berat badan dibuat sendiri oleh ibu mengandung
7-Checkup perlu ada appointment.
8-Doktor hanya memeriksa & lain2 mini ceramah dan penjelasan akan dibuat oleh nurse/midwife.
9-Nurse/midwife akan menerangkan dan membincangkan secara terperinci ttg cara2 penjagaan diri &baby etctermasuk gizi seimbang etc --> ada buku teks sebenarnya
10-Ibu2 perlu menghadiri Maternity Class(total ada 3 kelas, tp su pegi yg last je)


Cukup 10? ada lagi sebenarnya...iaitu cara2 mengira pergerakan baby dalam sehari bila kandungan masuk 34minggu....tp nnti ceritakatnext entry ler...

Wednesday 20 April 2011

Senaman baby songsang

Anda-anda diluar sana tahu x tentang senaman untuk membetulkan bayi songsang?
Kali ke-3 mengandung, baru su tahu kewujudan senaman ni...Selama di Malaysia,kita anggap bayi akan pusing kebawah bila tiba `masa`nya. Tak pernah amik serius hinggalah kalo dah nak bersalin baru ler nak amik tahu.

Masuk usia kandungan ke 32minggu, baby sudah mencecah 2100g dan bila scan, kepala baby masih kat atas.Jadi, doktor menyarankan supaya membuat `Senaman` untuk membetulkan kedudukan baby di dalam perut....




Gambar diatas ialah cara yg disyorkan oleh doktor disini...


Posisi seakan2 dalam keadaan sujud untuk 5min, dan kemudiannya rebahkan badan kesebelah kanan atau kiri bergantung pada kedudukan badan baby dan baringlah selama 20-30min...
Kalau badan baby disebelah kanan ---> rebahkan diri kesebelah kiri dan sebaliknya.....

Yang pastiiii....penat ooooo...betul2 penat..

Esok doktor nak tengok lagi sekali  samada kepala baby dah pusing kebawah atau belom.Aiyaaa...suhaila baru buat 2 kali je...Ntah yer...rasanya baik biar baby pusing secara semulajadi bukan??? daripada dipaksa2...buat hati xtenang dan lagipon takut tersalah pusing kang tali pusat membelit leher la pulak...

Macam-macam....

Monday 18 April 2011

Strawberry Picking

Musim sekolah dah berlalu, takde cerita lak nak tulis.Nak cerita pasal nuklear dan tsunami tu byk, tp rasanya tak perlu nak peningkan kepala org lain sbb sendiri pon pening nak terangkan kat org lain.Yang pasti...semuanya masih terkawal di nagaoka ni. Ikan mutan ke, sayur mutan ke, susu mutan ke....smua tu su tak amik pusing sgt sbb hampir setiap hari semak kat website Niigata-ken ttg tahap radiasi, dan takde value yg `mengejutkan` lagi...InsyaALLAH..

Yang penting...hargailah setiap masa yg berlalu dan penuhilah ianya dengan perkara2 yg berfaedah.

Mengambil kesempatan renewing visa baru2 ni, kami sempat singgah ke ladang strawberry untuk xtvt strawberry picking.Mula2, plannya nak ajak budak bujang yg temankan sbb Jais bz menulis journal, tp last2 class pon dah mula & jais pon kate dia dah hampir siap, angkut ler budak kepoh 2 orang tu skali.Kebetulan pula 2,3 ari before tu gempabumi sambung menyambung.Risau la pulak nak berenggang dgn budak2.Dah ler takde family yg lain kat Nagaoka...huhuhu

Meh tengok gambar meh...

   
Sebahagian strawberries
Aliyah

Jannah  


Hasil petikan Jannah & Aliyah...besau2

Last sekali....mak buyung ler...

Lepas ni turn bunga la pulak --> Sakura & Tulip

Saturday 9 April 2011

入学式 : Entrance Ceremony

Akhirnya, hari yg ditungu-tunggu telah tiba ---> Entrance Ceremony Standard 1
Seawal pagi, Jannah dah bangun dan bersiap2.Aliyah lak bersiap2 ke hoikuen (nasib baik dia tak mau ikut)

Jannah dan gown, Aliyah & uniform Hoikuen

Acara bermula dengan sambutan di gym yg turut dihadiri oleh beberapa wakil2 AJK tempatan, selain ibu-bapa, guru2 sekolah & kesemua murid2 sekolah.



Khusyuk mendengar taklimat Pengetua

 Selepas selesai majlis di gym, semuanya beredar masuk ke kelas untuk taklimat yg lagi detail dari guru kelas.Guru kelas merangkap guru segala subjek termasuk P.E bernama SUZUKI MARIKO.


Cuma ada 21 orang murid je

 Selesai semuanya, kami dibenarkan balik pada pkol 1120 pagi.....


Di hadapan rak kasut *Murid perlu menggunakan kasut yg lain semasa di dalam bangunan sekolah*
 

Ini pula ialah buku2 text murid darjah 1. Ringan, nipis & percuma.Sebahagian tax yg dibayar oleh penduduk Jepun digunakan untuk menyediakan buku2 text di sekolah.


Dengan ini, bermulah satu lagi cabaran baru untuk Jannah. Semoga dia berjaya dan seronok dengan persekitaran yg baru...InsyaALLAH...

Friday 8 April 2011

Hadiah

Lewat malam smlm, Jepun bergegar lagi..Nagaoka tempat su pon tak terkecuali.Walaupon gegaran agak kecil berbanding tempat pusat, sgt2 mengerikan.Lagi2 selepas sejarah & sedikit trauma akibat gempa bumi & tsunami 11-March yg lepas.

Berbalik kepada tajuk, seperti dijanjikan dalam entry sebelum ni, mari kita lihat hadiah2 daripada Hoikuen sempena Sotsuen baru2 ni..

Album `OMOIDE`, Kamus Bahasa jepun & CD persembahan
Sebahagian gambar yg terdapat dalam album `OMOIDE`

Album `OMOIDE` ni agak special sket.Gambar2 didalamnya adalah berlainan bagi setiap murid.Ianya adalah album yg dibuat secara MANUAL oleh guru2.


Tadika kat Msia, selain sijil, ada dpt hadiah ke?

Tuesday 5 April 2011

習字 : Calligraphy

Shuji atau Calligraphy adalah sejenis seni tulisan Jepun menggunakan berus khas.
Di Jepun, kanak2 memulakan tulisan Shuji mereka sejak berumur 5 tahun ( tp mgkn juga tidak semua tadika yg mewajibkan ).

Semasa di Kosen dulu, Su ada juga berpeluang mempelajari seni tulisan ini. Kebetulannya ada seorang emak angkat adalah seorang guru Shuji.

Susah sebenarnya untuk menulis menggunakan berus, selain balancing kiri kanan atas dan bawah, kita perlu ada ilmu dalam teknik dan turutan menulis huruf jepun, terutamanya Kanji.Selain itu, pergerakan tangan juga perlu lembut & tidak keras..

Dibawah ini adalah beberapa contoh hasil tulisan Jannah di tadika. Secara keseluruhannya, dia adalah antara murid yg selalu mendapat pujian dan hasil tulisannya juga sering dipamerkan di tadika.

Sebahagian hasil tulisan Jannah
  
Bagi seseorang yg tidak berjiwa seni & tangan bangku ( hehehe) seperti Su, ntah yer....tapi, ada satu hasil tulisannya yg sgt2 menarik perhatian... 
Kenapa su tertarik? sebab......bukanlah mudah untuk menulis kanji 月(bulan) & 光 (cahaya) dengan cantik dan rasanya Jannah berjaya menulisnya dengan baik sekali !!! ちょっと感動!!


Monday 4 April 2011

卒園式

卒園式(そつえんしき) ataupon disebut sebagai Majlis Penyampaian Sijil Tamat Tadika (mak aiii panjangnya bila jadi BM ) berlangsung minggu lepas, 28hb March 2011.

Majlisnya terbahagi kepada 2 sessi :

1- Penyampaian Sijil
   
    Termasuklah acara penyampaian sijil, bergambar, persembahan nyanyian, persembahan ala2 brass band, ucapan dari setiap murid, selain ucapan dari pengetua dan wakil2 dari Sekolah Rendah berhampiran.


Menerima sijil dari pengetua
Bara gumi & home teacher

Dari kiri : Mami sensei, Megumi sensei , Pengetua
           
Persembahan pianika
 
Persembahan marching & brass band


2- Majlis ramah mesra bersama sensei-tachi aka Makan2 ala kadar

    Mmmm...lepas selesai upacara persembahan dan penyampaian, tibalah masa untuk makan2.Tapi makan2 di Jepun ni takleh nak samakan dengan makan2 kat Malaysia...huhuhuhu.



Makanan untuk dewasa - set sushi simple, air oolong tea & jelly


Sebenarnya keseluruhan majlis sepatutnya selesai pada pukul 230ptg, tp akhirnya.....pukul 430ptg baru bole balik. Penat??? huhuhu...sgt2 ler penat.Penat duduk diatas kerusi rendah, ditambah lagi dengan perut yg semakin membesar...Tapi tak kisah la, yg pentingnya Jannah sengih memanjang dan semua org hepiiiii.

Next entri nnti boleh la tepek apa hadiah yg diorg bawak balik...lupa nak amik gambo daaa