Monday 30 May 2011

Baju 200yen

Ini juga adalah antara xtvt menjahit yg terakhir sebelum bersalin (oopppssss...su blom bersalin lagi tapi yer).
Sememangnya sangat2 ler boring dok umah tanpa ada projek. Tiap hari nak masak2 pon, tak seronok la jugak...tiap hari nak jalan2 pon tak larat la jugak...

Godeh sana godeh sini, teringat kat kain yg dibeli dgn harga 100yen (0.5m). Kebetulan mmg beli 2 helai, jadi cukup ler untuk buat T-shirt Jannah & Aliyah....

Sbnrnya, pada su.....buat T-shirt @ dress ni lebih senang berbanding buat baju kurung...maybe sebab baju kuurng ada byk bahagian yg nak kena potong mcm pesak ler, ketiak ler, tangan ler...pastu kena tebuk leher ler..
Kalo T-shirt @ dress ni, plg susah pon maybe leher la kot...

Btw, bajunya simple jer yer...orang jepun kata `Fudan gi` = 普段着、Orang Melayu kata, baju basahan...
Disebabkan malas nak buang kain kat bawah yg lebih tu, kiri kanan bahagian bawah baju tu su buat ala2 baju bai...dan juga tambah kocek kat bahagian depan.

baru lepas cantum...nak kena ukur kat badan baru alter sana sini

Dah siappp!!!

Sunday 29 May 2011

Tuna & Red bean Bun

Aktiviti men-roti minggu lepas rasanya....biasanya buat roti masa on weekday, tapi yg ni buat masa weekend sebab boring takde benda nak buat. Belek sana, belek sini...bukak buku sana, baca blog sana sini....akhirnya resepi Ros@JintanManis jugak yg jadi pilihan...

Cuma, kali ni ubah sket presentation...bagi budak2 tu rasa jakun sket...hehehehe


Jejari Tuna & Red Bean...

Kes malas dah...isi jer kacang merah dalam tu...

Tuna Bun ...isinya sbnrnya kat dalam, pastu gunting sket atasnya dan tabur cheese


Resepi boleh refer kat bawah;


Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.

Monday 23 May 2011

Genki Up !!


Ahad depan, 29hb Mei ialah Hari Sukan sekolah Jannah.Sebagai salah satu persediaan, semua murid tahun 1 & 2 diberi surat diatas...

Setiap pelajar diminta untuk meletak `target` dan membuat jadual untuk ;
1- Tidur pada pukul berapa
2- Selewat-lewatnya tidur pada pukul berapa
3- Bangun pukul berapa

Ianya untuk memastikan semua pelajar dpt tidur awal & bangun awal setiap hari untuk memastikan badan yg sentiasa segar sebagai persediaan menjelang Hari Sukan.

Untuk Jannah yg AGAK LIAT nak tidur awal, surat kat atas ni su gunakan untuk gertak dia tidur awal.Lagipon terdapat coloum untuk penjaga bagi penilaian ; samada mengikut jadual atau tidak.

Apapon, pukul berapa nak bangun & tidur tu, su suruh Jannah yg fikir sendiri. Memula tu dia letak nak bangun pukul 5 pagi...Tak pasal2 smlm pukul 5 pagi dia dah bangun dan kejutkan mak ayah dia !!!
Adussss!!!!!

Bila slow talk semula dgn dia, baru la dia tukar jadi 640am ; iaitu 1 jam sebelum masa untuk ke sekolah
 ( wpon sbnrnya dia selalu bgn pkol 7am...kehkehkehkehkeh)

Kita tengok ya...berapa lama bole bertahan...*smile*

Rubella

Masih ingat tak kenangan dicucuk Rubella semasa darjah 6 dulu? (pada zaman su dulu, suntikan Rubella diwajibkan pada kanak2 perempuan berumur 12tahun).

Salah seorang kawan lama menceritakan yg dia ditarik keluar dari bawah meja oleh 3 orang nurse semasa aktiviti cucuk mencucuk....hehehe...su pulak kalo tak silap, waktu tu demam, jadi terpaksa g klinik sendiri dengan mak.

Semasa pengambilan sample darah 2minggu lepas; semasa kandungan berusia 36W, doktor mengatakan yg paras/nilai Antibodi Rubella dalam badan su agak rendah. Ianya adalah perkara biasa apabila umur kita meningkat.Mereka mengesyorkan untuk mengambil suntikan dengan bayaran 7140yen.

Walaubagaimanapon, ianya bukanlah paksaaan sebab walaupon antibodi Rubella kita rendah, tidak semestinya kita akan dijangkiti virus Rubella. Ianya hanyalah persediaan/pencegahan dan langkah berjaga2 untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku.Terutama sekali bagi mereka yg mempunyai rancangan untuk mengandung lagi.

7140yen sebenarnya agak mahal la juga.Lagipon jumpa di blog rakan2 bloggers bahawa bayaran di Malaysia jauh lebih murah ( sekitar RM60++). Jadi rasanya balik Msia nanti baru pi klinik untuk buat pemeriksaan darah sekali lagi...

Apapon, ini ada link untuk menambahkan pengetahuan kita semua...dipetik dari blog Dr Zubaidi

Sunday 22 May 2011

Tulip disana sini

Baru perasan yg gambar Tulip tahun ni belom post lagi...Untuk tahun2 sebelum ni bole tengok kat SINI.
Rasanya takde apa sgt nak cerita ttg tulip ni...kita tengok gambo je ler yerr.
Lokasi seperti biasa : Echigo Hillside park

Salah satu permainan di Echigo Koen

Tulip Pink

Rasa cantik lak bila dia tanam selang seli

Tulip Merah

Pelik??

Pelik???

Lagi pelikkkk??

Sebenarnya ada byk lagi gambo2 tulip ni. Ada yg kaler oren, purple etc...cukup la takat ni yer...

Saturday 21 May 2011

Sejam di Higashiyama Family Land

Cuaca di Nagaoka ni semakin hari semakin panas, terutamanya sejak minggu lepas.Hampir setiap hari mencecah 26C, yg mana sama dengan suhu hujung bulan 7 tahun lepas.Ramalan mengatakan minggu depan baru suhu turun sket...Kak lela yg diOkinawa kata Okinawa cuma redup2 je dengan suhu sekitar 21C-22C...

Dunia oh dunia...

Memandangkan hari ni jais malassss ke lab, kami pergi ke Higashiyama Family Land untuk melihat arnab, kambing putih & pony.Sebenarnya mmg setiap tahun kami akan ke sini, terutama sekali ke atas puncak bukit, memasang khemah & bersantai2 di situ setiap kali summer mula menjengah.

Sebenarnya ada juga standby khemah dlm kereta, tp oleh kerana ni bidang terjun punya rancangan dan masing2 tak bawa bekal utk lunch, hanya sempat ke tempat haiwan je ler..

jom layan gambo..



Sunday 15 May 2011

Doa selamat

Niat untuk mengadakan makan2 dirumah dan doa selamat akhirnya terlaksana juga pada 9-Mei lepas (Hari Ibu).

Doa selamat dan bacaan Yassin yg bertujuan untuk depermudahkan urusan kelahiran bayi pada khususnya, dan juga kesejahteraan kepada smua warga MaDiNa secara amnya.

Alhamdulillah wpon sudah masuk 36W, masih dikurniakan kesihatan dan masih larat untuk memasak.Tapi, idaklah menu yg berat....simple je...

Antara menu pada hari itu;

1-Nasi Hujan Panas
2-Ayam Masak Merah
3-Acar Jelatah
4-Karipap
5-Pau
6-Agar2 sirap
7-Air Sirap Limau
8-Buah-buahan

Ditambah dengan menu sampingan kawan2;
1-Karipap
2-Bubur chacha
3-Agar2 sirap
4-Kek Coklat
5-Keropok

Terpaksa makan diruang dapur

Menu

Ladies : ramaikan!!! padahal ada lagi family yg takde ni

Sessi menemuramah


Alhamdulillah.....

Tuesday 10 May 2011

6-6-2011

Pada kenalan yg rapat, mungkin agak familiar dengan tarikh di atas : 6-6-2011.

Ya, ianya adalah tarikh due date baby yg ke-3 yg sedang dalam perut ni....

Tetapi, ptg tadi baru mendapat pengesahan yang 1st defense Jais juga jatuh pada hari yg sama, jam 1030am...

huhuhu....terkedu la juga sekejappp...

Hari Ibu

Hari Ibu disambut pada 9Mei lepas di hampir seluruh dunia ( ada negara yg menyambut hari Ibu pada tarikh yg lain).

Di Jepun, 2@3 minggu sebelum itu, kebanyakan pasaraya akan membuat satu corner khas untuk para pelanggan memilih & mengirim hadiah untuk ibu-ibu mereka..Kebanyakannya ialah baju, beg, sapu tangan, beg tangan, payung, tuala, kasut dan ada juga brg2 kesihatan dan pelbagai lagi...

Family su sbnrnya tidak mempraktikkan sambutan hari-hari istimewa...tak kira la Hari Ibu ke, Hari bapa ke, anniversary ke... even hari Lahir pon kami tak menyambut didalam keluarga ( Hari Raya je yg kami sambut...hehehehe).

Mungkin kerana kesusahan hidup semasa kami dibesarkan ( mmm...masa zaman su mgkn tak terlalu susah rasanya), ditambah pula dengan situasi arwah abah yg selalu masuk hutan  ( arwah abah ialah Polis Hutan ) dan selalu meninggalkan rumah menyebabkan mak tidak mempunyai peluang untuk membuat makan2. Cuma, biasanya sekali dalam setahun tu mak akan panggil orang utk buat doa selamat di rumah...

Bila su berkahwin, family suami pon tak begitu mengambil berat ttg sambutan hari2 istimewa.

Zaman Jannah & Aliyah, kami hanya menyambut Hari Lahir mereka dengan sebuku kek span disalut krim...dan biasanya hadiah pon dibeli sebelum-sebelum itu yg biasanya cuma lah getah rambut atau baju kartun kegemaran mereka, ataupon barang2 melukis dan mewarna ( sebab inilah kegemaran adik beradik 2 org tu).

Walaubagaimanapon, tahun ni su menerima `hadiah` istimewa dari Jannah...jeng jeng jeng..


Kad Hari Ibu dari Jannah



Jais menawarkan jam Baby-G bertali besi yg agak mahal dan agak sporty serta lawa...(sbnrnya berkenan juga), tapi terasa mahal la pulak dan jam tangan yg lama pon masih elok lagi...
Daripada jam tangan, baik su kumpul barang2 S-I-L-I-C-O-N kannnnn......hehehehe

Lagipon,.sebenarnya sudah ada satu `hadiah besar` yg telah dianugerahkan oleh-NYA kepada su pada tahun ini....cuma menanti masa yg sesuai untuk menerima amanah-NYA..

Kesudahannya....kena cepat pikir nama baby!!!!

Monday 9 May 2011

Mengira gerak baby

Minggu Emas di Jepun sudah berakhir, dan anak2 dirumah ni sudah memulakan persekolahan seperti biasa KECUALI seorang budah kepoh yg mengada2 dan berlakon kununnya selsema & batuk ....*aiyaaa*

Kalo dulu, mmg kompem kena paksa, tp skrg dengan perut yg maju kedepan ni...tak kuasa weihhh.Tambahan pula sudah dpt cikgu baru utk gantikan kelas pagi....yabedabeduuuuu

Berbalik pada tajuk diatas, dalam entry sebelum ni (click HERE) su nak kongsi satu lagi perbezaan mengandung di Jepun.

Ingat tak bila dah masuk 34W, kita akan diberi jadual dan disuruh rekod `waktu/jam` baby kita cukup 10 pergerakan dalam sehari bermula dari awal pagi. .Ianya adalah salah satu cara manual untuk monitor baby didalam kandungan sihat dan tidak lemah. Biasanya kita akan menulis samada 10:30am @ 12:00pm etc..

Di sini juga ada aktiviti yg sama, cuma sedikit berbeza. Di Jepun, kita perlu catatkan/rekodkan berapa `MINIT` yg diambil untuk baby bergerak 10kali apabila baby mula bergerak. Caranya,

1- Tetapkan masa yg sama setiap hari untuk mengambil bacaan (digalakkan pada waktu tghari)...
2- Apabila baby mula bergerak, kira berapa lama masa yg diambil untuk cukup 10 kali gerakan
3- Jika baby mengambil masa lebih dari 40min untuk bergerak 10kali, rehat semula lagi dan ulang langkah 2
* baby yg sihat akan mengambil masa dalam 20min untuk bergerak 10kali...

Su buat dua-dua cara sbnrnya...hehehehe

Friday 6 May 2011

Menghitung hari

Telah mula menghitung hari, hari yg bakal tiba tak lama lagi...Wpon tak boleh dikira dengan tangan dan juga tak bole dijangka secara tepat, tapi terasa dah tak sabo la pulak.
Ini semua gara2 check-up perut pagi td dan dapat lihat muka baby dgn jelas-sejelasnya sebab baby tgh tidur nyenyak...hehehehe*BIG BIG SMILE*

Terselah mukanya yg bolat ..kehkehkehkeh *BIG SMILE again*



Aliyah masa berusia sebulan

Jannah masa berusia 21hari

Muka baby yg su nampak dalam screen td pon sepesen gak mcm muka Jannah & Aliyah...
Orang kata, sama acuan...
Tapi konsep sama acuan tu tak praktikal dalam family su sebab kami, 7 beradik dengan 7 muka...kulit pon ada yg putih melepak, ada yg sawo matang dan ada yg golappp..

Mmmm...tp family belah Jais mmg sebijik semuanya..

Selain itu, tak boleh dinafikan yg bulan May ni sgt2 sebok sebenarnya. Jannah sebok sekolah dan latih bersukan ( Hari Sukan pada 30-May), Aliyah sudah mula latihan Marching , Su yg masih ada kelas pagi yg perlu pergi ( yg ni hrp2 ada ler yg ganti) dan Jais yg ada 1st defense akhir bulan.
Harapan semoga semua urusan dipermudahkan-NYA..