Monday 13 January 2014

Tahun Masihi VS Tahun Hijrah

13 hari menjejak ke tahun baru Masihi 2014, saya baru berkesempatan untuk menulis ....

Apapon, Selamat Tahun baru 2014!!!

Semasa saya membaca entry INI , tulisan Kak Leyla yang berada di Okinawa, saya terdiam sebentar.

Ada 2 perkara yg berlegar di fikiran :
1- Mmg susah untuk mengingat takwin Jepun....huhuhuhu
    (saya lahir pada tahun Showa 53 dan tamat belajar di Kosen pada Heisei 13)
2- Ya, semakin lama takwin Hijrah semakin dilupakan.Yang ini saya sendiri akui kerana saya sendiri hanya mengingati tarikh2 penting sahaja seperti Ramadhan, Syawal, Awal Muharram, hari Assyura etc..

..
..
..
..
..

Berbalik kepada cerita Tahun Baru, ada 2 peristiwa besar berlaku di dalam keluarga kami.

A- Tahun baru Hijrah 1435
Kembalinya ke-rahmatullah bapa mertua saya pada 9-Nov-2013 (5 Muharram 1435) selepas hampir 11 hari koma.

B- Tahun baru Masihi 2014
Lahirnya puteri kami yang ke-4 pada 5-Januari-2014(3 Rabiul Awal 1435) seberat 3.75kg


Semoga kami sekeluarga dan seluruh umat Islam sentiasa berada di bawah lindungan-NYA.