Thursday, 30 December 2010

Earflap Boshi

Waahhh...dah 30hb Dis arini..

Cuti ujug tahun ni, kami dok golek2 dan panaskan badan kat Nagaoka je...No OSAKA, No TOKYO...
Nampaknya tahun ni pon takde rezeki nak ke Osaka...InsyaALLAH lain kali kalo ada rezeki dan diizinkan..

Btw, dah lama tak upload gambar kraftangan kat sini kan...Sebenarnya recently, mmg takde xtvt jahit or kait or etc pon...Ini ler yg plg latest, itu pon buat gara2 nak abiskan benang2 murah yg dibeli last year.Xtvt men'CLEAR'kan barang2...hehehe

Bersama model yg malu2

Pandangan sisi

Pandangan dalam




Utk lebih tebal dan warm, su gunting kain knit dari topi lain dan jahit bersama.
Tapi mmg betul ler, musim sejuk2 ni mmg xtvt knitting plg sesuai kot...tekun je..

Bahan2 yg digunakan (size 54cm):
1.5 gulung benang pink (main color)
0.5 gulung benang pink cair (sub color)
Jarum lak su guna mata no 6

*Masa yg diambil utk siapkan : 3 hari (kura-kura pace)

TQ

Monday, 27 December 2010

Mari membuat Cookies

Ini adalah xtvt bersama kids masa cuti 23-Dec yang lepas.
Kebetulan dapat free coupon dari kawan, so pergilah dengan budak kepoh 2 orang tu...

Mencetak

Cheeezu

Peralatan yang boleh digunakan

Hampir siap dah

Masuk oven, bakarrrr

Rehat jap
Kemas dan basuh alat2
Jeng jeng jeng...dah siap!!!

Dapat banyak ni jer..

Cookies sebanyak tu berjaya dihabiskan tak sampai 5minit...hehehehe

Thursday, 16 December 2010

16-Dis-2006

4 tahun yang lepas, pada hari ini Aliyah selamat dilahirkan, seberat 3500g & sepanjang 52cm.

Sebenarnya semasa Aliyah 6 bulan dalam kandungan, Jais dah terbang ke Jepun dulu untuk sambung Master.Tinggal ler su dan Jannah di Malaysia sampai ler lepas pantang baru kami semua datang ke Jepun.

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak tanpa suami disisi, tentulah tak berapa seronok.Lagi ler waktu tu raya puasa pon dengan Jannah je berdua.Tapi, mempunyai adik beradik yg ramai tentulah tak sunyi kan...walaupon dah 7 bulan, tetap beraya ke Johor dan Muar seperti biasa.

Walaupon Jais dah ke Jepun, su masih tinggal dengan In-Law sebab dekat ler jugak (15-20min) nak ulang alik ke kilang.Bila hujung minggu baru ler balik Simpang dan macam tu ler xtvtnyer hingga la Aliyah lahir.

Su pergi hospital masa azan subuh dan terus masuk labour room sebab rahim dah buka 7cm.Tapi...pkol 1030 baru ler Aliyah lahir.Lama kan?? ada setengah orang kalo dah 7cm tu cepat je terus 10cm dah bersalin.Bahagian masing2.

Sakit bersalin tu tentulah, tapi kalo dibandingkan Jannah sangat2 kurang.hehehehehehe.....
Keluar dari labour room, tengok2 mak dah datang dari Simpang.Alhamdulillah, ada orang nak temankan kat hospital.

Kalo nak tau, dari sejak Aliyah lahir, hujan lebat dan berterusan di Johor yang akhirnya banjir besar melanda Johor.Ingat tak peristiwa Kota Tinggi tenggelam etc? Kampung Jais pon tak terkecuali...hujan setiap hari dan jalan masuk kampung pon banjir.Tapi alhamdulillah ada satu jalan yg tak banjir dan dari situ ler su balik ke Simpang selepas 2 minggu kat kampung Jais.Cuak betul masa tu.....

Bila difikir semula, betul la orang kata yang emosi ibu semasa mengandung mempengaruhi emosi dan perangai anak yg dikandungnya.Aliyah agak kerap menangis berbanding Jannah dan hati dia agak keras....tapi su rasa su takde ler menangis time ngandung, cuma banyak rasa tertekan..byk perkara perlu difikirkan...

Apapon, semoga Aliyah membesar dengan sehat dan cergas dan dilembutkan hatinya selalu.InsyaALLAH.

Wednesday, 15 December 2010

日本人はなぜOOなのか? = "Why Japanese OO" ?

Ianya adalah satu program TV yang membuat questionnaire/soal selidik kepada foreigners in Japan, tentang apa pendapat mereka tentang Japanese.Well, rasanya dah banyak tengok program yg lebih kurang macam ni, tapi layan je ler dan pada masa yg sama, makin terasa yg Japanese ni sgt2 ler sibuk nak tau pasal orang keliling.

MC rancangan ni ialah Bit Takeshi dan Kokubun-TOKIO.Yang menariknya, ianya bukan setakat questionnaire semata-mata.Tapi untuk certain2 topic, siap ada pandangan dari journalist atau professor yg berkaitan.

Zannen, su tak boleh nak ingat all the 20's ....yg ingat cuma...

1-日本人はなぜ肩書きに弱いなのか?
*Kenapa orang Jepun lemah/takut pada orang yang berpangkat/berkedudukan tinggi
 
Sbnrnya yg ni kurang faham sgt tapi journalist ada bagi contoh berkaitan sejarah Jepun.Foreigners pula bagi contoh yang name card Jepun terlalu details.Supervisor, Sr Supervisor etc.

2-日本人はなぜ温泉が好きなのか?
*Kenapa orang Jepun suka masuk hot spring?

Setuju setuju setuju!!!
3-日本人はなぜ並ぶのが好きなのか?
*Kenapa orang Jepun suka beratur ?

Yang ni setuju sesgt, even nak tgk wayang pon nak beratur panjang2.Itu blom kira orang yg beratur nak beli sesuatu produk yg baru launch etc.Yg peliknya, takde la pulak yg nak potong Q.


4-日本人はなぜ周りを気にするなのか?
* Kenapa orang Jepun suka ambil tahu hal keliling?

Yang ni pon ada benarnya.Jepun yang terlalu kisahkan negara jirannya.Even negara jiran dapat pingat emas lebih pon diorang dah mula buat analisa.Mmmmm...tapi positive la juga

5-日本人はなぜメガネが多いのか?
*Kenapa orang Jepun ramai pakai cermin mata?


6-日本人はなぜ時間に正確なのか?
*Kenapa orang Jepun menepati masa?

Rasanya `Japanese=masa` adalah perumpamaan yg paling tepat.

7-日本人はなぜ勉強が出来なくなったのか?
*Kenapa ramai orang Jepun yang tidak cemerlang dalam akademik.

Yang ni susah nak komen.Tapi, masa program ni diorang ada bagi soalan pecahan pada University students, dan hanya separuh je yg berjaya menjawab dgn betul.

8-日本人はなぜ英語話せないなのか?
*Kenapa orang Jepun tidak mahir berbahasa Inggeris?

Menurut professor yang di tanya, native speaker guna otak kanan semasa berkomunikasi.Tapi, orang Jepun menggunakan otak kiri yg lebih kepada memikirkan tentang makna perkataan.Sebab itu la diorang punya English pronunciation tak bagus.

9-日本人はなぜ老人に冷たいなのか?
*Kenapa orang Jepun dingin terhadap orang tua?

Ramai orang2 tua dihantar ke Rumah Orang2 Tua etc...dou ka na?

In general, su setuju dgn soalan2 kat atas.Tapi, sejak duduk Nagaoka ni....ada satu lagi persoalan...

 Kenapa orang Jepun melayan anjing (pet) seperti baby/anak sendiri? Pakaikan baju, bawa bersiar siap pungutkan n***s dan bawa balik lagi, ada kedai gunting rambut/bulu etc.Malah su pernah nampak seorang makcik letak anjingnya dalam stroller baby...ish ish ish ish..


Jepun oh Jepun.
Tapi bila buat kira2, hampir 8 tahun dah menghabiskan masa di Jepun.
Maybe lepas ni bole buat list "Why Malaysian  OO" ?
hehehehehe

Monday, 13 December 2010

Lion + Tiger = Liger

Sebelum2 ni pernah juga cerita Liger ni keluar dalam TV.Kebetulannya semalam di program ItteQ, Imoto ada buat liputan ttg LIGER.Ya, LIGER ialah kacukan antara Singa jantan & Harimau betina.
Tapi smlm di ItteQ, takde pon cerita details sgt...cuma trainers menerangkan yang LIGER ni lebih powerful dan bigger dari makpaknya...takut takut takut

Dou ka na? Kalau tak silap, su pernah tertengok kat TV mengatakan yg LIGER ni mendapat bantahan dan tidak diiktiraf sebab ianya lahir bukan secara semulajadi. Dan dalam masa yang sama, terjumpa lak Video ni...



Nak kena cari lagi la info ttg haiwan ni...dan kalo sesiapa yang ada info, boleh la berkongsi

Monday, 6 December 2010

Breakfast : Asa-gohan : Sarapan : Minum pagi

Pagi2 yang cerah tapi sejuk ni nak bukak cerita pasal breakfast pula.

Apa menu breakfast yg paling common?
Kalo dulu kat Msia, mak mertua mmg masak breakfast tiap2 pagi wpon cuma ada 4 org je kat rumah.Biasanya yg goreng2 ler cam keledek goreng, keladi goreng ( ishhh sedapnya), pisang goreng, nasi goreng...Bila ujung mggu tu, kengkadang tetiba je pepagi ada org tgh membuat karipap or bihun goreng.Pendek kata....mmg wajib ada SARAPAN dan semuanya buat sendiri oooo...

Lain pula dgn mak sendiri.Family kami sebenarnya j-a-r-a-n-g sekali makan sarapan, terutama sekali weekdays.Sepanjang zaman persekolahan, mmg biasanya pagi minum air kosong je ( org tak suka susu la katakan).Bila makan berat, kompem sakit perut !!!.
Hujung minggu lak biasanya kami makan nasi lemak ke, mee goreng ke, pau ke, lontong ke ( ishhhh sedap ler pulak)...tapi smuanya beli je...beli dari jiran yg jual kecil-kecilan kat tepi jalan.Kata mak, tolong ibu tunggal....hohohohoho

Bila dah dududk Jepun ni...biasanya weekdays, breakfast makan roti je....bile weekend tu ler baru gatai sket nak buat yg lelain.Tapi biasanya jemput2 je pon.Kalo terajin, buat ler Roti Canai ke.Nasi Goreng, Mihun goreng etc tu skarang dah naik taraf jadi makan malam.

Masa kids blom g hoikuen dulu, rajin ler jugak pepagi buat sarapan yg berat.Lagipon waktu tu, takde keje, nyusukan aliyah...perut asyik lapo je memanjang...perlukan nasi seawal yang boleh.

Btw, sbnrnya nak cerita yg semalam buat Pau untuk sarapan.Tapi biasa ler, tggu doh tak naik2...tup2 tghari baru dapat makan.Tujuan utama buat pau ialah sebab nak ngabiskan stok kacang merah.


Resepi ikut kat SINI, tapi su skip shortening tu ganti dgn minyak masak dan baking powder tu ganti dgn double action baking powder....lembut je cuma tak putih ler kulitnya.Oooppps lupa lak, ada juga ubah sukatan air...

Dan seperti biasa, kalo kukus mengukus ni, kenalah tutup dgn kain bersih utk elakkan air kukus jatuh ke kuih...kang menggerutu lak kuihnya...



Boleh tahan gebu ler..

Saturday, 4 December 2010

Tak lama lagi dah 2011

Pejam pelik pejam pelik, dah ujung tahun....cepat sungguh masa berlalu.Tak sampai lagi sebulan, kalendar bertukar kepada tahun 2011 !!

2011 bermakna ada lagi 9 tahun ke 2020...Masih ingat pada Wawasan 2020? Hehehe...ingat lagi masa Wawasan 2020 dilancarkan, cikgu selalu suruh buat karangan atau lukisan tentang apa yg kita pikir akan terjadi pada tahun 2020. Malangnya, su tak ingat satu pon...<--- buat kena paksa, biasa ler...

Kalau bulan November lepas banyak masa dihabiskan dirumah, menjaga anak2, harap2 bulan Disember ni boleh lah menghirup udara sejuuuuuk diluar sana.Mana taknya, ada 30 hari di bulan November, tapi budak2 hanya pergi ke sekolah 7 hari je...huhuhuhu.

Pelbagai penyakit menimpa, baik anak2 mahupon su.Thanks pada semua yg mendoakan.

Sekarang ni tgh pikir dan teropong sana teropong sini untuk `Cuti-cuti Hujung Tahun 2010`...ke Tokyo lagi ke? atau....ke Osaka ?

Kawan-kawan?