Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, 26 February 2013

pizza pizza pizza


Orite, kali ni kita cerita soal makanan la pulak ya!!

Ini adalah percubaan pertama membuat pizza setelah hampir 1tahun setengah pulang dari Jepun. Banyak faktor-faktor sampingan yang menghalang..contohnya...
1- Mula2 tu takde oven
2- Bahan2 agak susah nak cari - kena g bandar...
3- Harga yang agak mahal untuk dapatkan cheese etc 

Tapi, disebabkan anak-anak asyik cakap nak pizza nak pizza!!! (Sebenarnya mak dia yg teringin selepas makan pizza kat Domino & Pizza Hut)..bukan apa, topping nya ciputtt je, tak puas makan..


Akhirnya....
yeay!! berjaya!!
pizza sebesar dulang pemabakr oven 25L...sekali makan habis 3/4... yum yum yum





p/s : later saya tambah resepi ya sbb doh pizza ni mmg sgt2 gebu!!


Thursday, 14 July 2011

Puding Roti

Lari dari tajuk baby, kita kembali pada cerita MAKAN pula..
Tapi, ni projek masa akhir2 ngandung dulu...Sebenanrya bertahun gak dok jeling2 & intai2 resepi Puding Roti ni...tapi disebabkan kemalasan nak membeli susu pekat & stok roti yg selalunya abis sekelip mata...tangguh punya tangguh punya tangguh...



Cantik kan marble-nya???hehehehe...
Ini ialah projek pertama kali....lepas2 tu dah buat juga 2,3 kali sbb gara2 nak abiskan susu pekat satu tin tu ler...tapi sedap oooo....lagi2 ler dimusim panas skrg ni...

Projek pertama & kedua kali buat plain & coklat....kali ke-3 baru ler ubah jadi plain & strawberry...jakun jap budak2 kat umah ni tengok...

Jom tengok resepi ;

PUDING ROTI MARBLE
sumber : hanamemories.blogspot.com 

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti  ( su kurangkan jadi 3 keping je )
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2  (pakai 10g pon ok)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air 
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

Sunday, 29 May 2011

Tuna & Red bean Bun

Aktiviti men-roti minggu lepas rasanya....biasanya buat roti masa on weekday, tapi yg ni buat masa weekend sebab boring takde benda nak buat. Belek sana, belek sini...bukak buku sana, baca blog sana sini....akhirnya resepi Ros@JintanManis jugak yg jadi pilihan...

Cuma, kali ni ubah sket presentation...bagi budak2 tu rasa jakun sket...hehehehe


Jejari Tuna & Red Bean...

Kes malas dah...isi jer kacang merah dalam tu...

Tuna Bun ...isinya sbnrnya kat dalam, pastu gunting sket atasnya dan tabur cheese


Resepi boleh refer kat bawah;


Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.

Thursday, 28 April 2011

Chocolate Bun with Sugar Rice topping

Selamat ber-ROTI lagi.....

Oleh kerana kat rumah ni ada `hantu` roti, macam ni ler xtvt su setiap minggu.Mmmm...kebiasaaanya projek roti terpaksa dibuat seminggu sekali...Yg kelakonya bukannya roll butter, bukannya Meron pan atau segala macam roti manis...tp semuanya ialah jenis bun kosong...<<--- permintaaan customer....hehehe

Setiap kali uli, WAJIB guna 500gm tepung, tapi cuma sempat untuk 2 kali makan je (minum ptg & pagi).....*geleng kepala*

Biasanya buat doh guna resepi bun Honey+Vanilla ( See HERE), dan kemudian pelbagaikan sana sini.Tapi, baru2 ni mencuba Roti Coklat lak sbb tekak ni teringin la pulak nak makan yg ber-coklat...

hasilnya?????



Tinggi menggunung...
Zoom in....gebu oooo

Resepi seperti biasa la yer...mana lagi sumbernya kalo tak di Jintanmanis. Details, sila refer SINI..
Tak rugi mencubaaaaaaaa!!!

*******************************************************************************
Chocolate Rice Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
sedikit coklat rice@coklat urai
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
120ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan sedikit coklat rice

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan coklat rice dan uli sebati, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit coklat rice, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Monday, 28 March 2011

Honey + Vanilla Bread


Musim Roti menyerang lagi rumah ni.
Dua minggu berlalu selepas gempa bumi kuat & tsunami melanda utara Jepun pada 11-03-2011.
Gangguan elektrik secara berkala yg dilaksanakan di Tokyo secara tak langsung menjejaskan pengeluaran brg2 makanan, selain sikap orang ramai yg membeli lebih untuk menyimpan stok.
Tambahan lagi Loji Nuklear, Fukushima masih blom stabil dan bahan radioaktif yg melebihi standard kerajaan Jepun seperti Iodin & Cecium sudah mula dijumpai pada beberapa jenis sayuran & air paip. & air laut.



Keadaan masih terkawal kat sini, stok roti juga masih byk, cuma.....roti yg bole dimakan (atas2 sebab ingredients), takdakkkkk....huhuhuhu

Mau tak mau...kena la buat roti sendiri.

Baru2 ni mencuba roti putih dari blog Ros, empunya Jintanmanis.com tu.
Hasilnya???? fuyyyyoooooo...terangkat ooooo




Ini roti buku....gebusss kan???
Yg ni lak roti bun kecik2....ada yg kosong, ada yg filling sosej
Yg ni lak doh yg sama tapi letak chocolate chip

Setakat ni baru buat 2 kali, yg setiap kali tu guna 500g tepung roti....Dan hanya sempat bertahan selama sehari je...*Haloba sungguh*


Resepi bole refer sini :
Roti Putih Madu Harum Vanila

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.