Wednesday 20 November 2013

Go Green - Cloth pad and Cloth pantyliner

Selepas men-CD-kan Izzah, seterusnya kena la si ibu pula ber-CP kan?

*CD = Cloth Diaper = lampin moden
*CP = Cloth Pad = Pad kain

Masa zaman awal remaja dulu, su mmg menggunakan kain tuala setiap bulan.Ala, kain tuala putih yg biasanya selalu dapat kalo g rewang kenduri kawin tu.Yang nipis tu je.
Rasanya sampai tingkatan 3 juga la guna.Almaklumlah....mak-mak dulu mana guna pad pakai buang kan? Jenuh jugak la merendam & menyental...huhuhuh

Bila dah tgktn 3 & ada duit sendiri sket2, baru la beli yg pakai buang.

Tapi, ada ke lagi remaja yang guna tuala kain sekarang ni?? macam susah je nak jumpa rasanya kan??

Setelah sekian lama mengkaji (chewahhh) dan juga sempena Tahun Baru Muharram ni, ya....ini adalah salah satu azam baru su.

*Tahun ni cuma ada 2 azam je*

Apa itu CP ??
Kita tanya kat en Google je la ya.

First step yang diambil ialah dengan membeli handmade Cp dari local supplier la kan??
Banyak sbnrnya local supplier CP ni sbnrnya.

Happy to share satu blog yang menceritakan hampir lengkap dan terperinci pasal CP ni.Sila la ke blog Anic ya!! Dan juga bole la join group Malaysian Cloth Pad kat Facebook.

Jumpa lagi!!