Monday 26 May 2008

7 Facts about me

Alahai...kena tagged dgn Ummiaqil la pulak....kena jawab jugak la nampaknya kan..

7 facts about me....

1- Orang kata su ni peramah, tapi sebenarnya seorang yg sangat tidak pandai berkomunikasi.Selalu terpikir2 cara2 berkomunikasi yg betul.Maybe jarak umur dgn adik beradik yg lain jauh2 kan...Akak atas Su jarak 9 tahun.

2- Environment semasa student & bekerja membuatkan lebih rapat & mudah bergaul dgn kaum lelaki.Hingga lah bila dah berkahwin, baru la mula belajar bercampur dgn kaum ibu...Kelako kan??
Kenapa?
Di PPKTJ : 90 lelaki, 10 perempuan
Di Kosen : 3 perempuan 6 lelaki (malaysia)...kosen&dai yg dekat2 pon pompuan nyer adalah sorang dua aje.Sabishikatta!!!
Di SREC : 3 lelaki, 1 pompuan ( Gr viewcam)

3- Sangat kibishii & cerewet & teliti orangnya baik dari segi kerja office atau rumah.Tapi sgt tak ada perasaan pada alat2 kosmetik hatta lipstik.

4- Paling tak suka gosok baju!!! Biasanya kerja gosok menggosok ni diserahkan pada jais (Yatta!!)

5- Suka beli buku untuk anak2...Asal pergi kedai buku, mulalah gatal tangan nak beli..

6- Sentiasa menjaga hubungan baik dengan cikgu2.Hingga sekarang, masih berhubung dgn cikgu masa sekolah menengah, sensei kat PPKTJ yg skrg dah balik Jepun dan juga sensei kat Kosen.

7- Tak pandai buat sesuatu xtvt tanpa dirancang...Biasanya mmg dah set apa nak buat dalam seminggu tu.Tapi kalo g shopping tu, biasanya mmg tak dirancang la kan!!!! (^o^)

Tak mau tag orang lain la....

Friday 23 May 2008

Minggu kuciwa

Kuciwa tu sebutan orang yg sedang kecewa.Hehehe

Perasaan sedih, frustrated dan semua yg negative dah datang semula.Ini kes sebab takde benda nak buat la ni.Almaklumlah orang tengah 'FREE' la sesangat nye.Bila dah duduk sengsorang tu mula la pikir macam2.

Smlm sedih juga bile luahkan kat somebody tu dia kata ...
" Dulu bosan sebab anak2 ada kat umah, skrg bile diorang dah pergi sekolah pon tak kan bosan pulak??"

Dou??? Sebenarnya bukan macam tu, setahun tunggu baru la budak2 berdua tu dapat masuk ke Hoikuen.Selama setahun tu bosan bukan datangnya dari menjaga anak2, tapi bosan tu datangnya dari environment di Jepun ni sendiri.Sendiri je yg tau berapa littre airmata ni tumpah sebab hoikuen dulu....

Tak seronok ke duduk Nagaoka?Ramai malaysian, ada suami, ada anak2???
Soune.Mmg takde yg kurangnya di Nagaoka ni, tapi nak kata macam mana pon tak tau la.Masing2 ada cara hidup masing2.

Skrg ada kereta sendiri, ada lesen....kan best bole jalan2???
Allo...saya bukan org yg begitu!!!!

Harapnya Su bole jadi seriang Kak Emma Yamaguchi dulu....
Dan semoga kami sekeluarga sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.
InsyaALLAH akan diberikan kekuatan dariNya untuk melepasi perasaan negative ni.

Itu sahaja......


Monday 19 May 2008

New xtvt & Usrah

Seminggu dua ni cuaca kat sini pon elok, tak panas dan tak sejuk.Setiap hari hantar/ambil budak2 dan shopping juga semuanya naik kereta 2 roda --> BASIKAL.Terasa la jugak sakit2 kat peha&betis.Hehehehe...nak kena turunkan berat badan sket.

Tuisyen BI dah masuk kali ke-2, so far students (Izumi & Kazuki) mendengar cakap.Alhamdulillah...Harapnya ada la additional classes from June ne.

Xtvt usrah for ladies di Nagaoka pon insyaALLAH Sabtu ni start.Dapat lah berkongsi ilmu dgn rakan2 yg lain.Aliyah pon dah besar, senang la sket mak dia nak berxtvt.But still kena bawak both Aliyah dan Jannah sebab Jais ke lab even on weekends.Adusssss......nampak gaya nya sampai selesai final presentation & ronbun barulah bole tarik nafas lega.

Good Luck to Jais, Jannah, Aliyah and me jugak
Good luck juga pada semua yg nak grad bulan Aug ni

Lastly, omedetou to Iela di Hokkaido yg dah "berisi" skrg ni.Take care!!!

Friday 16 May 2008

Masih mencari.........

Sejak naik GW, Su masih mencari part time lagi.Ichiou dah ada satu :- mengajar tuisyen Eigo.Sudah pon memulakan kelas on 12-May yg lepas.Cuma first month ni mmg sket la kelas, cuma 1jam seminggu!!! Arrggghhhh...ada la tu yg gelak tu...hehehehehehehe

Janjinya bulan 6 nanti baru diorg bagi kelas2 yg lain pulak...Wallahualam...

Aritu interview kat Sushi Ondo :- reject sbb pakai tudung
Smlm interview kat McD :- reject sbb pakai tudung
Niigata Fresh Delica :- Dapat, tapi kerja dr 830-530, everyday for 3months only
(ishhh...Jais dah la skrg ni sebok nak final present utk Master)

Tapi tak tau kenapa ntah, risau sgt sebab takde benda nak buat.Budak2 pon dah g sekolah kan.Nak kata rumah licin berkilat, sepah2 la jugak....Pening..pening...pening...

Kalau x dapat la jugak, rasanya mmg nak kena mintak bos tuisyen Eigo tu tulis yg Su ni kerja berjam2 la kat form yg nak bg kat Nagaoka-Shi ( form utk membolehkan Jannah&ALiyah terus pegi sekolah.Kalau Su tak dapat kerja by Aug ni, diorang cuma bole g sekolah until Sept je..)

Monday 5 May 2008

Demam Tulip part II

04-May kami pergi melawat cek tulip lagi.Kali ni pergi dekat je kat Nagaoka ni, Echigo Hillside Park.

Dari rumah bertolak jam 10am.Kesudahannya.....2km before masuk junction ke Echigo Koen tu kereta dah berbaris panjang.Tapi kami masuk ikut jalan rahsia, so takde la kena Q lama sangat.

Tulip memang cantik, tapi lebih kecil dari yang kami pergi kat Tainai City last week.Cuma yang seronoknya kat Echigo ni ialah ada banyak mainan.Mmg seronok habis esp budak2 la kan..

Tapi cuaca yg teramat panas arini membantutkan semangat nak main dan juga berposing dengan Cek Tulip.Tahun lepas juga yg sedang elok cuacanya, tapi that time Aliyah baru je 4bulan..mak dia tak dapat nak main sakan...Sob sob sob

Lepas santai2 lebih kurang, kami pon balik la dalam pukul 1ptg..Masya ALLAH banyak betul kereta yg masih Q nak masuk ke Koen.
Ad sorang kohai tu Q sampai 3jam baru bole masuk parking....Jenuh

Next year???
Ingat kalo ada rezeki, nak pergi Gunma Flower Park la
Bole melencung ke Safari Park sekali kan....

Sunday 4 May 2008

春なのに、夏っぽいの一週間

Sepanjang minggu ni panas betul di Nagaoka ni.Setiap hari almost mencecah sampai 27 degree.
Tapi semalam memang panas, 31 degree!!!

Ni dah bukan spring dah ni...