Tuesday 29 March 2011

カッコイイ 一年生 @ Murid Darjah Satu

Kalendar bakal bertukar kepada April dalam 2,3 hari lagi...Musim persekolahan bermula lagi.
Kat rumah ni pon ada yg tak sabar2 nak masuk darjah satu ni...
Entrance ceremony ialah pada 7-April-2011 & sekolah akan bermula secara rasmi pada 8-April-2011.

Persiapan??

Yaa.....banyak tak banyak, banyak la jugak rasanya....tapi hampir separuh stationary macam crayon, coloured pencil etc tak beli yg baru pon...smuanya sambung guna apa yg ada kat kindy...

Meh kita tengok sebahagian barang2 murid darjah satu di Jepun.



Set matematik ; ada kad bernombor, besi2 magnetik untuk digunakan masa buat tambah, tolak

Pencil 3 segi, buku2 tulis ( ada 3 jenis je), bekas biru untuk letak brg2 bawah meja kat sekolah

Pencil case dan pelbagai jenis beg yg berlainan size untuk letak baju sukan, kasut sukan etc

    
Topi untuk ke skolah & juga beg

Secara amnya, murid2 darjah satu kat sini akan balik pada pkol 3ptg setiap hari(kecuali Rabu, pkol 2ptg).Mereka WAJIB berjalan kaki pergi & pulang dan bergerak didalam kumpulan kecil yg mengikut kawasan tempat tinggal.Sesetengah sekolah mewajibkan pakaian uniform, tapi sekolah jannah ni pakaiannya bebas...

InsyaALLAH, cerita Murid Tahun 1 ni akan ada sambungannya....hehehe

Monday 28 March 2011

Honey + Vanilla Bread


Musim Roti menyerang lagi rumah ni.
Dua minggu berlalu selepas gempa bumi kuat & tsunami melanda utara Jepun pada 11-03-2011.
Gangguan elektrik secara berkala yg dilaksanakan di Tokyo secara tak langsung menjejaskan pengeluaran brg2 makanan, selain sikap orang ramai yg membeli lebih untuk menyimpan stok.
Tambahan lagi Loji Nuklear, Fukushima masih blom stabil dan bahan radioaktif yg melebihi standard kerajaan Jepun seperti Iodin & Cecium sudah mula dijumpai pada beberapa jenis sayuran & air paip. & air laut.



Keadaan masih terkawal kat sini, stok roti juga masih byk, cuma.....roti yg bole dimakan (atas2 sebab ingredients), takdakkkkk....huhuhuhu

Mau tak mau...kena la buat roti sendiri.

Baru2 ni mencuba roti putih dari blog Ros, empunya Jintanmanis.com tu.
Hasilnya???? fuyyyyoooooo...terangkat ooooo




Ini roti buku....gebusss kan???
Yg ni lak roti bun kecik2....ada yg kosong, ada yg filling sosej
Yg ni lak doh yg sama tapi letak chocolate chip

Setakat ni baru buat 2 kali, yg setiap kali tu guna 500g tepung roti....Dan hanya sempat bertahan selama sehari je...*Haloba sungguh*


Resepi bole refer sini :
Roti Putih Madu Harum Vanila

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

Sunday 27 March 2011

Daiichi & Daini (第1号&第2号)

Terasa macam entry pasal Loji Nuklear Fukushima lak bila tulis 第1号&第2号....tapi entry ni bukan pasal nuklear, tp hasil xtvt dalam masa 2 minggu ni..

Jeng jeng jeng....


Ini dinamakan Diaper bag 第1号 * ala2 Hobo bag *
Ini lak zippered inner pocket

*Diaper bag  第1号*
Idea dan pattern ikut pattern HOBO BAG..
Tapi, su tukar tali kepada jenis bole laras, tambah pocket & zippered pocket untuk kesesuaian.
Jadi ianya bole jadi sling bag juga la kannn..
Tutorial zippered inner pls refer HERE
Pattern untuk Hobo bag dari SINI.


Ini dinamakan Diaper bag 第2号

Front view 第2号

*Diaper bag  第2号*
Yang ni agak susah sket sbb takde tutorial yg betul2 dan smuanya buat ala2 try & error.
Tapi, idea asal ialah dari TOTE BAG, cuma ianya berquilted, bertutup dan ada zip kat atas.
Bahagian dalam pon ada pocket sekali.
Size pon agak besar : 25cm X 28cm X 20cm ( lebih kurang la)



Bila dah siap Diaper bag ni, rasa lega la sket sbb hampir smua barang2 baby dah nak siap. Apapon, ada beberapa lagi small items yg dalam cadangan untuk dibuat, seperti ;
1) Bib
2) Tuala kecil dari kain jenis gauze
3) Cushion Cover
4) Small pouches

Ganbare!!!

Thursday 17 March 2011

Sudah 6 hari

Sudah 6 hari berlalu selepas gempa bumi & tsunami yg melanda Utara Jepun.Terlalu banyak cerita yg nak diceritakan dan dikongsi, tapi nampaknya terlalu banyak sumber & berita yg boleh diperolehi esp daripada internet.Dan pastinya ramai yg telah melihat video2 `keganasan` tsunami..

Sepanjang kehidupan di Jepun (termasuk semasa zaman muda di Kagawa), sudah 3 kali merasai gempa kuat.

1) Tahun 2001 : Magnitud 7 di Tottori-ken & gegaran di Kagawa-ken ialah 5+.Waktu tu otw ke lab & dgn gegaran 5 tu pon su tak bole nak berjalan...

2) Tahun 2007 : Maginutd 6++ di Kashiwazaki, bandar sebelah je.Gegaran di Nagaoka-shi ialah 6.

3) Tahun 2011 : Maginutd 9.0 di laut Iwate, gegaran di Nagaoka ialah 5.

Ketiga2nya lebih kurang sama gegaran, tp gempa yg terbaru ni sgt2 lama...bergegar lebih dari 1minit.
Sebenarnya, wpon beza gegaran cuma mungkin 1magnitud atau 0.1magnitud, tp tenaga yg dihasilkan beratus, malah beribu2 ganda bezanya.


Selain gempa & tsunami, keadaan kritikal di Noji Nuklear Fukushima juga sbnrnya agak membimbangkan.Pelbagai berita keluar either di tv, internet, Al-Jazeera, CNN etc . Apa yg penting ialah menapis mana satu yg betul, dan mana satu cerita yg telah ditokok tambah.

Ada rakan2 yg mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia ( samada akibat pressure dari family di Msia ataupon kehendak sendiri), ada juga yg masih bertahan dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Semua orang mempunyai hak untuk membuat pemilihan dan ianya adalah hak individu. Kami masih di sini, Nagaoka hingga ke hari ini. Bukan tidak takut, tapi bukan semudah ABC juga untuk melarikan diri or pulang ke Msia.Tetapi, dalam masa yg sama sentiasa alert & berjaga2 and keep up to date dgn berita2 & arahan dari kerajaan tempatan.

Mungkin inilah masa untuk bermuhasabah, menilai kehidupan kita selama ini dan pada masa yg sama mendekati-NYA.

Dalam pada masa yg sama, berdoa smoga bayi didalam kandungan ( dah 28W dah skrg ni) juga berjuang sama & mempunyai nilai2 dan semangat tinggi seperti yg ditunjukkan oleh Japanese.


Principal tadika Jannah berkata" Selama ini rakyat Jepun hidup dalam keadaan mewah, semuanya ada dihujung jari, kali ni kami diuji dan inilah masa untuk bermuhasabah, berjimat cermat dlm segala serbi"

Hampir 8 tahun menumpang di bumi Jepun, kata2 principal tu membuatkan hati tersentuh...

Akhir sekali, doakan keselamatan kami dan doakan semoga mereka2 yg pakar berjaya mengawal keadaan di Loji Nuklear, Fukushima....

"Walaupon keadaan agak kucar kacir, sehingga hari ini, kami SELAMAT disini"

Sunday 6 March 2011

Kiriman dari Malaysia



Yeay!!! Kiriman dari Malaysia telah selamat tiba Rabu lepas...biasanya setiap 4@5 bulan, kakak akan kirim ler stok2 makanan etc.Tapi utk lebih tepat lagi ialah bila stok lada kering & ikan bilis berkurangan, baru ler ada kiriman PLUS stok2 yg lain2..

Sebahagian isi dalam

Kebiasaannya, macam kat atas tu ler brg2 yg selalu dikirim..Kerepek, keropok, biskut, Milo/Ovaltine, Ikan bilis & Lada kering biasanya mmg wajib. Selebihnya ikut keperluan la..ada kalanya kicap, sos cili, rempah ratus etc.

Apapon, kiriman kali ni juga ada terselit bengkong & pilis/param utk persiapan dalam pantang nanti.

TQ pada kakak & anak sdara yg bersusah payah membeli dan mengepos.Tak lupa gak pada Mr Posmen yg bersusah payah mengangkut kotak 20kg hingga ke tingkat LIMA !!! (takde lif tau!!)

Saturday 5 March 2011

Musim Roti

Xtvt menroti semakin aktif sekarang...Salah satu sebabnya ialah Jannah yg suka ler sesgt makan roti bun dan mgkin juga kerana adanya `tukang uli` baru kat rumah.
Tapi biasanya kalo setakat tepung 250g @ 300g, su uli tangan je...then utk naikkan (醗酵)tu baru guna Bread Maker.

Baru2 ni mencuba Marble Bread yg resepi asal diambil dari MyResepi ( lihat SINI utk lebih detail).Tapi ada step yg su ikut buku memasak jepun.

Hasilnya??? Jeng jeng jeng ...
Setelah dikerat dua
Dari atas

Alhamdulillah...mendapat sambutan hangat ahli2 rumah. Mula2 buat 250g, sekali makan...besoknya buat 500g lak...pon sekali hadap je...tak rugi mencuba tau!!

Apa yg lainnya ialah step utk membuat marble la...Cara su ;
1- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian ( kena ganjil la ye).
2- Sbgi contoh : 4 bahagian kosong, 3 bahgian coklat
3- Terap memanjang dan tindihkan berselang seli
4- Lipat 2 @3
5- Pusingkan 90degree dan terap memanjang lagi *ala2 nak buat kuih lidah*
6- Gulung dan potong 4 atau 2 ikut suka
7- Susun dalam loyang pembakar

Friday 4 March 2011

Pau & orang demam

Influenza sebenarnya telah mendarat di Nagaoka dan semakin berleluasa. Di hoikuen juga, sudah ada yg kena influenza, tp bilangannya tidaklah seteruk 2 tahun yg lepas iaitu semasa Influenza type baru a.k.a H1N1.

Cuaca dunia yg tak menentu juga mungkin salah satu penyebabnya. Influenza ni biasanya menyerang dalam bulan Jan @ Feb. Tetapi, tahun ni baru skrg menunjukkan belangnya.
Snow/salji juga biasanya peak adalah pada bulan February, tp tahun ni February dilalui dengan perasaan tenang & happy dibawah sinaran matahari tanpa snow...Sebaliknya, salji turun dan cuaca turun mendadak smula pada bulan March.

Berbalik pada cerita orang demam, Jannah mula demam semenjak pagi tadi. Disebabkan arini su ada check perut di hospital dan keadaan Jannah yg lemah, Jais terpaksa ler menjaga bdk2 dirumah. Mmmm, sekurang2nya bagi peluang kat dia utk tido lebih lama sebab sejak February aritu hampir setiap malam balik lewat pagi.

Bila tanya2, Jannah kata dia nak makan Pau inti kacang.Mmmm...sian la pulak dengar bila dia tanya bila nak buat Pau...dan....taraaaa







Pau telah sedia untuk dimakan!!!

Pau ni dah byk kali buat dah ( refer SINI & SINI) biasanya buat besar2, tp skrg ni nak bagi nampak byk, kena lah buat size sederhana. Resepi ada kat SINI.
Ada harapan, bole ler buat tambah2 utk sarapan besok.
Oooooo...besok nak kena pegi klinik daaa....nak kena kompemkan Jannah influenza atau tak....huhuhu
(Influenza hanya bole dikesan selepas 12jam demam)