Friday 19 November 2010

Minggu tak sehat

Memang perlu namakan minggu ni sebagai 'Minggu tak sehat'. Bukan setakat kami je yang tak sehat, mak kat simpang pon demam, mak kat senggarang pon demam juga.

Aliyah lak lepas baik dari beguk, Isnin lepas ke sekolah seperti biasa.Balik dari sekolah, cikgu dia cakap dia asyik batuk je...malam pon macam tu. Malam Raya ( Raya hari Rabu kat sini), nafas dah turun naik turun naik.Cuma Aliyah ni, lagi dia batuk or semput, lagi ler dia banyak main dan bercakap pot pet pot pet...rimasssss tengok.

Lepas solat raya, bawak Aliyah g jumpa doktor gak.Sebab mmg tau kalau dia guna ubat gas, mmg ilang ler batuk kong kong dia.Tetapi, disebabkan haritu ada 'Tanjoubi-kai' kat hoikuen, seboleh2 nak pergi juga.

Akhirnya, lepas amik segala macam ubat, hantar la juga dia ke hoikuen kejap dan kemudian jemput smula lepas jamuan birthday.

Su pulak, malam tu tumbang jap.Batuk makin teruk + tekak kering + selsema + badan seram sejuk.
Kesimpulannya, Khamis(semalam) semuanya dicutikan dan turn su lak g klinik minta ubat.

Bila call Msia, dua2 mak rupanyer pon demam juga.Mak su sampai kena masuk air sebab kurang air dan panas dalam.Nasib baik ada kakak-kakak yg duduk berdekatan.Dan juga tengah musim cuti sekolah, ada cucu2 yg tgh bercuti....Alhamdulillah.

Doanya cuma satu .... kesihatan kepada seluruh ahli keluarga.

 Aliyah dan alat semput baru

Monday 15 November 2010

Aliyah dan beguk

Jumaat minggu lepas, lepas bangun tidur, pipi Aliyah nampak bengkak.Malam tu pon sbenarnya dia kurang nyenyak tido.3,4 kali bangun dan mengadu telinga & pipi dia sakit.

Bila ke klinik, disahkan kena BEGUK @ OTAFUKU KAZE dan kenalah berehat SATU MINGGU..*berpeluh jap mak dia*

Alhamdulillah demam tak berapa kuat dan hanya semalaman saja.Dapat la jugak Nila dan Cuka dari junior yg pernah kena kat sini.Tapi, malangnya ALiyah tak mau dan lebih selesa tampal Cool Fever je.

Jumaat, Sabtu tu langsung takleh makan.Minum pon sket dan lepas minum kompem nangis sebab dia kata sakit..Sian ler sesgt...Pudding atau Jelly yg lembut tu pon dia tak mau.

Ahad tu baru ler dia nak makan sket2 tapi cuma makan roti cicah susu jer..

Macam tu ler menu dia hinggalah hari Rabu baru dia nak makan nasi.Itu pon sushi sebenarnya.Sebab dia kata [Aliyah nasi takleh makan, tapi kalo sushi boleh makan]. <-- saje je tu mengada2

Dan Jumaat(12hb) pergi semula ke klinik untuk dapatkan borang kebenaran ke hoikuen dan Horraayyy!!!

Hari ni, aliyah berjaya ke hoikuen walaupon dari mlm tadi dia dah bagi pelbagai alasan...


Aliyah masa hari ke-4 sakit

p/s : teringat masa kena beguk masa Form 2@3 rasanya...sakiiiiiiit tapi MAKAN tetap MAKAN !!!

Monday 8 November 2010

Drama Korea

Selain penyanyi, drama Korea juga boleh dikatakan popular di Jepun. Setiap pagi, ptg ada saja drama Korea di TV Jepun.
Selama ni, biasanya download drama2 dari internet je...pastu marathon ler abiskan satu series.

Drama Korea minat la juga, tapi takde la fanatic macam seorang kawan kat sini dulu.Maybe sebab takde subtitle Eigo..

Baru2 ni baru perasan satu drama Korea bersiaran setiap isnin - Rabu @200-300ptg...hehehehe.
Mula2 tu mcm tak best sgt, tapi makin tengok makin best la pula.Bila surf kat internet, one of best drama tahun 2009 kat Korea.Tajuknya Shining Inheritance.

Cari dan cari dan cari...jumpa link kat SINI.
Yeay!!!!!
Maybe lepas ni bole tengok cerita yg lain pula.


Thursday 4 November 2010

Daun bertukar kaler

Autumn nampaknya benar2 telah tiba...walaupon seminggu yg lepas suhu turun mendadak dan seolah2 terus jumpa winter.
Walaubagaimanapon, cuaca masih tak menentu...dan most of the day is raining...raining...raining ...and raining....grrrrrr...
Heater kat rumah ni pon dah selamat di rasmikan.Cuma blom beroperasi sepenuhnya la..

Minggu lepas kami ke Daigenta, Yuzawa untuk lihat daun tukar kaler...tapi nampaknya masih awal lagi..di puncak gunung mmg dah cantik, tapi bahagian kaki bukit blom lagi...maybe lagi seminggu ++ baru cantik...


Sekarang ni tgh mencari masa yg sesuai untuk projek melihat daun tukar kaler di Fukushima sambil melawat kawan di sana yang bakal kembali ke Msia for good Feb depan.

InsyaALLAH juga Autumn ini adalah Autumn yg terakhir buat kami sebab kalo diizinkan, Jais bakal tamat pengajian August tahun depan.