Friday 30 November 2007

Hari Raya Aidilfitri 2007

Alhamdulillah...to all my anak2 sedara...sorry lambat upload....
MaDiNa = Malaysian in Nagaoka

Wednesday 21 November 2007

Sawan panas

Semalam pagi Jannah tetiba demam la pulak.Lepas bagi ubat demam, dia terus tido....Lebih kurang pkol 12tghari dia bangun dan muka dia merah.Bila su pegang dahi, aduhhhh panas betul demam dia.Hati dah tak keruan sebab masa dia 11bulan, dia pernah kena sawan panas sampai tarik.Then su pon terus urut2 kaki n leher dia sebab teringat lak dia ada jatuh last week.Memang betul peha dan leher dia sakit.Meraung2 nangis kena urut....

Kemudian dia baring sambil tengok Iitomo dan su pula suapkan aliyah nasi.Tetiba su tengok Jannah diam aje, bila su angkat dia, dia dah tak mau lihat bawah...mata dia lihat atas ajer...hati bertambah runsing...cepat2 go to sink and basahkan muka dan kepala dia dgn air sejuk....sambil2 tu masukkan jari i dalam mulut dia....sakit jari i dia gigit = dia dah nak mula kena sawan.
I call hubby, tapi tak angkat.....then I call Kak CT my nearest neighbour...Alhamdulillah dalam masa yg sama, Jannah dah sedar smula...

Few minutes later, K CT datang dengan suaminya....hati lega sket sbb Jannah pon dah sedar.Luckily Aliyah tak menangis waktu tu.Then i pon bagi ubat bontot b4 bring her to clinic at 330pm( clinic rehat 1200-330).

So, I ambil this oppurtunity to share my 1st "sawan" experience with you guys out there.

*************************************************************************************

That time jannah baru 11bln.Dia mmg demam, tapi tak kuat sangat dan i pon ada amek AL to look after her.Bila waktu malam suddenly badan dia makin panas dan tak mau kebah...Beberapa kali juga dia bgn that night....Next early morning, kalo tak silap pkol 6am lagi i dah bawak dia to Klinik Kesihatan sebab Jannah diam aje...Disana, Pembantu kesihatan bagi jannah makan ubat demam dan dia dipantau selama 2 jam la jugak.Selepas 2 jam, Jannah muntahkan semua ubat2 dan suhu badan meningkat sehingga 40degree.cepat2 Pembantu Kesihatan tu suruh go to hospital.On the way to hospital, Jannah dah makin lain....mata asyik pandang atas, waktu tu su mmg tak tau nak buat aper....dan dengan mata ini sendiri su lihat tangan kanan jannah bergerak2 seperti ditarik dan mulutnya juga mula mengeluarkan buih.

Setiba di emergency ward, tidak ada any words yg kluo dari mulut, hanya ada airmata sahaja.Jannah diambil oleh misi dan di lumurkan air seluruh badannya.Tetapi tangannya kembali tarik dan doktor jugak telah meletakkan kayu dimulut supaya to prevent kancing gigi.
Dalam masa yg sama, Jannah diberi ubat bontot dan kami terpaksa bermalam dihospital.

Alangkah terkejutnya apabila tiba diwad, rata2 parents there pernah melalui pengalaman sawan.Dan mereka juga mengajar su supaya memantau Jannah sekiranya dia demam bcoz ianya pasti berulang.Kakak tu juga mengajar kalau2 budak nampak lain, cepat2 basuh muka dan kepala dia untuk sedarkan dan reduce suhu badan.

Melalui perbincangan dengan doktor pakar dan juga melalui ujian darah, doktor menyatakan bahawa melalui pengalaman dia, insyaALLAH Jannah sehat.Setiap hari su berdoa semoga tumbesaran Jannah adalah normal dan alhamdulillah dia mmg anak yg cerdas....Tak dapat dibayangkan rasa bersalah jika sesuatu menimpa Jannah caused by my lack of knowledge.

In short:

1.Mandikan anak2 yg demam dan kalau bole jangan pakaikan baju yg tebal.
2.Sentiasa perhatikan anak2 yg demam ketika dia tidur kerana suhu badan menjadi tinggi apabila anak2 pasif.
3.Sediakan ubat bontot dirumah.
4.Sewaktu kecemasan, basuh kepala dan muka anak2 sambil berselawat.
5.Galakkan anak2 untuk bermain semasa demam

Monday 19 November 2007

Sonna no kankei nai - そんなの関係ない

For those yg stay di Japan ni maybe biasa dengar tag diatas tu "Sonna no kankei nai" - iaitu neta yg digunakan oleh Kojima Yoshio, seorang pelawak.
Dia ni kiranya pelawak yg paling galmer, terkenal, kaya, top di Jepun ni sepanjang tahun ni la.During bangumi "Waratte Ii tomo", mereka ada buat kajian terhadap income pelawak2 di Jepun ni dan income for Kojima Yoshio was 820times up compared to last year.Mmg tiap2 hari ada saje muka dia ni kluo tv.I enjoy la jugak nengok dia ni,tapi cuma costume dia tu tak berapa senonoh sket la - hanya pakai seluar kecik sekeping!!!

Tapi tujuan i tulis pasal Kojima ni bukanlah sebab i'm his big fan ke apa ker...cuma arini i terkejut sebab Jannah pandai meniru Kojima ni.Walaupon dia tak pandai nak sebut "Sonna no kankei nai", tapi dia bole buat gaya Kojima....

Wahh.....camner ni???? Anak2 kecil mmg cepat belajar

My blog

Bukan tidak ada keinginan nak make up blog ni, tapi ntah kenapa even su ni surirumah sepenuh masa masih tak cukup masa nak menggodeh blog ni.
Maybe my HTML knowledge agak limited, tapi ianya bukanlah bermakna i tak tahu...tapi mmg susah nak curi masa menghadap komputer ni.
Apapon mmg hajat dihati nak kemaskini dan tambah sana sini blog ni supaya lebih menarik and tidy.Dulu pon one of the reason why i nak create blog ni pon selain i bole berkongsi citer2 dengan rakan2 di luar sana, dapatlah jugak i tambah skil2 komputer.Sekaligus dapat la jugak i hilangkan bohsan, tension, marah, penat etc hidup dirantauan sambil mendapat kawan baru.

GANBARE!!!!!!

Tuesday 13 November 2007

Rezeki jangan ditolak

This time dah 4 times hubby tinggalkan kami gara2 for attending conference.

1st : Top Aug - Tokyo 1 week
2nd : Mid Aug - Malaysia 2 week
3rd : Top Sept - Tokyo 4 days
4th : Now - Malaysia 1 week

Boring benar rasanya duduk dirumah...Dulu rajin la bawa anak2 to indoor playground, but now tiap2 ari hujan menyebabkan malas nak kluo.

But today, su tekad redah dan g bawak anak2 to Jusco.Wowww....luckily arini byk lak barang2 yg murah...Tamanegi, Carrot, Pi-man, Kentang all 10yen/pc. Kaki (fruits) lak 50yen/pc...So, apalagi...borong sakan la.

Masa tengah rehat2 kat food corner, jumpa lak dengan kohai...cotcet cot cet...start enjin lagi and go to Apita lak for lunch.Hari ni we all makan Udon...my favourite Japanese food..kihkihkih actually not only me, my two kids also.

Tengah yum yum yum yum, Kak CT call and asking kalo2 I bole temankan mereka ke Immigration Office di Niigata for their visa extention application.Sepantas kilat, i balik rumah and do preparation and alhamdulillah after 1hour driving sampai la kami di Niigata..

Since Kak CT's kids nak kena jemput di Hoikuen before 6pm, we rush back to Nagaoka after take some break at R&R.

Sebagai balasan, Kak CT belanja su and anak2 dinner...Of course la SUSHI!!!!!..Yahooooooooooooooo

Murah rezeki hari ni.But tomorrow ...................

To Hubby, sorry......tghari td tak sempat nak call la....kikhihkhihkik

Wow

Segala kekusutan, kerunsingan, rasa waswas sepanjang minggu lepas telah berjaya dihapuskan...Semuanyanya terjawab apabila aku membuat pregnancy test.Hihihih....
Alhamdulillah ......itu la perkataan pertama yg kluar...Alhamdulillah kerana Negative.
Tak sanggup rasanya nak berbadan dua dalam masa yg terdekat ni....At least biarlah after hubby abis study dulu.

Few days later, i got a call from one of my friends which also in Nagaoka.Requesting me to translate the doctor saying.Selepas beberapa kali bertukar talipon, akhirnya confirm yg kawan i tu pregnant.Terkejut badak kedua2 nya sbb selama ni bila su suruh her buat pregnancy test, confidently dia kata IMPOSSIBLE....but now...dah 2 bulan++.But what she worried most ialah sebab dia baru buat X-Ray gara2 sakit perut yg dialami sejak 2 bulan lalu.According to doctor, no problem...tapi ..........(????)

Dipendekkan cerita, last Monday su pon accompany la 2 org ibu mengandung (actually ada 3 ibu hamil, but seorang tu just came and still under tourist status)to klinik and do some registration di kenko center(Health Center)....And surprising to know that monthly check up will cost U minimum 5000yen per session.Semuanya tak dicover by Insurance and also tak temasuk kos bersalin 350,000 yen(minimum charge).Luckily Nagaoka-shi bermurah hati bayarkan 350,000yen tu.In addition, no vitamins or supplements too.

Wah...pening kepala....

Monday 5 November 2007

Momiji part II






Momiji-Mapple

During autumn tentulah kite tak bole nak melupakan ikan sanma.Selain itu for sure mestilah g nengok momiji.On 04-Nov-07, kami membuat konvoi Malaysia nak menikmati keindahan momiji.Even bukan dia nyer peak time, nak gak g sebab takut ujan lak next weekends.Location kami ialah Yahiko Mura-about 45km from Nagaoka.Total of 6cars yg ikut serta.


Original plan nak depart from Nagaoka at 9am, tapi sebab nasi lemak still tgh masak, so last2 dlm 945am baru bergerak.Traffic agak sesak on the way ke sana dan bertambah sesak apabila kami tiba di Yahiko Mura tu.Adalah dalam 20min jugak Q.



Very nice koen cuma sayangnya momiji warna kuning blom nampak lagi...Tapi mmg cantek sebab kite bole nengok real momiji depan mata sendiri.Kadang2 rasa pelik dengan Jepun2 ni.Mereka duduk bertahun2 dinegara sendiri, tapi bila waktu momiji, sakura etc......dengan mereka2 sekali macam orang jakun berebut2 amek gambar.



Selepas kenyang melantak bento masing2 dan solat, kami pon berangkat pulang sambil singgah di Teradomari ( yg Jahrera panggil sebagai pasar ikan Nagaoka).Di sana saya jumpa ikan tenggiri - 250yen/ekor.....hehehehehehehhehehhe

Mungkin juga kerana group kami agak ramai...total ada 26org, so adalah jugak suara2 sumbang makcik2 jepun....nasib baik la dia cuma kata "Ramai benar foreigner arini, susah lak aku nak ambil gambar kat situ".Masa kami sembahyang di one of the kawasan lapang there pon ada mata2 yg memerhati. Ada seorang budak baru dalam 1++ years pon terpaku tengok kami semua.Mungkin otak dia pening nak bagi info tentang siapa la GAIJIN ni....