Monday 5 November 2007

Momiji-Mapple

During autumn tentulah kite tak bole nak melupakan ikan sanma.Selain itu for sure mestilah g nengok momiji.On 04-Nov-07, kami membuat konvoi Malaysia nak menikmati keindahan momiji.Even bukan dia nyer peak time, nak gak g sebab takut ujan lak next weekends.Location kami ialah Yahiko Mura-about 45km from Nagaoka.Total of 6cars yg ikut serta.


Original plan nak depart from Nagaoka at 9am, tapi sebab nasi lemak still tgh masak, so last2 dlm 945am baru bergerak.Traffic agak sesak on the way ke sana dan bertambah sesak apabila kami tiba di Yahiko Mura tu.Adalah dalam 20min jugak Q.



Very nice koen cuma sayangnya momiji warna kuning blom nampak lagi...Tapi mmg cantek sebab kite bole nengok real momiji depan mata sendiri.Kadang2 rasa pelik dengan Jepun2 ni.Mereka duduk bertahun2 dinegara sendiri, tapi bila waktu momiji, sakura etc......dengan mereka2 sekali macam orang jakun berebut2 amek gambar.



Selepas kenyang melantak bento masing2 dan solat, kami pon berangkat pulang sambil singgah di Teradomari ( yg Jahrera panggil sebagai pasar ikan Nagaoka).Di sana saya jumpa ikan tenggiri - 250yen/ekor.....hehehehehehehhehehhe

Mungkin juga kerana group kami agak ramai...total ada 26org, so adalah jugak suara2 sumbang makcik2 jepun....nasib baik la dia cuma kata "Ramai benar foreigner arini, susah lak aku nak ambil gambar kat situ".Masa kami sembahyang di one of the kawasan lapang there pon ada mata2 yg memerhati. Ada seorang budak baru dalam 1++ years pon terpaku tengok kami semua.Mungkin otak dia pening nak bagi info tentang siapa la GAIJIN ni....

1 comment:

Leyla Shuri said...

Nak ketawa akak...oh,itu teradomari :-)

Jahrera dah tak kenal rupa ikan tenggiri, kalau ada depan mata pun dah tak tahu huhuhu.