Saturday 28 November 2009

Beras

Kali ni nak cerita pasal beras lagi....Bebaru ni kami jumpa beras KoshiHikari jenis 'Shinmai' tapi harga lebih kurang sama dgn beras yg kami biasa makan.Tapi ini bukan la dari Uonuma yg glamer tu, tapi dari Toyama-Ken..

Waaaaa....mmg lain rasanya dari beras2 Jepun yg sebelum ni.Berasnya gemok2, lebih lembut dan lebih sedapppppp...Kebiasaannya kalo masak beras Jepun mmg kurangkan air dan beras yg ni bila kurangkan air, gebu2 jadinya dan takde la lembik sgt.

Dan tentunya kalo buat onigiri memang ummppphhhh!!!!Tapiiiiiiii kalo buat nasi goreng tu mmg tak best ler!!!!




Weekend lepas masa jalan2, jumpa corner buku murah...so, kids dapat la buku macam kat bawah ni...Mak dia pon 'sambar' juga satu buku....buku applique ;D

Wednesday 25 November 2009

Influenza type A

Isnin lepas was a public Holiday here (Labour Thanksgiving Day).Pepagi bangun tido, Jannah ada sket demam ( dalam 37.5degree).Siang tu pon dia melepek sket & bila malam, makin tinggi sampai 39degree.Lepas masuk ubat bontot, baru kurang sket dan pagi Selasa tu suhu dalam 37.2 degree je.
Pagi Selasa tu jugak, pegi klinik dan bila buat Influenza test --> POSITIVE!!!

Bila tau positive, satu keluarga la kena kuarantin kat umah supaya virus tak makin merebak.
Petang tu bila call Hoikuen update status Jannah, rupanya Kibogaoka Hoikuen pon tutup seminggu.

Actually kami ni keluarga ke-4 kat Nagaoka ni yg kena influenza...hehehehe

Dan....raya haji tahun ni...................................................................:(

Saturday 21 November 2009

Kawan

Cerita pasal kawan kali ni sebenarnya lebih nak berkongsi pada kisah beberapa org kawan yg sekarang ni sedang bertarung dgn penyakit masing2...sekadar utk berkongsi dan iktibar sebab ada kalanya kita ni sering ambil mudah..

Kes A : Leukimia
Ni kisah masa su kerja kat Batu Pahat dulu...seorang kawan sekolah menengah dulu selalu demam dan bila amek ujian darah,suspected Leukimia.Setahun dia duduk di hospital dan lepas kluo pon, still kena ulang alik ke hospital for 2 years...of course tulang sumsum,radiotheraphy etc semua kena buat...cuma blom sampai tahap tuko darah aje...
Tapi alhamdulillah dia sehat akhirnya dan skrg sudah berkahwin dan dah ada anak..tapi dgr ceritanya dia tidak secergas dulu.

Kes B :Buah pinggang tak berfungsi
Ini kes tahun lepas...happenned to my PPKTJ's friend.Symptom awal katanya kakinya bengkak...kebetulan masa tu dia tgh buat check-up untuk join new company...tapi doktor yg merawat tu kate perkara kecil...sehingga la dia rebah tetiba...bila referred ke hospital, both kidney takleh berfungsi.Solution hanya satu --> tuko buah pinggang....

Sekarang, dia terpaksa buat dialisis setiap minggu (kalo tak silap 2 ari sekali) sampai la jumpa buah pinggang yg sesuai..

Dan dia juga dah berenti dari kilang sebab takleh diri lama(keje kat production line), dan skarang membuka kedai pakaian kanak2 di Tesco, Melaka.

Menurut kata my friend ni, antara symptom mudah yg shows kita ada problem dgn buah pinggang ialah bengkak/sembab & penurunan berat badan mendadak.

Kes C : Jantung
Happened to one of my PPKTJ's friend....Stress bekerja katanya...Mamat ni keje as purchaser, selalu outstation, stress dgn boss etc....Dis selalu rasa penat dan nafas sesak macam orang kepenatan lepas buat exercise.
Skrg ni masih menerima rawatan kat hospital dan alhamdulillah nampaknya ada perkembangan positive...tapiiii still takleh berenti makan ubat.

Kes D : Kanser usus
Juga happened to one of my PPKTJ's friend.Sejak zaman anak dara lagi dia selalu buang air besar bersama darah..mulanya ingat cuma buasir je.Grad, kawin, ada anak...dan akhirnya raya baru2 ni tetiba darah makin banyak keluar.Bila referred to Hospital dan buat check-up, it was cancer!!! dan dah stage 3.
Skrg ni dia baru abis chemotheraphy(pills) & radiotheraphy(RT) untuk kecutkan cell cancer.Kalo semuanya smoothly, goes for surgery dan at the end dia kena guna bag untuk buang air besar.
Simpati sgt2 kat dia sbb katanya abis kulit2 dia melecetkesan chemotheraphy & RT tu ( dos tinggi katanya).

Kes E : Ketumbuhan
Ni cerita yg plg terbaru dan actually su pon tak tau the whole story lagi sbb blom sempat jumpa tuan punya badan...sejak mengandung lagi dia ada masalah...macam2...bleeding, high blood, diabetes....dan sembab satu badan.At the end, baby kluo(czer) masa kandungan 7bulan sbb water bag pecah...baby kena dok kat NICU sbb time lahir tu cuma 1.5kg(kalo tak silap ler)...dan baru je kluo hospital selasa lepas with 3kg....alhamdulillah...sehat
Tapi maknya kena surgery 25hb nisebab ada ketumbuhan atas buah pinggang dan katanyer dah sebesar 4cm...Peluang sukses pon 50-50 katanyer...sgt2 mengerikan

Su masih terkejut lagi pasal kisah ni...mengejut dan orangnya pon ada kat nagaoka ni.
Semalam pon ada buat bacaan Yaasin & solat hajat kat Nagaoka...InsyaALLAH semuanya selamat.

Apapon...harapnya orang2 dalam kes B - E ni kuatkan semangat, banyakkan berdoa kepada-Nya.
Dan juga pengingatan kepada diri sendiri untuk tidak miss check-up bulan June next year...dan juga pap smear & breast cancer check-up....( takutt ooooo).

Friday 6 November 2009

Photo book

Antara benda-benda yg menarik perhatian --> Photo Book.
Dia sbnrnya album gambar ....tapi dalam bentuk buku...quality kertas macam buku cerita budak2 (tebal la jugak)
Design pon banyak dan tentu la harga pon macam2..
harga serendah 1280yen (untuk 16pages size 128mm X 128mm)

Basically ramai org guna ni untuk compile kan gambar2 baby....gambar2 kawin...gambar2 grad..gambar2 gi melancung etc...

macam nakkkk....