Setelah hampir sebulan setengah kembali ke Malaysia, rasanya kami dah semakin menyesuaikan diri dengan suasana dan environment di sini. Jannah & Aliyah pon begitu juga wpon ada kalanya Jannah tak mau pergi ke pra-sekolah sebab perlu bangun seawal 630pagi...hohohoho
Barang2 dari Jepun, mana yg perlu digunakan telah selamat di kluarkan...Mana yg tidak digunakan dalam masa terdekat seperti camping set, stroller etc masih dalam keadaan berbungkus. Sebahagian buku Jannah sudah dikeluarkan dan digunakan.Manakala Jais pula membawa sebahagian `harta pusaka`-nya ke ofis. Breadmaker sudah beroperasi wpon baru sekali --> melepaskan ke-gian-nan pada Pau sebenarnya.
Walau apapon, satu ruang dirumah ini masih penuh dgn kotak2 dan tak tau la bila agaknya nak dialihkan.
Sekarang su masih dalam proses mengemas...bukan mengemas barang sendiri (brg2 lama kami dah siap dah kemas), sebaliknya mengemas (sort & throw) barang-barang mertua.Tapi dah barang org, tak boleh la nak buang sesuka hati kita kan...
Tak dinafikan sememangnya kagum dan tabik dgn mak sendiri. Tiada pinggan sumpik, tiada sudu sumpik, tiada brg kaca atau plastik yg tidak sedap mata memandang dirumah. Menurut kata mak, smuanya dah dihumban sebab buat sakit mata memandang...hehehehe..
Ini bukannya nak mengutuk mertua atau apa, tetapi perlukah disimpan sudu, garfu, senduk, pinggan, mangkuk yg sudah tidak sempurna fizikalnya? hmmm...sedangkan masih byk lagi stok ditempat lain.
Sebab itu su masih berhati2 dalam bab buang-membuang ini...yelah, mgkn ada brg yg mempunyai kenangan yg tersendiri. Apa yg su boleh buat ialah dengan mengasingkan brg2 yg kurang elok tu di tempat yg lain.
Baru2 ni kami membeli peti ais baru yg lebih besar kerana keadaan peti ais skrg yg kecil dan agak nazak. Tapi bila difikir2, adakalanya rasa mcm bersalah la pula.Disebabkan peti ais baru, dapur menjadi semakin sempit dan susah untuk berjalan kerana keengganan mertua untuk membuang peti ais lama.Akibatnya, didapur skrg ada 1 peti ais baru dan 2 peti ais lama yg hanya berfungsi untuk menyimpan brg2 kering.
Kejadian yg sama juga pernah berlaku 7 tahun yg lepas semasa kami membeli almari gelas yg baru.Niat dihati nak ganti almari sedia ada yg dah senget.Kesudahannya......makin sempit rumah dibuatnya juga kerana keengganan mertua untuk membuangnya.
Mmmm...walau apapon, projek membuang masih perlu diteruskan...ganbarou!!!