Showing posts with label Jahit. Show all posts
Showing posts with label Jahit. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

Quilted pencil case

Selepas Curcy Clutch,
Su buat Pencil Case pula.
Pencil case ni sebenarnya khas dan istimewa untuk seorang teman rapat...

Jeng jeng!!

Mula-mula nak buat ala-ala pyramid purse tu. Boleh refer sini untuk gambar yg lebih jelas.
Bila pikir-pikir, tak sesuai rasanya untuk student PhD guna..kehkehkehkehkeh

Akhirnya su pilih
1- Quilted : gebu je bila pegang
2- Zip :  'Open Wide Zippered'
3- Strap : detachable (sebab tuan punya minta yg ala2 wrislet)


Jeng jeng jeng!!


Nampak tak ujung zip yg 'terjulur' tu?
*sorry patutnya letak background putih*

Haaaa...inilah 'rupa' open wide zipper tu..
baru la senang nak keluarkan segala harta karun kan??

Semoga penerimanya suka...


Saturday, 27 April 2013

Mari jahit beg!!!

Dah lama sebenarnya nak buatkan sesuatu untuk kawan saya ni.
Cuma biasa la, sejak dua menjak ni mmg takde mood nak jahit lain selain dari jahit tudung dan baju...
Padahal, byk je accessories utk digunakan kat beg dan yg seangkatannya..

Mengambil kesempatan aktiviti bertukar-tukar handmade clutch di Genf Penjahit Beg (fesbuk), dan su telah 'gatal' tgn letak nama kat situ...makanya....kenalah buat juga kan..

ini adalah antara hasil-hasil nya..

Target ialah membuat Curvy Clutch!!





Pattern 1.
 Yg ni su letak batting utk bagi gebu feel.
Sebenarnya clutch kat atas tu adalah SATU je, cuma sebab su gunakan kain perca, makanya ada 2 design kain yg berbeza.
Kelebihan : Soft feel & rasa selamat sebab ada zip



Pattern 2.
Yang ni pattern lain dan hanya letak interfacing sederhana tebal.
Kelebihan : Sangat menarik

Sebenarnya su suka kedua-duanya.Sebab masing-masing ada keunikannya dan kegunaan yg tersendiri.

Sementara semangat masih belum terpadam ni, su nak buat clutch pattern 2 lagi sekali. Tapi menggunakan batting & Cotton stabilizer & juga PVC(mungkin).Tapi misi yg paling penting ialah memasang zip kat pattern 2!!

Tutorial dan pattern boleh download kat sebelah kiri wall saya ya!!



Wednesday, 10 April 2013

3 layer Chiffon

Ini bukan entri kek ya!!!

Sebenarnya sejak minggu lepas, su mmg 'mengerjakan' kain-kain lycra yg dibeli ujung tahun lepas untuk dijadikan tudung.

Hasilnya...
Su --> dapat 3 tudung lycra + 1 tudung chiffon
Jannah --> Dpt 2 tudung lycra
Aliyah --> Dapat 3 tudung lycra

Sbnrnya cadangnya su nak buat 3 helai tudung chiffon yg 2 layer, tapi bila di cuba-cuba, di-tebar-tebar, agak jarang pulak kainnya kalo buat 2 layer...tu yg jadi 3 layer & KIV chiffon kaler itam sebab nak dijadikan lining baju utk majlis kahwin adik ipar nnti...

At the end, try dulu sehelai...jeng jeng!!!



Sorry la, sebab excited lebih sgt...amik guna iphone je, makanya tak begitu 'sharp' gambonya.
Tapi seriyes!!! sgt2 suka !!! 

Sebenarnya, su baru je beli mesin jahit tepi 3034D(brother). Yg ni buat smentara gunakan utk jahit tepi halus je...sbb su mmg dah ada mesin jahit tepi JUKI.Cumanya ye la, mesin tu mesin lama, beli pon 2nd hand je dulu...kiranya sebagai back-up la, terlanjur ada geng yg nak jual murah..

Nnti lain entry kita cerita pasal mesin 3034D ni la ya.

Dengan berjayanya 3 layer kat atas tu...semangat lak nak buat lagi sehelai atau 2 helai...kwang kwang kwang...

Sunday, 24 February 2013

Jawi panel & softbook

Ini juga adalah projek tahun lepas. Dan....fabrik ini adalah fabrik pertama saya beli sejak menyertai GGK (Geng Gila Kain) di laman sosial Facebook.

Dan..apa hasilnya???

Jeng jeng jeng..



Projek softbook ini menggunakan kaedah applique, iaitu menampal fabrik ke atas fabrik yang lain.
Ya, saya gunting setiap huruf jawi tu dan kemudiannya tampal (guna mesin) ke atas fabrik 'Angry Bird'.
Fabrik angry bird tu sebenarnya adalah kain cadar bidang 60"..hehehe

Softbook ini juga saya letakkan pemegang supaya senang si Izzah tu nak 'usung' ke sana sini.

Yang pastinya, saya sgt teruja melihat end product ini !!
ada beberapa kawan yang berminat untuk membeli dan membuat tempahan, tapiii...seriously, saya belum lagi sampai tahap itu.M-A-A-F !!


Friday, 1 February 2013

What i did last year - Plastic bag dispenser

Untuk permulaan, saya akan tepek dulu aktiviti-aktiviti yang dibuat sepanjang tahun 2012.Ya, kebanyakkannya adalah pengalaman baru buat saya. Sesiapa yg mengenali saya mungkin tahu, bahawa saya seorang yg cepat bosan melakukan perkara yg sama, berulang kali...sebab tu, saya lebih suka mencuba sesuatu yg baru.

*Tudung dan baju kurung tu takleh nak buat apa la kan...mmg itu je ler design yg ada.*

Yang ini sebenarnya adalah projek re-cycle skirt lama Jannah. Ianya adalah kain jenis denim dan mempunyai sedikit embroidery on it..sebab tu la, sayang sgt nak buang or jadikan kain lap..huhuhu

Jeng jeng jeng...

Akhirnya, saya telah berjaya menukar sehelai SKIRT ---> Dispenser untuk beg2 plastik yg kita dpt waktu shopping tu ler..



Seperti dalam gambar kat atas, bahagian bawah tu ada lubang untuk menarik keluar plastik. Manakala bahagian atas terbuka sepenuhnya untuk memudahkan proses memasukkan plastik dan ada kalanya mengeluarkan plastik...hehehehe.
Dalam erti kata yg lebih mudah, kita buat macam kita nak buat bolster(bantal peluk).Cumanya satu bahagian sahaja yg perlu diletak getah, dan letaklah tali dupaya mudah nak sangkut di mana-mana.

Di rumah, saya sebenarnya mengasingkan plastik yg kecil ( sederhana besar) dan juga plastik yg besar dalam 2 bekas yg berbeza..

Personally, plastic bag dispenser ini sgt2 la memudahkan !! Jom try jom!!

Monday, 30 May 2011

Baju 200yen

Ini juga adalah antara xtvt menjahit yg terakhir sebelum bersalin (oopppssss...su blom bersalin lagi tapi yer).
Sememangnya sangat2 ler boring dok umah tanpa ada projek. Tiap hari nak masak2 pon, tak seronok la jugak...tiap hari nak jalan2 pon tak larat la jugak...

Godeh sana godeh sini, teringat kat kain yg dibeli dgn harga 100yen (0.5m). Kebetulan mmg beli 2 helai, jadi cukup ler untuk buat T-shirt Jannah & Aliyah....

Sbnrnya, pada su.....buat T-shirt @ dress ni lebih senang berbanding buat baju kurung...maybe sebab baju kuurng ada byk bahagian yg nak kena potong mcm pesak ler, ketiak ler, tangan ler...pastu kena tebuk leher ler..
Kalo T-shirt @ dress ni, plg susah pon maybe leher la kot...

Btw, bajunya simple jer yer...orang jepun kata `Fudan gi` = 普段着、Orang Melayu kata, baju basahan...
Disebabkan malas nak buang kain kat bawah yg lebih tu, kiri kanan bahagian bawah baju tu su buat ala2 baju bai...dan juga tambah kocek kat bahagian depan.

baru lepas cantum...nak kena ukur kat badan baru alter sana sini

Dah siappp!!!

Sunday, 27 March 2011

Daiichi & Daini (第1号&第2号)

Terasa macam entry pasal Loji Nuklear Fukushima lak bila tulis 第1号&第2号....tapi entry ni bukan pasal nuklear, tp hasil xtvt dalam masa 2 minggu ni..

Jeng jeng jeng....


Ini dinamakan Diaper bag 第1号 * ala2 Hobo bag *
Ini lak zippered inner pocket

*Diaper bag  第1号*
Idea dan pattern ikut pattern HOBO BAG..
Tapi, su tukar tali kepada jenis bole laras, tambah pocket & zippered pocket untuk kesesuaian.
Jadi ianya bole jadi sling bag juga la kannn..
Tutorial zippered inner pls refer HERE
Pattern untuk Hobo bag dari SINI.


Ini dinamakan Diaper bag 第2号

Front view 第2号

*Diaper bag  第2号*
Yang ni agak susah sket sbb takde tutorial yg betul2 dan smuanya buat ala2 try & error.
Tapi, idea asal ialah dari TOTE BAG, cuma ianya berquilted, bertutup dan ada zip kat atas.
Bahagian dalam pon ada pocket sekali.
Size pon agak besar : 25cm X 28cm X 20cm ( lebih kurang la)



Bila dah siap Diaper bag ni, rasa lega la sket sbb hampir smua barang2 baby dah nak siap. Apapon, ada beberapa lagi small items yg dalam cadangan untuk dibuat, seperti ;
1) Bib
2) Tuala kecil dari kain jenis gauze
3) Cushion Cover
4) Small pouches

Ganbare!!!

Thursday, 3 February 2011

Sew Along

Ya!!! ada sew along project kat MyBotang skrg ni untuk project Reversible Bucket Bag.
Menarik !!! lagipon mmg tgh plan nak buat diaper bag utk baby.
Emmmm...tapi bila tambah sana tolak sini, rasanya tak brani lak nakbagi commitment..

Anyway, sesapa yg berminat tu, boleh ler jengah2 blog sana yer....

Thursday, 21 October 2010

Projek hari ini

Lama rasanya tak post hasil xtvt masa lapang. Sebenarnya mmg takde pon yg dah siap.Isnin till Rabu ada kelas, kalo tak pagi, petang...jadi biasanya tak buat apa2 xtvt pon kecuali mengemas, menggosok mana2 yg patut (tapi takpon pika-pika !!! aiyaaa).

Khamis & Jumaat ler hari untuk bersantai2 di rumah dan juga buat xtvt lain.Tapi sejak raya, most of the time dok kat rumah je....kenapa erk?? hehehe...smuanya gara2 drama ler.
Sekarang ni tgh follow drama Jepun dan Korea...either kat TV atau yg download kat internet.

Baseball season pon dah abis, keseronokan membaca blog peminat2 Baseball pon dah berkurangan sebab takde cerita...off season dah...Kena tggu bulan 3 tahun depan baru start season baru.
Owhhh...lamanya


Ini adalah projek terbaru...BEG untuk simpan segala buku2 bank ke, passport dan yg seangkatannya.Selama ni, semuanya letak dalam satu beg...tapi mcm penuh dan selalu kena punggah..
Mengambil kesempatan Jais yg nak balik Msia bulan depan ( balik lagiii??????) , buat ler juga.
So, Jais guna beg yg sedia ada, su & anak2 guna beg baru (yeay !!!)

Ada few projects dalam kepala dan nak kena rush sebelum salji turun di luar sana...Hari semakin sejuk tapi xtvt masa winter blom ada lagi...apa nak buat erk?? last year mengait & cross-stitched.This year??? hajat di hati nak buat hand puppet untuk budak 2 orang tu...boleh ke buat??!


Tuesday, 17 August 2010

Penjagaan mesin jahit

Cara-cara membersihkan mesin jahit etc...

Thursday, 24 June 2010

Apa khabar???

Woooowwww!!!! Lamanya tak update blog..
Sebenarnya bercadang nak genapkan sebulan baru nak update...hehehehehe..

Apapon....dibawah ni adalah Book Cover ataupon dipanggil juga sebagai Book Jacket yang diperbuat daripada kain la yer...
Tapi su ada tambah getah dari video asal...

Fungsi ???
Tak lain dan tak bukan tentulah untuk melindungi kulit buku daripada rosak~~~



Cara2 membuatnya boleh rujuk di SINI

Selamat mencuba!!