Sunday 24 February 2013

Jawi panel & softbook

Ini juga adalah projek tahun lepas. Dan....fabrik ini adalah fabrik pertama saya beli sejak menyertai GGK (Geng Gila Kain) di laman sosial Facebook.

Dan..apa hasilnya???

Jeng jeng jeng..



Projek softbook ini menggunakan kaedah applique, iaitu menampal fabrik ke atas fabrik yang lain.
Ya, saya gunting setiap huruf jawi tu dan kemudiannya tampal (guna mesin) ke atas fabrik 'Angry Bird'.
Fabrik angry bird tu sebenarnya adalah kain cadar bidang 60"..hehehe

Softbook ini juga saya letakkan pemegang supaya senang si Izzah tu nak 'usung' ke sana sini.

Yang pastinya, saya sgt teruja melihat end product ini !!
ada beberapa kawan yang berminat untuk membeli dan membuat tempahan, tapiii...seriously, saya belum lagi sampai tahap itu.M-A-A-F !!


No comments: