Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

Quilted pencil case

Selepas Curcy Clutch,
Su buat Pencil Case pula.
Pencil case ni sebenarnya khas dan istimewa untuk seorang teman rapat...

Jeng jeng!!

Mula-mula nak buat ala-ala pyramid purse tu. Boleh refer sini untuk gambar yg lebih jelas.
Bila pikir-pikir, tak sesuai rasanya untuk student PhD guna..kehkehkehkehkeh

Akhirnya su pilih
1- Quilted : gebu je bila pegang
2- Zip :  'Open Wide Zippered'
3- Strap : detachable (sebab tuan punya minta yg ala2 wrislet)


Jeng jeng jeng!!


Nampak tak ujung zip yg 'terjulur' tu?
*sorry patutnya letak background putih*

Haaaa...inilah 'rupa' open wide zipper tu..
baru la senang nak keluarkan segala harta karun kan??

Semoga penerimanya suka...


Friday, 3 August 2012

Buku Iqra' - Power Point version

sedih dan rugi!!!!
itu lah perasaan yg pertama sekali muncul bila jumpa kat internet yg buku iqra cepat mengaji tu ada kat internet dlm bentuk Power Point atau dgn erti kata lain.....boleh download!!!

Sebenarnya bentuk ppt ni dikeluarkan oleh JPN Perak...oh alangkah bagusnya kalo masa kat Jepun dulu dah jumpa buku ni...Boleh klik sini ya!!!

Sebenarnya Jannah dan Aliyah menggunakan buku Al-Furqan iaitu sama publisher dgn Bacalah Anakku & Read Easy..so far, takde masalah cuma buku tu hanya ada 3 buah...lepas abis buku ke-3 terus masuk Al-quran. Berbanding buku Iqra yg dah macam Al-Quran bila masuk buku 5&6...

Tapi, buku Al-Furqan pon ada buku khas tajwid...pada su, sama je pendekatannya...

Yang menjadi masalah sekarang ialah, buku Al-Furqan no 2 tu dah ilang isi dalamnya!!! Kununnya rajin sgt ler membaca smpai terburai isi perut...hehehe

Apapon, alhamdulillah...dah jumpa yg PC version.

Tapi kalo nak beli pon takpe je...cuma RM12/set..lgpon MPH skrg tgh buat delivery free sampai 31 August ni!!! jom!!!! lgpon ingat nak beli buku resepi yg MyResepi punya tu...

Monday, 23 May 2011

Rubella

Masih ingat tak kenangan dicucuk Rubella semasa darjah 6 dulu? (pada zaman su dulu, suntikan Rubella diwajibkan pada kanak2 perempuan berumur 12tahun).

Salah seorang kawan lama menceritakan yg dia ditarik keluar dari bawah meja oleh 3 orang nurse semasa aktiviti cucuk mencucuk....hehehe...su pulak kalo tak silap, waktu tu demam, jadi terpaksa g klinik sendiri dengan mak.

Semasa pengambilan sample darah 2minggu lepas; semasa kandungan berusia 36W, doktor mengatakan yg paras/nilai Antibodi Rubella dalam badan su agak rendah. Ianya adalah perkara biasa apabila umur kita meningkat.Mereka mengesyorkan untuk mengambil suntikan dengan bayaran 7140yen.

Walaubagaimanapon, ianya bukanlah paksaaan sebab walaupon antibodi Rubella kita rendah, tidak semestinya kita akan dijangkiti virus Rubella. Ianya hanyalah persediaan/pencegahan dan langkah berjaga2 untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku.Terutama sekali bagi mereka yg mempunyai rancangan untuk mengandung lagi.

7140yen sebenarnya agak mahal la juga.Lagipon jumpa di blog rakan2 bloggers bahawa bayaran di Malaysia jauh lebih murah ( sekitar RM60++). Jadi rasanya balik Msia nanti baru pi klinik untuk buat pemeriksaan darah sekali lagi...

Apapon, ini ada link untuk menambahkan pengetahuan kita semua...dipetik dari blog Dr Zubaidi

Monday, 9 May 2011

Mengira gerak baby

Minggu Emas di Jepun sudah berakhir, dan anak2 dirumah ni sudah memulakan persekolahan seperti biasa KECUALI seorang budah kepoh yg mengada2 dan berlakon kununnya selsema & batuk ....*aiyaaa*

Kalo dulu, mmg kompem kena paksa, tp skrg dengan perut yg maju kedepan ni...tak kuasa weihhh.Tambahan pula sudah dpt cikgu baru utk gantikan kelas pagi....yabedabeduuuuu

Berbalik pada tajuk diatas, dalam entry sebelum ni (click HERE) su nak kongsi satu lagi perbezaan mengandung di Jepun.

Ingat tak bila dah masuk 34W, kita akan diberi jadual dan disuruh rekod `waktu/jam` baby kita cukup 10 pergerakan dalam sehari bermula dari awal pagi. .Ianya adalah salah satu cara manual untuk monitor baby didalam kandungan sihat dan tidak lemah. Biasanya kita akan menulis samada 10:30am @ 12:00pm etc..

Di sini juga ada aktiviti yg sama, cuma sedikit berbeza. Di Jepun, kita perlu catatkan/rekodkan berapa `MINIT` yg diambil untuk baby bergerak 10kali apabila baby mula bergerak. Caranya,

1- Tetapkan masa yg sama setiap hari untuk mengambil bacaan (digalakkan pada waktu tghari)...
2- Apabila baby mula bergerak, kira berapa lama masa yg diambil untuk cukup 10 kali gerakan
3- Jika baby mengambil masa lebih dari 40min untuk bergerak 10kali, rehat semula lagi dan ulang langkah 2
* baby yg sihat akan mengambil masa dalam 20min untuk bergerak 10kali...

Su buat dua-dua cara sbnrnya...hehehehe

Thursday, 21 April 2011

Mengandung di Msia VS Jepun

Usia kandungan dah masuk minggu ke-33..sekejap je masa berlalu dan tau2 je nanti baby dah ada disebelah...hehehe.

Selama ni tak pernah buat entry pengalaman2 mengandung di Jepun.Jadi, mengambil kesempatan masa lapang yg tak terisi ni untuk menulis secara ringkas.

Apa yg berbeza?Mmmmmm....secara ringkasnya.....

1- Doktor dan nurse kat sini sgt2 details...
2- Banyak dokumen/kertasyg perlu diisi & prosedur yg perlu dilalui sebelum anda layak untuk membuat pemeriksaan dihospital.
3- Anda akan discan setiap kali check-up.
4- Check up sebulan sekali hingga minggu ke 28, kemudiannya 2minggu sekali, dan seminggu sekali bila masuk minggu ke 36.
5-Ujian darah ( Hg) diambil 3 kali sahaja ( 12W, 28W & 34W)
6-Pemeriksaaan tekanan darah & berat badan dibuat sendiri oleh ibu mengandung
7-Checkup perlu ada appointment.
8-Doktor hanya memeriksa & lain2 mini ceramah dan penjelasan akan dibuat oleh nurse/midwife.
9-Nurse/midwife akan menerangkan dan membincangkan secara terperinci ttg cara2 penjagaan diri &baby etctermasuk gizi seimbang etc --> ada buku teks sebenarnya
10-Ibu2 perlu menghadiri Maternity Class(total ada 3 kelas, tp su pegi yg last je)


Cukup 10? ada lagi sebenarnya...iaitu cara2 mengira pergerakan baby dalam sehari bila kandungan masuk 34minggu....tp nnti ceritakatnext entry ler...

Wednesday, 20 April 2011

Senaman baby songsang

Anda-anda diluar sana tahu x tentang senaman untuk membetulkan bayi songsang?
Kali ke-3 mengandung, baru su tahu kewujudan senaman ni...Selama di Malaysia,kita anggap bayi akan pusing kebawah bila tiba `masa`nya. Tak pernah amik serius hinggalah kalo dah nak bersalin baru ler nak amik tahu.

Masuk usia kandungan ke 32minggu, baby sudah mencecah 2100g dan bila scan, kepala baby masih kat atas.Jadi, doktor menyarankan supaya membuat `Senaman` untuk membetulkan kedudukan baby di dalam perut....




Gambar diatas ialah cara yg disyorkan oleh doktor disini...


Posisi seakan2 dalam keadaan sujud untuk 5min, dan kemudiannya rebahkan badan kesebelah kanan atau kiri bergantung pada kedudukan badan baby dan baringlah selama 20-30min...
Kalau badan baby disebelah kanan ---> rebahkan diri kesebelah kiri dan sebaliknya.....

Yang pastiiii....penat ooooo...betul2 penat..

Esok doktor nak tengok lagi sekali  samada kepala baby dah pusing kebawah atau belom.Aiyaaa...suhaila baru buat 2 kali je...Ntah yer...rasanya baik biar baby pusing secara semulajadi bukan??? daripada dipaksa2...buat hati xtenang dan lagipon takut tersalah pusing kang tali pusat membelit leher la pulak...

Macam-macam....

Tuesday, 17 August 2010

Penjagaan mesin jahit

Cara-cara membersihkan mesin jahit etc...

Friday, 19 March 2010

Alergic Test

2 minggu yg lepas, ada cerita pasal kisah Aliyah batuk...

Dan selepas tu ada buat Allergy Test(Blood test) sebab nak tahu kalau2 Aliyah ada allergic.
Total ada 12 allergen yang di check yang boleh dibahagikan kepada tumbuhan, haiwan, habuk dan makanan.
Dan juga nak tahu sejauh mana kuatnya allergen dalam darah ataupon IgE level dalam bahasa medic.Semakin tinggi IgE, maknanya semakin kuat allergen dalam darah.

Dengan adanya result ni, selain kita tahu ttg allergy, ianya boleh membantu doktor untuk bagi ubat&dos yang sesuai...


Result aliyah :

NEGATIVE pada Tumbuhan, Kulit Kucing/Anjing dan makanan..
POSITIVE pada House Dust & Dani/Hama( esp pada bulu kucing, carpet etc)

Sebenarnya setiap Allergen tu semuanya ada 6 peringkat/level.

Aliyah POSITIVE LEVEL 3 untuk Dani/Hama...
dan POSITIVE LEVEL 4 untuk House Dust

IgE lak 48.2 IU/ml yang mana lebih tinggi sdkt dari average.

Walau apapon, doktor kata, TIDAK PERLU BIMBANG sebab tak teruk...TAPI....tetap kena HATI-HATI.



Sunday, 14 March 2010

Filemail.com

Maybe ada yang dah tau dan menggunakan website ni...tapi just nak share satu website yg membolehkan kita send file bersaiz besar (esp Video) melalui email...

Iaitu --> FILEMAIL.COM

Cubalah...

Thursday, 4 March 2010

Kisah aliyah

Aliyah mula batuk-batuk lepas ambil dia dari Nursery....Dan batuk-batuk tu berterusan dan makin teruk hingga nak bernafas pon nampak susah. Dada pon berbunyi dan semalaman dia tak tido nyenyak...

Kalo tengok dari symptom tu...rasanya memang tanda-tanda asthma.Lagipon dah mmg ada gen asthma dalam family dan ramai anak-anak sedara yang idap asthma masa kecik....Asal lebih main, lebih ketawa....biasanya diorang akan sesak nafas...

Dan nak dijadikan cerita, sensei dia mmg kata semalam dia puas main kat taman..

Pagi ni pergi la bawak ke klinik Kanak-kanak....
Mmmmm....oxygen level dalam darah kurang...
Apapon, doktor tak sahkan lagi la mmg asthma...sebab dia kata nak kena buat test dulu.
(Doktor suggest buat alergic test)
Kebetulan pula skrg ni nak tukar musim ke Spring...gap suhu malam & siang kalo besar sangat pon bole sebabkan batuk...

Apapon, dia bagi ubat antibiotik & cairkan kahak untuk kids yang kena asthma, selain dari ubat2 wajib (selsema/batuk/antibiotik biasa).

Ubat-ubatan


Dan juga ubat tambahan untuk cairkan kahak jenis liquid yang kemudiannya bila diproses, bertukar jadi gas...
Klinik pon beri pinjam mesinnya sekali untuk tempoh seminggu.

Mesin mencairkan kahak


Mmmm...alhamdulillah nampak macam dah kurang sket...
Cuma...masih tak putus berdoa semoga ianya bukan asthma.


Aliyah dirumah

Thursday, 3 September 2009

Salam 13 Ramadhan....

Yeay yeay...dah 2 minggu puasa dah kan....tinggal separuh je lagi...
yeay yeay yeay...

Mggu ni class Eigo cuti, tapi ada 2 classes yg kena ON juga......tak dapek ler nak bergolek sakan kat umah.

Ada banyak nak cerita, tapi takde mood nak tulis...

InsyaALLAH weekend ni ke update lagi sambil post pics sports day hoikuen Jannah.
Semangat betul minah sorang tu...sampai serak2 suara..
Dah dua ari dia kejutkan su bangun pkol 530pagi sebab nak g sekolah awal...ada renshuu katanyer...tension!!!!!!!!

uwaaaaaa....nemuiiii

apapon, bagi yg berminat....sila le kesini <-- cara2 menjahit baju kurung @@

Wednesday, 7 January 2009

10 Muharram

Yang ini hari Assyura yang telah terlepassss........Sedihnyerrrrr (T T)

Kejadian pada 10 Muharram...

1-Hari pertama Allah menciptakan alam.
2-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4-Allah menjadikan 'Arasy.
5-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6-Allah menjadikan alam.
7-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
8-Nabi Adam a.s. dicipta.
9-Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
10-Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
11-Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
12-Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
13-Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
14-Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
15-Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
16-Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
17-Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
18-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
19-Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
20-Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
21-Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
22-Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
23-Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifa Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Friday, 12 December 2008

Influenza

Bila dah masuk winter ni, mmg la tak bole nak pisah dari penyakit Influenza.
Perbezaan antara influenza & demam biasa secara ringkasnya seperti dibawah, dan secara details seperti kat sini (nihongo only)

Demam biasa

Sakit yg disebabkan oleh sakit tekak, batuk dan selsema.Demam kebiasaannya adalah demam ringan.

Influenza
Selain drpd sakit tekak,batuk dan selsema, demam yg tinggi secara tiba tiba adalah salah satu tanda utama.Selain itu, pesakit akan sakit/sengal seluruh badan

Cara-cara pencegahan
  • Pemakanan seimbang & tidur yg mencukupi
  • Jangan berada di lingkungan org ramai
  • Pastikan kelembapan bilik/rumah anda sekitar 60% (letak tuala mandi basah pon ok)
  • Basuh tangan dan kumur selepas pulang dari luar
  • Pakai 'mask'
  • Ambil suntikan vaksin influenza(optional)

Semoga kita semua dijauhi dari influenza ni....AMIN

Friday, 5 September 2008

Kacang botol si kacang botol

Baru2 ni baca blog Kak Lela cerita pasal kacang botol.dalam hati cakap la jugak ....bestnya kalo la kat Nagaoka ni ada jual kacang botol.Then semalam, pergi kebun sayur depan Gidai.
Petani2 ni ada bukak kedai jual sayur fresh dari kebuh diorg tu la...

Nak tau apa su jumpa????....................
KACANG BOTOL!!!!!!
sebungkus cuma 100yen...seronoknya....

Balik umah terus masak kari daging & goreng keria utk berbuka.

Time buka tu tunjuk kat Jais...dia pon terkejut...bila makan, dia kata sama je rasanya mcm kat Malaysia...tp for me, pahiiiitttt

Next week nampaknya kena g lagi la...

Thursday, 31 July 2008

Result of medical check up

2-June yg lepas g buat annual medical check up.Result untuk blood test dah dapat last week.
Emmm...kena g refer doktor sebab nilai Hematocrit rendah.Suspect maybe anemia.
Average untuk perempuan 30tahun ialah 36% and above...tapi su cuma 35.8%.
Hematocrit ni secara mudahnya ialah kandungan darah dalam badan kite.Macam kes su, maknanya cuma 35.8% je yg darah, yg lain2 tu air....

Bila pergi jumpa doktor, dia kata nilai tu masih normal lagi, cuma rendah...then dia suruh makan makanan berikut untuk tmbh darah...
1-Moroheiya (sayur Egypt katanyer)
2-Hourenso (Bayam)
3-Liver
4-Asari/kupang dan sebangsanya
5-Prune
6-Kismis hitam

Kowaii ne....

************************
Yg kat bawah ni adalah average value untuk perempuan 19-39 tahun (if not mistaken)

1-Cholesterol dalam darah ....below 220 [mg/dl]

2-Liver function test :
GOT : below 15 [U/l]
GPT : below 10 [U/l]

3-Darah merah
Hemoglobin : 12.1 [g/dl]
Hematocrit : 36.0 [%]

4-Darah dalam gula
Semasa perut kosong : below 100 [mg/dl]
HbA1c : below 5.2 [%]

Thursday, 17 July 2008

Aliyah, fever & 1.5years old check up

Rabu, 16-July Aliyah cuti hoikuen sebab malam tu dia demam panas around 39C.Pagi tu masih dedo2 and since class xde arini, bawak dia pergi Okugawa Clinic.

Check dada --> ada sket kahak
Check telinga --> ok, tak merah
Check tekak --> merah dan ada rashes (alamak!!!)

Doktor tu suspect kena "Herpangina".Nak tau apa itu herpangina???

[WHAT]
This is a kind of summer cold.Without warning, the child will develop fever of 39C or higher lasting for 3-5days.Watery rashes will appear on the palate of the mouth causing pain and discomfort.

[HOME CARE]
Food : Give the child soft foods such as puddings, jellies and soups.
Liquid : A lot of liquids such as juices, teas and ion drinks should be given.
Bath : If baby has a high fever, don't give him a bath.

Macam biasa, dapat la ubat serbuk 2 jenis.Kali ni pahit sket kot ubatnya, aliyah tak mau minum.Bila dah kena paksa tu, apa lagi la....sampai blok sebelah pon bole dengar dia nangis!!!!
Btw, malam tu dah ok....tak demam dah...Alhamdulilah, but still need to continue ubat2 sebab confirm tekak dia masih merah kan...

Khamis nyer lak(arini la tu), bawak dia g check up untuk kids umur setahun setengah.
Sama macam jannah gak, cuma takde check air kencing je.
Masa jumpa doktor tu, dia suruh su tengok tekak aliyah yg merah dan ada mata ikan tu..ishhh ngeri la pulak..

Bila tiba bab check gigi, dia kata la yg gigi depan aliyah tu kena gosok teliti sket sebab ada tanda2 nak rosak.Sebabnya ...minum susu badan.Doktor tu kata susu badan lebih senang rosakkan gigi depan compared to susu botol.Tapi depends pada orang2 la jugak ....

Ermmmm...soro2 nak kena stop susu badan gak kat Aliyah ni.Nanti nak kena tanya kat sensei dia la, camner agaknya dia tidokan aliyah tengah hari tanpa botol(???????)

Saturday, 12 July 2008

Polio

Khamis lepas masa bawa Jannah check up, sempat tanya dengan doktor tu pasal Polio.
Kat Malaysia, kena ambil Polio 4 kali.Tapi kat Jepun ni ambil 2 kali je.Nak ambil lebih kena apply dan bayar sendiri.

Menurut doktor tu, selagi anak kita berada di Jepun, 2 kali dah cukup sebab ianya penyakit yg jarang2 kat Jepun.Tapi, bila kita dah balik Malaysia, digalakkan lengkapkan kepada 4 sebab negara negara Asian yg lain mmg banyak case Polio.

Nak kena ingat ni...

Ladies get together

Di Nagaoka ni, kami ada ladies group yg ahli2 nya mmg semua Malaysian la.So far setakat ni ada dalam 26org ahli dan today get together yg ke-5.

Biasanya kitorang buat Usrah dan makan2 pot luck masing2.Sometimes kitorang buat birthday celebration gak utk ahli.

Today kami tak buat usrah, tapi cuma sembang2 dan susun xtvt for Sept-Nov 08 as per below;
1-Set up group untuk Tadarus during Ramadhan.
2-Class masak memasak *Takoyaki/Okonomiyaki

One of our members buat cadangan untuk bukak kelas for kids in Nagaoka.Bole la ajar ABC's, Alif Ba Ta, Doa Harian, Mengucap, Cerita cerita nabi etc.Good idea kan???

InsyaALLAH

Tuesday, 10 June 2008

Ceritera chicken pox /cengkering/mizuboso

Selain tu nak kongsi gak petua2 pasal chicken pox ni..
A-Petua Mak
1- Takleh masak yg goreng2,bakar atau rebus2 aje...Tempat pox jadi sakit
2- Ayam, daging, seafoods & telur dilarang sama sekali,makan ikan je bole...Gatal
3- Takleh mandi...Nanti pox nyer tak keluar semua
4- Takleh kena air hujan ....Nanti bekas pox jadi hitam dan susah nak hilang
5- Takleh menjahit ...Tempat pox jadi sakit dan bole jadi seman(betul ker ejaan???)
6- Suami+isteri kena 'puasa' .....tak tau apa sebab.....
7- Bagi minum air kelapa @ kalo susu badan, maknyer minum air asam....Nak bagi pox keluar semua.

B-Petua Doktor
1- Takleh rendam dalam air panas ....Bakteria cepat merebak
2- Takleh mandi ....Bakteria cepat merebak

Ada nak komen????

Tuesday, 18 March 2008

Kabinet 2008

Senarai Baru Kabinet 2008 telah diumumkan.
Secara peribadi 'Wakuwaku' nak tengok pembaharuan Datuk Shahrir....


************************************************************************************

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak


JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek


KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)


KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman


KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng


KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)


KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat


KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail


KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe


KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad


KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin


KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun


KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng


KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN
MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon


KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh