Wednesday 7 January 2009

10 Muharram

Yang ini hari Assyura yang telah terlepassss........Sedihnyerrrrr (T T)

Kejadian pada 10 Muharram...

1-Hari pertama Allah menciptakan alam.
2-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4-Allah menjadikan 'Arasy.
5-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6-Allah menjadikan alam.
7-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
8-Nabi Adam a.s. dicipta.
9-Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
10-Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
11-Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
12-Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
13-Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
14-Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
15-Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
16-Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
17-Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
18-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
19-Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
20-Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
21-Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
22-Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
23-Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifa Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

2 comments:

noorcahaya said...

su... tadik gi scan ovum.. jumaat nig wat IUI, mintak su doakan ayang... biar lekat hendaknya....

Suhaila Tahir said...

Ye ker???
InsyaALLAH kali ni sukses...