Friday 22 July 2011

Double OMEDETOU & ALHAMDULILLAH

Hampir  seminggu lebih tak jengah sini dan rasanya kekerapan menjengah juga akan semakin berkurangan disebabkan kesibukkan tuan rumah.

Ada 2 berita gembira di rumah ni.Yang pertama, tentulah sebab dah abis pantang.

Jumaat lepas ( 15-July-2011), genap 40hari berpantang dan secara separa rasmi MERDEKA dari berpantang.Ermmm...tapi disebabkan baby masih menyusu badan, tak bole la terus makan semuanya kan!!!
Masa makan kebab di Tokyo tempoh hari pon rasa pedas..hehehe

Diam tak diam, berlalu juga 40ari yg mendebarkan *kunun-kunun nyer la*...Pantang yg ke-3 ni, nak kata betul2 berpantang tu tidak rasanya, orang kata ...SEDANG-SEDANG je...ada gak yg diubah suai mengikut cuaca semasa...bila dah ujung2 tu pakai stokin separuh kaki je.

Berita yg kedua lak --> Hubby dengan rasminya sudah abis PhD dan kami boleh balik malaysia dah bulan depan.

Wpon dah tau lulus (verbal) masa 14-July, tetap tggu hingga 19-July untuk yg official.Haaaaa......akhirnya tamat perjuangan 5 tahun di Jepun.Kalau selama ni selalu `ditinggalkan`, sekarang ni giliran kami pula `meninggalkan`...hehehe

Apapon, perjuangan masih belum selesai.Masih ada banyak lagi cobaan cobaan selepas ini.Semoga kami sekeluarga tidak putus asa & sentiasa bersama sehati dan sejiwa...InsyaALLAH

Thursday 14 July 2011

Puding Roti

Lari dari tajuk baby, kita kembali pada cerita MAKAN pula..
Tapi, ni projek masa akhir2 ngandung dulu...Sebenanrya bertahun gak dok jeling2 & intai2 resepi Puding Roti ni...tapi disebabkan kemalasan nak membeli susu pekat & stok roti yg selalunya abis sekelip mata...tangguh punya tangguh punya tangguh...



Cantik kan marble-nya???hehehehe...
Ini ialah projek pertama kali....lepas2 tu dah buat juga 2,3 kali sbb gara2 nak abiskan susu pekat satu tin tu ler...tapi sedap oooo....lagi2 ler dimusim panas skrg ni...

Projek pertama & kedua kali buat plain & coklat....kali ke-3 baru ler ubah jadi plain & strawberry...jakun jap budak2 kat umah ni tengok...

Jom tengok resepi ;

PUDING ROTI MARBLE
sumber : hanamemories.blogspot.com 

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti  ( su kurangkan jadi 3 keping je )
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2  (pakai 10g pon ok)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air 
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

Monday 11 July 2011

Ceritera di hospital - part 2

Salam bulan Syaaban  (cepatnya masa berlalu....)

Sebenarnya nak cerita tentang check up 1 bulan untuk baby & mak baby di Jepun....tapi baru perasan yg ceritera hospital semasa bersalin belom habis lagi...jadi kita sambung part 2 pula..

Mmmmm....kita cerita satu satu la ye...

[A-Contraction Room]
Bilik ni macam wad biasa je, tapi khas untuk mereka2 yg dah rasa sakit, tapi blom tiba masa untuk bersalin lagi...kiranya untuk mereka yg rahimnya blom terbuka 7cm...dalam bilik ni mmg macam2 ler suara orang menahan sakit...huhuhuhuh

[B-Labour Room]
Seperti namanya, ini tempat untuk bersalin la yer...
Apa BEZAnya dengan Malaysia?
==> 1 - Sangat2 ler panas suhu dalam bilik ni ...masuk je dah berpeluh satu badan. Midwife kata kalo nak bersalin, elok berpeluh dan badan panas....sabo je lerrrr
==> 2 - Katil  yg sangat2 BEST!!!! ...

[C- Tempoh di hospital]
Seperti biasa...6 hari untuk yg pertama kali bersalin, 5 hari untuk yg dah ada pengalaman & 8 hari untuk yg C-section.Walaubagaimanapon, hari bersalin tu TIDAK dikira...
Selain itu, pada hari ke-3, akan diadakan pemeriksaan air kencing & darah untuk EMAK untuk mengesan kalo2 ada anemia etc...check tekanan darah tinggi&suhu tu setiap hari.

[D- BAYI DI HOSPITAL]
Secara general, baby dijaga oleh emak mulai usia SEHARI, iaitu SEHARI selepas dilahirkan dan slepas diperiksa oleh doktor kanak2.Walaubagaimanapon, setiap 4 jam (tak kira malam @ siang), nurse akan datang `melawat` ke bilik untuk memastikan tiada masalah dihadapi oleh ibu&baby...Ibu pula perlu menrekod masa menyusu & kekerapan baby kencing & berak...hehehehe

[E-KELAS untuk IBU]
Walaupon dihospital, ibu tetap perlu menghadiri kelas2 ala2 parenting...huhuhuhu

[G-LAIN-LAIN]
Secara keseluruhannya, layanan nurse sememangnya amat menyenangkan hati...Semasa hari pertama dihospital, setiap kali nurse datang untuk memeriksa, setiap kali itu juga mereka akan mengucapkan `TAHNIAH`....*smile*.

Selain itu, ubat lawas juga dibekalkan pada mereka yg berhajat....---> tp yg ni sbnrnya semasa mengandung lagi mmg selalu ditanya ...ada yg kate, sebab Japanese ni mmg sinonim dengan sembelit ....

Dan satu lagi ialah nurse akan MENEMANI anda dan menukarkan napkin bila ibu ke bilik air yg pertama kali selepas bersalin, iaitu lebih kurang 6jam selepas bersalin...( ibu hanya dibenarkan bergerak selepas 6jam)

Cuma, satu jer yg kurang seronok ialah ---> Setiap hari juga la, nurse akan datang memeriksa perut (kedudukan rahim), susu badan & juga luka itewwww....hmmmmm.....sabo je lerrrrrr

Tuesday 5 July 2011

Dan masa pon berlalu

Demi masa! 
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. 
(103:1-3)


Sekejap je masa berlalu...diam tak diam, Izzah pon dah berusia sebulan arini.Rezeki dan amanah yg DIA beri untuk dicorakkan dan dididik dengan sempurna...Alhamdulillah


Satu jam selepas lahir

Sebulan selepas itu

Alhamdulillah, tangan kanan Izzah nampak semakin aktif...cuma berhajat untuk mengambil x-ray lagi sekali dalam masa yg terdekat...

Friday 1 July 2011

Energy restrictions = 節電 = Jimat Elektrik

Ini antara berita baru yg hangat di Jepun, rentetan daripada penutupan Loji Nuklear Fukushima & Hamanaka(Shizuoka-ken). Kerajaan Jepun dengan rasminya telah mengumumkan dan memberi arahan kepada semua rakyatnya untuk menjimatkan elektrik (separa paksa) sebanyak 15% sehingga 22-Sept.

Bole refer berita di SINI (English) atau SINI(Japanese)

Mungkin ramai yg tertanya berapa byk 15% tu? Emmm....untuk bagi jawapan dalam bentuk nombor tu susah, tapi secara amnya 15% daripada jumlah elektrik tertinggi yg diguna pakai semasa waktu peak pada tahun lepas ( sebagai bandingan)...tapi sebenarnya Kerajaan Jepun ada laman web mereka untuk monitor penggunaan elektrik secara `real time`.

Berikutan itu, ada banyak `alternatif` yg diambil oleh syarikat2,pejabat kerajaan, supermarket, department store etc ...Contohnya ;

1- Memendekkan office hour kepada pkol 4pm ---> balik awalllll !!!!!
2- Mengurangkan penggunaan lif & escalator
3- Mengurangkan penggunaan lampu
4- TIADA penggunaan aircond
5- Mengurangkan bilangan keretapi diluar waktu peak

dan lain2..

Di Nagaoka University sendiri, TIADA lampu & aircond dibenarkan sehingga pkol 4pm !!!!
bergelap dan berpanas ler smuanya dalam bilik lab....

Bagaimanapon, memandangkan cuaca yg semakin panasssss.....nasihatnya...jgn ler terLEBIH berjimat !!!
Sebaliknya gunalah elektrik dengan BIJAK !!

*dalam hati sbnrnya kagum dgn rakyat jepun yg bersungguh2 menjimatkan elektrik*