Monday 11 July 2011

Ceritera di hospital - part 2

Salam bulan Syaaban  (cepatnya masa berlalu....)

Sebenarnya nak cerita tentang check up 1 bulan untuk baby & mak baby di Jepun....tapi baru perasan yg ceritera hospital semasa bersalin belom habis lagi...jadi kita sambung part 2 pula..

Mmmmm....kita cerita satu satu la ye...

[A-Contraction Room]
Bilik ni macam wad biasa je, tapi khas untuk mereka2 yg dah rasa sakit, tapi blom tiba masa untuk bersalin lagi...kiranya untuk mereka yg rahimnya blom terbuka 7cm...dalam bilik ni mmg macam2 ler suara orang menahan sakit...huhuhuhuh

[B-Labour Room]
Seperti namanya, ini tempat untuk bersalin la yer...
Apa BEZAnya dengan Malaysia?
==> 1 - Sangat2 ler panas suhu dalam bilik ni ...masuk je dah berpeluh satu badan. Midwife kata kalo nak bersalin, elok berpeluh dan badan panas....sabo je lerrrr
==> 2 - Katil  yg sangat2 BEST!!!! ...

[C- Tempoh di hospital]
Seperti biasa...6 hari untuk yg pertama kali bersalin, 5 hari untuk yg dah ada pengalaman & 8 hari untuk yg C-section.Walaubagaimanapon, hari bersalin tu TIDAK dikira...
Selain itu, pada hari ke-3, akan diadakan pemeriksaan air kencing & darah untuk EMAK untuk mengesan kalo2 ada anemia etc...check tekanan darah tinggi&suhu tu setiap hari.

[D- BAYI DI HOSPITAL]
Secara general, baby dijaga oleh emak mulai usia SEHARI, iaitu SEHARI selepas dilahirkan dan slepas diperiksa oleh doktor kanak2.Walaubagaimanapon, setiap 4 jam (tak kira malam @ siang), nurse akan datang `melawat` ke bilik untuk memastikan tiada masalah dihadapi oleh ibu&baby...Ibu pula perlu menrekod masa menyusu & kekerapan baby kencing & berak...hehehehe

[E-KELAS untuk IBU]
Walaupon dihospital, ibu tetap perlu menghadiri kelas2 ala2 parenting...huhuhuhu

[G-LAIN-LAIN]
Secara keseluruhannya, layanan nurse sememangnya amat menyenangkan hati...Semasa hari pertama dihospital, setiap kali nurse datang untuk memeriksa, setiap kali itu juga mereka akan mengucapkan `TAHNIAH`....*smile*.

Selain itu, ubat lawas juga dibekalkan pada mereka yg berhajat....---> tp yg ni sbnrnya semasa mengandung lagi mmg selalu ditanya ...ada yg kate, sebab Japanese ni mmg sinonim dengan sembelit ....

Dan satu lagi ialah nurse akan MENEMANI anda dan menukarkan napkin bila ibu ke bilik air yg pertama kali selepas bersalin, iaitu lebih kurang 6jam selepas bersalin...( ibu hanya dibenarkan bergerak selepas 6jam)

Cuma, satu jer yg kurang seronok ialah ---> Setiap hari juga la, nurse akan datang memeriksa perut (kedudukan rahim), susu badan & juga luka itewwww....hmmmmm.....sabo je lerrrrrr

No comments: