Friday 22 June 2012

One year old

bila tak menghadap komputer, macam macam idea terlintas...tapi asal bukak je laptop ni, ilhamnya terbang entah ke mana..*haishhh*


oh ya...gambar Izzah diatas ni diambil pada 3-Jun yang lepas iaitu 2 hari sebelum dia turn to ONE YEAR OLD..

Sou ne..birthday Izzah kami langsung tak sambut.Tiada makan2 istimewa, tiada kek, tiada pulut kuning, hadiah pon takde....Izzah hanya dpt cucuk MMR je *sob sob sob*

Takpe la, asalnya nak beli Microwave sebab nak buatkan kek harijadi Izzah gara2 keengganan Aliyah & Jannah makan kek kedai ( tp yg sbnrnya su rasa diorg ni mmg tak berapa suka kek, diorg suka cream nya je)..tapi disebabkan masalah masalah yg tidak dielakkan, kami tak ter-pergi kedai Panasonic...kita bawa kedepan je la yer...

List hadiah pon dah ada sebenarnya iaitu POTTY dan KERUSI , tapi kami beli baju tido je dulu.Nanti ibu & ayah belikan...ehhh lupa lak yg Cik Ila ada tanya nak hadiah apa....alhamdulillah....

Apapon, selamat hari lahir buat izzah dan semoga sehat2 selalu..