Tuesday 7 February 2012

Antara Johor Bahru dan Melaka

Tinggal di Batu Pahat sebenarnya kalo dilihat dari kedudukan geografi, boleh dikatakan berada tengah2 diantara Johor Bahru & Melaka (  Ayer keroh & Bandar Hilir).Tapi, kalo tanya su....su lebih suka untuk berbelanja di Melaka.

Sejak dari zaman bujang dan berkereta sendiri, selalu juga sbnrnya ke Melaka untuk xtvt Jalan-jalan Cari Makan mahupun Window Shopping. Barang2 hantaran tunang & kahwin pon beli di Melaka. Semasa Jannah kecil pon pernah Cuti-cuti Malaysia ke Melaka..

Reason?? mungkin sbb bandar yg tidak terlalu besar, jadi segala macam barang ada berdekatan.

Mengambil kesempatan cuti Raya Cina baru-baru ni ( sekolah cuti seminggu), kami sekali lagi telah ke Melaka se-family.Misi utama selain bersantai-santai ialah bertemu beberapa sahabat lama, xtvt makan-makan ikan bakar, xtvt ke Jusco & juga xtvt ke kedai Daiso(kedai 100yen Jepun yg berharga RM5 utk setiap barang)...

Yg plg mengejutkan ialah pastinya jalan baru yg besar dan selesa dari Muar hingga bandar Melaka tu...dasat ooo...mcm naik highway free je. Selain tu tentunya kepesatan dan kepadatan serta wajah baru Bandar Hilir. Padang Dataran Pahlawan yg dah bukan jadi padang rumput biasa, tapi dah berubah jadi Mall malah ada Menara Taming Sari.Jusco pon rupanya dah ada cawangan baru yg lebih besar, no wonder masa gi Jusco Ayer keroh tu rasa mcm byk brg dari orang...hehehehe

Kali ni kami menginap di Hang Tuah City Hotel (dahulu dikenali sebagai Straits Meridian Hotel) yg betul2 terletak di Lebuh AMJ dan berdekatan dgn Masjid Al-Azim...Walau apapon, ada beberapa misi masih belom selesai lagi...insyaALLAH simpan utk next rezeki ke Melaka.

Next entry nnti baru su cerita & maybe upload sket gambo ya...