Monday 30 July 2012

Salam 10 Ramadhan

Alhamdulillah, dah hampir 1/3 bulan Ramadhan telah berjaya diharungi . Keadaan cuaca yg agak panas mengingatkan su pengalaman berdepan dgn cuaca sepanas 37degree semasa di Nagaoka tahun lepas ...Nasib baik masa tu blom lagi puasa dan baru abis pantang...fuuuhhhh...kebetulan pulak anak sedara, Cicik baru je sampai dari Malaysia...hahahaha

Bagaimana puasa tahun ni kawan-kawan? Alhamdulillah wpon nyusukan Izzah, su masih larat nampaknya untuk bertahan hingga ke petang..tak seperti masa berpuasa sunat 15 Syaaban tempoh hari.Pukul 3 je dah tak bole diri lama2, pukul 5 dah gigil kepala lutut...sudahnya, terbaring sampai ler berbuka..kuikuikuikui...

Bercerita tentang Ramadan, tak de cerita best mana pon. Baju raya budak2 pon dah siapkan sebelum puasa aritu lagi.Tudung raya pon sama.Cuma mungkin nak buat biskut raya yg simple je utk di-ngap ngap..Selain tu , sekarang ni sedang rajin "mentelaah" buku "Indahnya Hidup Bersyariat" dan juga "Ensiklopedia Solat'...Ada beberapa azam yg sedang dalam pembinaan, jadi perlulah berilmu dahulu kan???

Mudah mudahan akan berjaya menulis lagi (setidak2 nya semasa 20 Ramadhan)

Selamat berpuasa semua!!

Friday 6 July 2012

Syiling oh syiling




Sepertimana yg kita ketahui,pada tahun lepas kerajaan telah melancarkan duit syiling baru.Syiling baru ini lebih ringan, kecil dan berwarna seakan-akan warna emas.

Sebagai rakyat Malaysia, su tak kisah sgt sbnrnya…mana mana pon boleh *senyum*

Semasa kami bercuti(sambil jais bekerja) di KL pada akhir March-awal April yg lepas,syiling baru ni senang dan mudah diperolehi terutamanya bila berurusan di kaunter Komuter. Jakun kejap la budak2 tu termasuklah ibu mereka juga (hahaha)

Beberapa bulan berlalu, masing2 pon dah lupa kisah syiling baru hinggalah pada minggu lepas, kami mendapat duit baki menggunakan syiling baru semasa membeli belah di Carrefor…
Fuyyyooo..jakun kali kedua la budak berdua tu.

Dan harini, Aliyah dengan berbesar hati dan berbangga telah menghabiskan syiling2 baru di kantin sekolah agama!!!! Huwaaaaaa!!!!!

Jannah lak, pandai sket…dia simpan dan siap suruh beli tabung lagi..

makanya...ntah bila agaknya bole simpan semula syilingbaru ni yea!!

Wednesday 4 July 2012

Kejohanan Balapan 2012

3-Julai ada acara Balapan sekolah rendah Jannah.Sebenarnya dari minggu lepas lagi dia dah mula latihan dan perlu memakai baju sukan setiap hari...

Acara bermula jam 8pagi, tp seperti biasa....su hanya datang selepas Izzah tidur dan juga menyiapkan bubur Izzah dan bahan2 utk lunch...akhirnya pkol 11pagi baru ler dpt kluo umah...hahahaha

Tak byk gambar yg diambil sebab masa su datang tu, hanya 4 acara je yang blom habis...itupon melibatkan budak2 darjah 4-6...adalah 3,4 keping yg sempat di ambil...




Sok sek sok sek...acara semua tamat pagi pkol 1240 dan budak2 dilepaskan pulang pada pkol 1300 (pkol 1400 sekolah agama dah mula dah).

Cuma, satu je yg tak bestnya kalo ada xtvt kat sekolah ni...diorang tak bagi aturcara majlis la...bila balik, acara apa yg mula dulu, yg kemudian...tu belom lagi cerita pkol berapa start setiap acara. Kalo tanya pkol berapa abis, jawab cikgunya "Macam biasa" ...*hahhhhhh...mengeluh kejap*