Friday, 9 March 2012

Cosmo & Cosmos

Spelling yg lebih kurang, tetapi adalah 2 benda yg berbeza...

Mula-mula kita tengok Cosmo dulu la ya...yang ni sbnrnya nak cerita ttg projek Sew Along di group 1H1P(1 Hari 1 produk) nun di Fesbuk sana..oooppsss...ya, setelah sekian lama, akhirnya dtg juga 'semangat' untuk join group tu...tak rugi join,cuma kengkadang tu x terkejar nak baca setiap entry...hahahaha

Amacam...lawa x??




Yang keduanya ialah Cosmos iaitu bunga Cosmos....wpon bukan musim Cosmos dan bukan minah bunga, saya rindu bunga-bunga di jepun...lagi-lagi x lama lagi Sakura season...sob sob sob

p/s: X de picture Cosmos sbb malasnak kecikkan size...sob sob sob

New Obsession - CLOTH DIAPER

Sou desune...su sepatutnya meng-update entry ttg trip ke Melaka seperti yg telah ditulis dalam entry sebelum ini.

Tapi apakan daya, internet connection is super slow dan sgt2 ‘mencabar’ untuk upload gambar selain terpaksa di re-size terlebih dahulu…huhuhu

Apapon semenjak 2,3 menjak ni, su bz sket buat RESEARCH tentang CLOTH DIAPER aka LAMPIN MODEN. Hampir setiap hari meluangkan masa membaca artikel ttg CD ni dan x lupa juga ialah membaca review pengguna2 di Malaysia ni…owhhh…membaca review sgt  penting ya!!! dimana??? Mana lagi kalo tak di laman MUKABUKU (Facebook) sbb ada group untuk parents yg menggunakan CD ni…jangan x tau!!!

Tahun 2007 dulu pernah terbaca ttg CD ni...tp tak begitu ambil kesah sgt.Hinggalah last January ada beli majalah dan ada la pulak ruangan CD ni...tu yg gali & teropong sana sini cari info.

Jom kita lihat sekali lalu..

Pertama : Apa itu CLOTH DIAPER@CD?? Ermm…dalam kata mudah ialah sejenis LAMPIN yg telah diubah suai bentuk serta kualitinya tetapi masih mengekalkan identiti lampin iaitu perlu di BASUH…hehehe

Yg lebih tepat ialah Diaper yg terdiri daripada seluar luar dan juga penyerap(insert) yg boleh dibasuh berulang kali



Kedua : Kenapa nak bertukar kepada CD?Jawapan yg paling jujur dan straight to the point ialah JIMAT!!! Ini menurut kata2 mereka2 yg telah dan sedang menggunakannya la…Seorang kanak2 memerlukan lebih kurang 5 keping CD sehari dgn kos setiap CD ialah RM20(ini yg plg murah dan plg ramai org pakai sbb harga mampu milik)..Jika nak basuh setiap 2hari, sekurang2nya kita perlukan 10pcs CD yg berkos RM200 untuk 2-3 tahun.

Selain tu, tentulah utk MESRA ALAM… ye tak??

Ketiga : Cara penjagaan ? Yang ni kalo baca agak mudah, tp sbnrnya plg susah sebab Vitamin RAJIN mesti ada..yelah kan….nak menghadap pelbagai ‘isi’ etc…Wpon ianya boleh dibasuh mesin, tetap juga perlu di rendam etc…Malah sabun pon bukan boleh hentam kromo je…perlu guna sabun yg bersesuaian …*part ni su pon x habis study lagi sbb byk sgt petua yg su baca…pening …pening *

Anyway, anyhow…I am ready dah nak buat Test-Run…hajat dihati nak beli brand Lunatots. Tapi sbb agak pricey, su pilih yg harga mampu milik dulu iaitu QQBaby. Tgh tggu parcel smpi ler ni, tapi Cuma ada 2pcs…kehkehkehkeh…nak cuba pakaikan izzah antara waktu dia bangun tido awal pagi hingga masa mandi dalam pkol 10am@11am....

If OK dan lulus bab penjagaan + Izzah pon ok, then boleh lah tambah lagi. Plan nak beli insert brand Autumnz sbb mendapat pujian sgt2 dr org ramai..Target utk pakaikan CD ni belah siang je dulu. Malam guna saki baki Diapers jenis Pants yg bawa balik dr Nihon aritu…dah tggl 2 beg je lagipon.

Semoga dikuatkan semangat dan dicekalkan hati dan memppunyai Vitamin RAJIN setiap hari…AMIN

Tuesday, 7 February 2012

Antara Johor Bahru dan Melaka

Tinggal di Batu Pahat sebenarnya kalo dilihat dari kedudukan geografi, boleh dikatakan berada tengah2 diantara Johor Bahru & Melaka (  Ayer keroh & Bandar Hilir).Tapi, kalo tanya su....su lebih suka untuk berbelanja di Melaka.

Sejak dari zaman bujang dan berkereta sendiri, selalu juga sbnrnya ke Melaka untuk xtvt Jalan-jalan Cari Makan mahupun Window Shopping. Barang2 hantaran tunang & kahwin pon beli di Melaka. Semasa Jannah kecil pon pernah Cuti-cuti Malaysia ke Melaka..

Reason?? mungkin sbb bandar yg tidak terlalu besar, jadi segala macam barang ada berdekatan.

Mengambil kesempatan cuti Raya Cina baru-baru ni ( sekolah cuti seminggu), kami sekali lagi telah ke Melaka se-family.Misi utama selain bersantai-santai ialah bertemu beberapa sahabat lama, xtvt makan-makan ikan bakar, xtvt ke Jusco & juga xtvt ke kedai Daiso(kedai 100yen Jepun yg berharga RM5 utk setiap barang)...

Yg plg mengejutkan ialah pastinya jalan baru yg besar dan selesa dari Muar hingga bandar Melaka tu...dasat ooo...mcm naik highway free je. Selain tu tentunya kepesatan dan kepadatan serta wajah baru Bandar Hilir. Padang Dataran Pahlawan yg dah bukan jadi padang rumput biasa, tapi dah berubah jadi Mall malah ada Menara Taming Sari.Jusco pon rupanya dah ada cawangan baru yg lebih besar, no wonder masa gi Jusco Ayer keroh tu rasa mcm byk brg dari orang...hehehehe

Kali ni kami menginap di Hang Tuah City Hotel (dahulu dikenali sebagai Straits Meridian Hotel) yg betul2 terletak di Lebuh AMJ dan berdekatan dgn Masjid Al-Azim...Walau apapon, ada beberapa misi masih belom selesai lagi...insyaALLAH simpan utk next rezeki ke Melaka.

Next entry nnti baru su cerita & maybe upload sket gambo ya...

Sunday, 22 January 2012

Selamat Tahun Baru.......(Cina)

Mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru (Cina) pada semua...Semoga tahun ini (dragon year) kita semakin bertambah baik dari semua sudut.

Wow!!! hampir 3 bulan lebih tidak meng-update blog ini.Well well well...takpe la su simpan reason tu kat tepi je la..

Azam baru jumpa SATU tahun ni...nanti tulis kat bawah sebab kompem kena gelak punya!! *jeng jeng jeng*

Anyway, anyhow...sejak 4-Jan aritu, su telah memulakan kerja dan tugas sebagai DRIVER kepada Jannah & Aliyah..huh..penat start enjin dan ulang alik antar-amik selama 5kali sehari!!!!

Kedua-duanya macam dah get used dgn sistem sekolah sini. Jannah sgt2 seronok untuk ke sekolah, tp rajin membuat homework wpon kengkdg dia kata homework BANYAK...(tp su rasa mmg banyak ler)
Aliyah pon sama juga wpon kengkdg tu ponteng Tadika Agama Johor kerana kepenatan di pra-sekolah paginya.
Izzah??? sudah semakin ligat dan baru je kluo gigi...hehehe...

Jais pon(rasanya) dah semakin biasa dgn tugasan baru dan sudah mulai sibuk dgn tugasan-tugasan & kelas-kelas serta lab.Cuma dia blom buat apa2 research sbb blom dpt budget dan hanya menjaga budak2 Sarjana Muda (degree) sahaja.

InsyaALLAH akan menulis lagi di lain entry...

Note:
Azam tahun 2012 ialah untuk pandai menunggang motor *Vrooomm Vrooom Vrooommmmmm*

Thursday, 13 October 2011

Barang kenangan

Setelah hampir sebulan setengah kembali ke Malaysia, rasanya kami dah semakin menyesuaikan diri dengan suasana dan environment di sini. Jannah & Aliyah pon begitu juga wpon ada kalanya Jannah tak mau pergi ke pra-sekolah sebab perlu bangun seawal 630pagi...hohohoho

Barang2 dari Jepun, mana yg perlu digunakan telah selamat di kluarkan...Mana yg tidak digunakan dalam masa terdekat seperti camping set, stroller etc masih dalam keadaan berbungkus. Sebahagian buku Jannah sudah dikeluarkan dan digunakan.Manakala Jais pula membawa sebahagian `harta pusaka`-nya ke ofis. Breadmaker sudah beroperasi wpon baru sekali --> melepaskan ke-gian-nan pada Pau sebenarnya.

Walau apapon, satu ruang dirumah ini masih penuh dgn kotak2 dan tak tau la bila agaknya nak dialihkan.

Sekarang su masih dalam proses mengemas...bukan mengemas barang sendiri (brg2 lama kami dah siap dah kemas), sebaliknya mengemas (sort & throw) barang-barang mertua.Tapi dah barang org, tak boleh la nak buang sesuka hati kita kan...

Tak dinafikan sememangnya kagum dan tabik dgn mak sendiri. Tiada pinggan sumpik, tiada sudu sumpik, tiada brg kaca atau plastik yg tidak sedap mata memandang dirumah. Menurut kata mak, smuanya dah dihumban sebab buat sakit mata memandang...hehehehe..

Ini bukannya nak mengutuk mertua atau apa, tetapi perlukah disimpan sudu, garfu, senduk, pinggan, mangkuk yg sudah tidak sempurna fizikalnya? hmmm...sedangkan masih byk lagi stok ditempat lain.
Sebab itu su masih berhati2 dalam bab buang-membuang ini...yelah, mgkn ada brg yg mempunyai kenangan yg tersendiri. Apa yg su boleh buat ialah dengan mengasingkan brg2 yg kurang elok tu di tempat yg lain.

Baru2 ni kami membeli peti ais baru yg lebih besar kerana keadaan peti ais skrg yg kecil dan agak nazak. Tapi bila difikir2, adakalanya rasa mcm bersalah la pula.Disebabkan peti ais baru, dapur menjadi semakin sempit dan susah untuk berjalan kerana keengganan mertua untuk membuang peti ais lama.Akibatnya, didapur skrg ada 1 peti ais baru dan 2 peti ais lama yg hanya berfungsi untuk menyimpan brg2 kering.

Kejadian yg sama juga pernah berlaku 7 tahun yg lepas semasa kami membeli almari gelas yg baru.Niat dihati nak ganti almari sedia ada yg dah senget.Kesudahannya......makin sempit rumah dibuatnya juga kerana keengganan mertua untuk membuangnya.

Mmmm...walau apapon, projek membuang masih perlu diteruskan...ganbarou!!!