Sunday 25 April 2010

Donut Taufu & Waffle


Salam berhujung minggu...
Jais sebenarnya ada kat Malaysia (12-April ~ 4-May).
So far budak2 Ok je, tapi Aliyah sejak akhir-akhir ni sensitif le sesangat...
Asal kena marah sket, melalak tak abis2...Asal balik hoikuen, melalak...
Asal balik dari berjalan, melalak ....Ishhh !!!! geram je~~~~

Btw, kali ni nak cerita tentang xtvt makan la pulak.

Mula-mula sekali WAFFLE...setelah sekian lama mengidam, akhirnya terbeli la jugak waffle maker...hehehe...tapi bukan yg guna elektrik, tp yg ni masak atas dapo jer


Yang kedua lak ---> Donut Taufu

Resepi kawan yang bagi, asal usulnya dari sini.Mudah, ringkas, jimat, cepat dan sedap !!!




Sekarang ni tengah fikir, apa nak buat sepanjang cuti Golden Week nanti ~~~~
lama ooooo....seminggu !!!

Monday 19 April 2010

Mari Jahit Baju

Jeng Jeng Jeng....

Sakura kat sini blom bloom lagi...tak sabar rasanya nak berHANAMI betul2...harap2 cuaca elok dan boleh g amik gambo...

Btw, 'Sakura' kat rumah ni dah 'Bloom'....Taraaaaa ~~~~


Material : Double Gauze , 2meter.

Tapi....lengannya mayotteru samada nak buat long sleeve terus ke or 3/4 sleeve ker...
last-last buat 3/4 sleeve dan letak getah sebab lengannya potong besar....kang nampak k****k lak kalo tak pakai long sleeve inner...hehehe

Sebenarnya ada 2 pasang kain lagi menunggu untuk dipotong...

1- Motif bunga : Jenis Cotton dan ada 5m, so ingat nak buat Boria dgn Jannah & Aliyah...tapi blom confirm nak buat pattern apa

2- Motif checked : Jenis Indian Cotton dan ada 1.5m je...maybe baju Jannah / Aliyah kot sebab nak buat baju su rasanya tak cukup daaaa...

Sesapa ada idea....let me know !!

Saturday 10 April 2010

Photo Tag

Hohohoho...got tagged by Lina, Malaysian yang sangat2 mahir tentang Jepun dan banyak dah melawat tempat2 di Jepun wpon tinggal di Malaysia..dasyat ooo

Meh tengok apa yang kena buat:
1) Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2) Select the 8th photo in that folder.
3) Post that photo along with the story behind it.
4) Then challenge 8 blogging friends to do the same!


Jeng Jeng Jeng



Cerita disebalik gambar :

Inilah Tokyo Tower (333m), Tower tertinggi di Jepun buat masa ni kerana ada satu lagi Tower yang lagi tinggi sedang dalam pembinaan, iaitu Tree Tower / Sumida Tower (634m).

Gambar ni diambil pada 28-Dis-2008 masa kami stayed kat Tokyo selama kami bercuti-cuti Jepun sempena New Year.

Untuk seketika tu, rasa jakun la kejap sebab 1st time sampai sini (dulu time bujang2 tak sempat pegi).

Tapiiii...huhuhuh punyalah ramai visitor sampai kena beratur hampir 30minit untuk beli tiket dan naik atas...
Bertambah penat sebab kitorang naik train turun kat Roppongi dan jalan selama hampir 15minit untuk kesini...semata-mata sebab Jais nak singgah bergambo kat Hard Rock Cafe Roppongi.

Maaa...apapon, kalau anda berada di Tokyo, tak kira samada tinggal di Jepun atau datang melawat...jangan la lupa singgah sini ya!!!!

Seterusnya nak tag kawang2 yang lain pula...tapi 3 orang je la...

1- Ayang @ Kehidupan Cahayer ...my cousin (anak kepada kembar mak) yang baru malahirkan baby setelah 5 tahun berkahwin

2- Iela @ Titian Perjalanan Hidup Seorang Aku ...ibu muda(ceh ceh ceh) yang sangat pandai menyulam

3- Nini @ Bermulanya Satu Episod ...my biras yang bz dgn anak-anak bulusnya...

Friday 9 April 2010

Coupy Pencil


Ini adalah Coupy Pencil, sejenis Colored Pencil without wooden case.
Tapi, su rasa ianya macam adik beradik pencil lilin kot...tak tau la nak terangkan camne.

Belikan pencil ni buat kegunaan Aliyah & Jannah kat umah.Jannah terutamanya suka sangat2 melukis dan mengaler.Kebetulan ada sale...tu yg 'sambar' satu.

Alhamdulillah tak berebut nak guna, tapi berebut nak susun ikut color code ...Haiya !!!!

Tanjoubi-Kai @ Hoikuen

17-March lepas ada Tanjoubi-Kai di Hoikuen, meraikan kanak-kanak yang lahir pada bulan March.untuk kelas Jannah, ada 4 orang dan 3 daripadanya adalah anak foreigner...hehehehe


Diakhir majlis, ada short story-telling dan Jannah bawa peranan 'Ibu'...

Kali ni Jannah memang suka sangat2 sebab berjaya pujuk ayah datang sama. Yeay yeay yeay !!

Monday 5 April 2010

Baki Bin Othman

Dia, adalah adik dan satu-satunya adik beradik mak yang masih ada didunia nyata.
Dia, su panggil POKSU.
Dia, tinggal bersama-sama kami sekeluarga semasa remaja lagi.
Dia, terus tinggal bersama-sama kami selepas perceraiannya 30 tahun yang silam.
Dia, adakalanya tinggal dirumah ke-duanya iaitu Hospital Permai/Tampoi.
Dia, selalu menyebabkan kami sekeluarga 'lari' dari rumah..ada kalanya disiang hari dan adakanya di waktu malam
Dia, selalu berangan-angan tinggi, kononnya dia seorang yg kaya raya tetapi semuanya dibolot oleh orang lain..
Dia, selalu membuatkan kami sekeluarga 'hangin satu badan'..
Dia, selalu membuatkan kami tak tido malam..
Dia, selalu membuatkan mak menangis
Dia, selalu memusuhi arwah abah
Dia, sememangnya sangat terkenal di Simpang Rengam..

Tetapi,

Dia, sangat sayangkan kucing-kucing
Dia, sangat sayangkan anak-anaknya
Dia, fasih berbahasa Inggeris
Dia, selalu mengadu orang membuli dan mengejeknya dipekan
Dia, tak pernah mengeluh menunggu bas berjam-jam untuk ke pekan...
Dia, sangat-sangat gembira bila anaknya memberi duit RM100 padanya buat kali pertama(dan kali terakhir)

Tetapi kini,

Dia, dimasukkan ke ICU selama hampir 3 minggu
Dia, stabil tetapi masih lemah dan asyik kata nak balik
Dia, semakin teruk

Akhirnya,

Dia, dibawa pulang ke rumahnya (kami)..
Dan...telah meninggalkan dunia ini beberapa jam selepas itu(820pm @4-April-2010)..disisi mak
Dan...sewaktu su tulis entry ni, dia sedang dimandikan buat kali terakhir...


Cuma...syukur dan alhamdulillah kedua-dua anaknya datang melihat jenazah..ianya benar2 membuat su sebak..

Tiada lagi duit raya untuk dia pada Raya akan datang..
Tiada lagi baju/seluar raya untuk dibelikan pada Raya akan datang..
Tiada lagi kasut raya untuk dibelikan pada Raya akan datang..

Semoga dia tenang disana....Al-Fatihah