Monday 5 April 2010

Baki Bin Othman

Dia, adalah adik dan satu-satunya adik beradik mak yang masih ada didunia nyata.
Dia, su panggil POKSU.
Dia, tinggal bersama-sama kami sekeluarga semasa remaja lagi.
Dia, terus tinggal bersama-sama kami selepas perceraiannya 30 tahun yang silam.
Dia, adakalanya tinggal dirumah ke-duanya iaitu Hospital Permai/Tampoi.
Dia, selalu menyebabkan kami sekeluarga 'lari' dari rumah..ada kalanya disiang hari dan adakanya di waktu malam
Dia, selalu berangan-angan tinggi, kononnya dia seorang yg kaya raya tetapi semuanya dibolot oleh orang lain..
Dia, selalu membuatkan kami sekeluarga 'hangin satu badan'..
Dia, selalu membuatkan kami tak tido malam..
Dia, selalu membuatkan mak menangis
Dia, selalu memusuhi arwah abah
Dia, sememangnya sangat terkenal di Simpang Rengam..

Tetapi,

Dia, sangat sayangkan kucing-kucing
Dia, sangat sayangkan anak-anaknya
Dia, fasih berbahasa Inggeris
Dia, selalu mengadu orang membuli dan mengejeknya dipekan
Dia, tak pernah mengeluh menunggu bas berjam-jam untuk ke pekan...
Dia, sangat-sangat gembira bila anaknya memberi duit RM100 padanya buat kali pertama(dan kali terakhir)

Tetapi kini,

Dia, dimasukkan ke ICU selama hampir 3 minggu
Dia, stabil tetapi masih lemah dan asyik kata nak balik
Dia, semakin teruk

Akhirnya,

Dia, dibawa pulang ke rumahnya (kami)..
Dan...telah meninggalkan dunia ini beberapa jam selepas itu(820pm @4-April-2010)..disisi mak
Dan...sewaktu su tulis entry ni, dia sedang dimandikan buat kali terakhir...


Cuma...syukur dan alhamdulillah kedua-dua anaknya datang melihat jenazah..ianya benar2 membuat su sebak..

Tiada lagi duit raya untuk dia pada Raya akan datang..
Tiada lagi baju/seluar raya untuk dibelikan pada Raya akan datang..
Tiada lagi kasut raya untuk dibelikan pada Raya akan datang..

Semoga dia tenang disana....Al-Fatihah




9 comments:

Ina said...

takziah. al-fatihah utk arwah pakcik kak su.

ejaMaria said...

takziah... utk su sekeluarga...

saya juga org simpang rengam, yg mungkin su dah lupa kan...

rasa biasa dgn nama pak cik Baki : org Kampung Sahri ke?

MyBotanG said...

takziah for your loss.. may he rest in peace.. :(

Suhaila said...

@ Ina & Kak Su,

Tks...

@Ejamaria

Rozi maria kan?? ish ish ish...classmate ku !!!!
Baki=ayah anuar(andon)

JariJari said...

salam takziah...

Suhaila said...

a.niza,

slmt berkenalan & tkshicatove

ayu said...

alfatihah....

Anonymous said...

salams Su, sebak rasanya..

takziah

dan alfatihah,,

Ameen

Nina Suria said...

Salam Suhaila, lama tak ziarah kemari. Sedih baca n3 nih. Teringat pakuda akk. Apa khabar dia sekarang...

Al-Fatihah