Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Friday, 15 March 2013

Seluar kecik & remnants(lagiiii???)

Emmm...tak tau nak bermula dari mana, tapi yg pastinya su dah berjaya menjejakkan kaki ke jalan TAR selepas 15 tahun !!!
Ya lah, kalo dulu masa di UTMKL, Chow Kit, The Mall, Jalan TAR, Sogo hinggalah ke Dataran Merdeka tu kan tempat 'bermain' (hehehe). Sejak abis belajar, pegi Jepun, balik jepun, kerja kat Batu Pahat, pergi lagi Jepun, balik lagi Jepun, memang takde keperluan pon sebenarnya area situ..

Kebetulan, Jais ada seminar kat Quality Hotel - betul2 belakang Medan MARA.Waaaaaa...peluang keemasan la..

Ada beberapa cerita menarik sepanjang 3 hari setengah di KL.Later, su tulis satu per satu. Kita layan gambo ni dulu ya...hehehe..


Inilah seluar kecik yg sgt2 berbaloi beli - RM10 utk 6helai. Su angkut 4pek sekali arung. Seriously, mmg cute & kain pon molek berbanding seluar kecik 'murah' yang dijual kat pasar mlm dgn harga RM10 utk 3 helai!! 
Lokasi beli : Berhampiran GM Plaza berdekatan Chow Kit  




Hah!!! remnants !! remnants!!
Pkol 930pagi su dah pergi Kamdar Jalan TAR, utk bongkat remnants & juga cari kain Allan Thomas yg heboh diperkatakan dalam GGK. Allan Thomas beli 2 design sahaja sbb kurang berkenan dgn coraknya...
 Suka sgt kat remnants sbb byk jumpa kain yg panjangnya antara 3.5m-5m.Mmg muat utk buat baju Jannah & ALiyah.
Tak lupa juga remnants utk cotton lawn & cotton Ashley printed.
*bahagia*

Thursday, 28 February 2013

Jakel ...saya sampai!!!


Kalo selama hampir 2 tahun ni asyik dengar je orang cerita pasal shopping kain kat Jakel la, Kamdar la...akhirnyaaaaaaa!!! saya berjaya juga sampai ke Jakel Skudai Johor!!! hehehe

Sebenarnya, dah lama ajak roommate saya untuk pergi, tapi biasalah....kalo kami ke JB tu, tentulah hanya kalau ada urusan keluarga je kan...tak pernah pulak saje2 nak jalan atau nak window shopping. Makanya, sememangnya shopping kain tu tak pernah masuk dalam agenda!

Lagipon, mmg dah jadi routine, setiap kali ke JB...pasti akan singgah ke Pasir Gudang visit akak. Kalo pergi shopping pon, limited to GIANT @ Careefour @ TESCO.

Plan asal, mungkin nak ke Jakel lepas abis program 'Jalan-jalan cari member' bersama ALEPS (lihat SINI). Tapi tiba2 mak call dan bgtau nak ke JB rumah makcik yang ada buat kenduri arwah dan tahlil..

Hah...ni la sebahagian hasil tangkapan weekend lepas. Aduuuh...sungguh menikam kalbu tgk lycra printed yg comel2...Aliyah lak, kalo boleh, semuanya nak...



Sebenarnya, ada lagi sket kain yg tak ditunjukkan. Ianya adalah remnants (kain tak cukup 4m) yang dilelong dgn harga RM4/m.Dapat la rembat sepasang kain baju kurung (total 3.5m) , kain utk buat baju Melayu (total 3m- hanya baju je la) dan kain plain 1.5m.Tidak ketinggalan, kain tebal langsir RM1/m (alhamdulillah)...hehehehe

Selain tu, roommate saya juga telah memborong kain pelekat special..iaitu kain pelekat yg ada benang tenun.

Sekian!!
p/s: anggap je la ini sebagai reward untuk diri sendiri yang dah penat seminggu membuat translation..hehehe

Sunday, 24 February 2013

Jawi panel & softbook

Ini juga adalah projek tahun lepas. Dan....fabrik ini adalah fabrik pertama saya beli sejak menyertai GGK (Geng Gila Kain) di laman sosial Facebook.

Dan..apa hasilnya???

Jeng jeng jeng..



Projek softbook ini menggunakan kaedah applique, iaitu menampal fabrik ke atas fabrik yang lain.
Ya, saya gunting setiap huruf jawi tu dan kemudiannya tampal (guna mesin) ke atas fabrik 'Angry Bird'.
Fabrik angry bird tu sebenarnya adalah kain cadar bidang 60"..hehehe

Softbook ini juga saya letakkan pemegang supaya senang si Izzah tu nak 'usung' ke sana sini.

Yang pastinya, saya sgt teruja melihat end product ini !!
ada beberapa kawan yang berminat untuk membeli dan membuat tempahan, tapiii...seriously, saya belum lagi sampai tahap itu.M-A-A-F !!


Monday, 22 October 2012

Salam 5 Zulhijjah

Pejam celik, bulan Zulhijjah yg juga bulan haji kembali lagi..
Menjadi surirumah ini ada kalanya buat su selalu terlupa tarikh ...hanya tahu mengenal hari sahaja...

Oh ya, sekarang ni sedang membuat beberapa persiapan untuk projek pada tahun hadapan...Ya, ada beberapa projek menjahit dan juga pengisian rohani untuk dilaksanakan pada tahun hadapan...makanya, sekarang su sedang membaca beberapa buah buku & online tutorial yg berkaitan.
Mungkin sebab itu la lately byk masa dihabiskan di hadapan skrin ni..

Apakah itu projeknya?
Tunggu ya...

Untuk masa sekarang ini, mengejar masa untuk menyiapkan beberapa blouse untuk diri sendiri menggunakan kain2 remnant/perca...Ini adalah projek susulan selepas berjaya membuat 2 pasang baju kurung untuk ALiyah menggunakan kain remnant RM1/m...hehehehe

Seterusnya 'merempit' untuk baju2 sekolah si anak dara berdua tu pula...
*Aliyah dah darjah satu tahun depan...haiiii*

Selamat menyambut Hari Raya Korban!!!


Friday, 24 September 2010

Autumn sudah datang??

Suhu semakin sejuk kat sini...esp selepas Hari Raya, hampir setiap hari hujan turun...
Talipon Malaysia pon hujan katanya...apa sekarang ni musim hujan dimana2 ke?

Autumn antara musim yg plg best selain Spring.Tapi....sebenarnya autumn ni membuatkan kita rasa lebih senang sedih, sensitif, homesick, buhsan etc...mungkin juga sebab siang pendek dan malam panjang? Mungkin juga sebab selepas autumn itu ialah WINTER !!! (adusssss...seram lak nak tggu winter)

Apapon, meh kongsi gambo Marble Cake + almond ..(selalu buat kek ni, tapi kali ni tabur almond kat atas n bawahnya...lebih sedap dari yg biasa!!!)


Thursday, 24 June 2010

Apa khabar???

Woooowwww!!!! Lamanya tak update blog..
Sebenarnya bercadang nak genapkan sebulan baru nak update...hehehehehe..

Apapon....dibawah ni adalah Book Cover ataupon dipanggil juga sebagai Book Jacket yang diperbuat daripada kain la yer...
Tapi su ada tambah getah dari video asal...

Fungsi ???
Tak lain dan tak bukan tentulah untuk melindungi kulit buku daripada rosak~~~



Cara2 membuatnya boleh rujuk di SINI

Selamat mencuba!!

Tuesday, 16 June 2009

This and that - June

Lama tak upload cerita yer...Kite cerita sket2 la yer xtvt skrg

1 - Majlis ramah mesra bersama Duta Malaysia, Dato' Mohd Radzi , 7-June-09
Majlis dihadiri sama rakyat2 Malaysia dari Niigata U & Urasa (IUJ) seta AJK MSAJ & KUJ, Tokyo.
Total semua dalam 150org.Kami kat Nagaoka ni kena prepare lunch untuk aritu.
Menu :
Nasi minyak
Kurma daging
Ayam masak merah
Acar
Karipap
Bingka pandan
Sirap Limau
cocktail????(tak ingat)
Kek

Su tantou masak kurma daging, so dari malam sabtu tu dah start masak memasak ler....tido lewat, bgn awal....Isnin sakit2 badan ...hihihihi

2-Kelas baru

Start bulan 6 ni, dah makin bz sket sbb kelas Eigo dah bertambah.Ditambah dgn kelas Nihongo & private, setiap hari ada kelas....1st week tu mmg 'mabuk' & 'pening' la jugak dibuatnya....
2nd week ni pon masih adjust sana sini...selagi terdaya, buat je la.Nanti kalo ada (kalo ada) teacher baru, bole la pass kat dia lak.

3- Baseball

Haaa...yang ni mmg susah nak ilang ni.Lagi la skrg ni tgh ada 'kouryuusen' antara Pacific & Central League.Melekat je kat komputer tgk baseball kat Yahoo Sport.Lepas tu ngk lagi kat NicoNico Video OR Youtube.Lepas tu baca lak report kat Sanspo or Sportsnavi...Ishhhhh...Nak berenti dan slow down sket, tapi macam menarik lak kouryuusen ni.Baseball ada sampai bulan 10 tau....Ishhhhh....kalo macam ni je summer tahun ni penuh dgn kisah baseball aje ler .camner ni??? ada idea tak nak kurangkan or ilangkan terus??? Tak tengok rasa cam ada yg tak kena, kalo tengok kang tak leh berenti & sometimes tu kecewa la pulak kalo kalah..uwarrrrrrrgggghhhhhh

4- Projek mengisi masa lapang

Emmm.....bole la perlahan perlahan...ada gak ler hasil walau x byk.Skrg ni tgh buat seluar utk Aliyah.hasilnyer nanti kalo dah siap su post pics.

5- Jannah membaca

Jannah skrg dah hampir tamat Al-Furqan buku 1 dan Bacalah Anakku Buku 1.Aliyah pon sebok dok ikut baca Al-Furqan.Dulu seminggu sekali je dia nak baca, skrg ni tiap2 malam sebok nak baca.Tapi still tak mau pegi kelas mengaji, malu dia kata...so kenalah ajar kat umah aje.
Ganbare ibu & ayah!!!!

Monday, 18 May 2009

Gambarr

Ini la dia hasilnyer...curtain dapo.
Curtain ni takde ukur2, tu yg jarak hoop dia tak sama..hehehe




Ni patchwork pattern bunga bile zoom up ler...


Zoom down kan sket....





Ni ler hasilnyer...tak besar mana pon..dalam 35cm X 30cm kot...

Saturday, 16 May 2009

Cerita itu dan ini

Banyak nak upload gambar dan cerita sbrnya, tapi mood ilang sebab photobucket ada buat hal time nak buat slideshow last week...pastu, malas ler nak godeh2.Nak cerita macam2 ni...

1-Golden Week
Golden Week tahun ni, cam tahun dulu2 jugak ler...dok kat Nagaoka je.
Kitorang g lepak2 kat Higashiyama Family Land & Echigo Koen sambil tengok tulip.Siap bawak khemah dan best betul melayan mata tambah tambah cuaca elok lak aritu...Kimochiii

Pegi la jugak Teradomari, tapi mak aiiii sesakkkk...ramai sungguh manusia kat Teradomari.

Selain tu, sempat gak temankan Gino g check kat Tachikawa...Pregnant 10W, tapi bleeding.Syiok nyer tengok baby dalam perut dia..aktif sungguh!!! pusing pusing pusing pusing.Mmg clear gambar...ingat lagi dulu scan kat Mesia selalu blur je sbb image nyer gelap aje...even doktor kate ini kaki, tgn etc...tak paham weihh

Lepas tu 2,3 ari gak ler teringat2 baby Gino tu...huhuhuhuh.Cerita kat Jais, tapi kena gelak aje...

2-Projek patchwork
Dah siappppp!!!! taubat rasanyer...hihihihih...sebulan lebih jugak la nak siapkan.Last2 piping nyer taram pakai mesin aje...Tapi tak kemas sgt laa. (Gambar nnti la yer )

3-Projek menjahit
Haaaa...bila dah siap patchwork tu, baru ler mesin baru ku itu berkhidmat...hasilnyer buat curtain kat dapo.Selai je hasilnyer, tapi bilik bersepah giler dgn kain2..kihkihkihkih
amatur la katakan....kore kara mo ganbaru kara ne!!!

Thursday, 12 March 2009

Graduation day

Musim graduation skrg kat Jepun ni...
Kat TV, kalo tgk berita ptg2 tu, ada aje keluar 'graduation song ranking'..

Ni salah satu lagu yg su suka...by Speed

Kalo nak lyric in Alphabet & Translation, bole pegi sini

**youtube xleh nak upload la...tunggu!!!!**

My Graduation

あなたと出逢えてよかった
今ひとり瞳を閉じる
心のアルバムめくれば
きらめく想い出たちよ
続いてく 時はいつも止まらずに
変わってく 街も人も愛もみんな

ずっと忘れない 離れてもくじけない
生きていく 今日から
やさしさと 勇気をくれたよね
愛が芽生えたJuly 最初のKiss
ふたりの合図 仲直りした夜
本当に愛してた
いつかまためぐり逢う
終わらない今日は私の
my graduation

振りかえれば つらい時はいつも
そばにいて励ましてくれたね
言葉にできない想いも涙も
あなたはわかってくれたよね
できるなら あの頃へ戻りたい
ずっと素直じゃなくてゴメンね

遠いX'mas Eve 永遠を誓ったKiss
あの日くれたチョーカー
今も胸で光っています
笑いころげたVoice 瞳のTruth
コロンのにおい 待ち合わせした店
あざやかにこみあげる
人はいつか旅立つ
幼かった昨日の私に さようなら

あの日のように 何もなかったように
夢で逢えたら・・・・

ずっと忘れない いつまでも祈ってる
あなたのその夢が いつの日か
かないますように・・・
愛にはぐれたTonight 最後のKiss
ふたりのEyes 髪をかきあげるくせ
本当に愛してた
あなたと過ごした青春
輝きはずっと色褪せない
my graduation

La La La La La....
Forever True Love
La La La La La....
I Remember Your Love

Friday, 8 February 2008

Menjahit

Tak sangka pula yang menjahit tu benar benar mengasyikkan.Lebih kain buat alas tilam dan bantal Aliyah masih ada, so terus gunting buat sarung bantal Jannah sekali.Selebihnya ingat nak buat beg kecil buat simpan kasut sukan Jannah (lagi preparation ke hoikuen (^_^)).

Beberapa xtvt dah sedia menunggu dari hujung minggu ni sampai la end Feb.InsyaALLAH.
Antaranya nak pegi Snow Festival, Kouryuukai with Nihonjin, Pergi Niigata untuk tukar Lesen Malaysia --> Japan(documentation), Pergi hoikuen untuk bincang masalah anak kawan dan tentunya ialah nak pegi main Sori lagi laaa...

Jika masa dan keadaan mengizinkan, nak panggil makan makan kat rumah ni.Since datang last April, belom pernah panggil ramai2.Ambil kesempatan untuk student yg nak grad juga la ni..

Rasanya dah dua hari angin kuat di sebelah Nihon-Kai ni...Semalam petang sampai berdentum bunyi kilat.Waktu tu ingatkan apa la yg meletup....Nauzubillah.
Pagi ini pon salji masih turun beserta angin.Harapnya next week dah tak turun salji setiap hari, tapi nampaknya ramalan masih kata salji ...salji...salji....

Pada semua, berhati-hati .....

p/s:Teringat 8 tahun dulu masa nak balik Japan semula, flight kena tunda sebab ada technical problem.Selepas 7 jam baru bole terbang, tapi cuaca waktu tu amat buruk.Dari Malaysia sampai ke Jepun, kapal bergegar-gegar kerana angin kuat dan hujan lebat.Seram!!!!!Nak pergi toilet pon tak berani.