Monday 22 October 2012

Salam 5 Zulhijjah

Pejam celik, bulan Zulhijjah yg juga bulan haji kembali lagi..
Menjadi surirumah ini ada kalanya buat su selalu terlupa tarikh ...hanya tahu mengenal hari sahaja...

Oh ya, sekarang ni sedang membuat beberapa persiapan untuk projek pada tahun hadapan...Ya, ada beberapa projek menjahit dan juga pengisian rohani untuk dilaksanakan pada tahun hadapan...makanya, sekarang su sedang membaca beberapa buah buku & online tutorial yg berkaitan.
Mungkin sebab itu la lately byk masa dihabiskan di hadapan skrin ni..

Apakah itu projeknya?
Tunggu ya...

Untuk masa sekarang ini, mengejar masa untuk menyiapkan beberapa blouse untuk diri sendiri menggunakan kain2 remnant/perca...Ini adalah projek susulan selepas berjaya membuat 2 pasang baju kurung untuk ALiyah menggunakan kain remnant RM1/m...hehehehe

Seterusnya 'merempit' untuk baju2 sekolah si anak dara berdua tu pula...
*Aliyah dah darjah satu tahun depan...haiiii*

Selamat menyambut Hari Raya Korban!!!


No comments: