Thursday 25 October 2012

Aidiladha

Salam 9 Zulhijjah !!

Mengambil keberkatan dan pahala bagi mereka yg berpuasa pada hari ini (9 Zulhijjah), saya dan suami bersetuju untuk berpuasa bersama...hehehe...(lagipon biasanya kalo saya puasa, dia akan bawa balik 'sesuatu' untuk dimakan...makanya kalo dia pon turut berpuasa...waaaa, jadi double la kan??)

Xtvt special hari ni ialah membuat kek Marble Cheese. Tujuan utamanya ialah untuk menghabiskan stok cheese yg di beli hari raya lepas...kwang kwang kwang...



Sebenarnya 2 mggu lepas raya puasa dah buat sekali Marble Cheese ni...perggghhhhh, jenuh Suhaila nak ngabiskan sebab budak2 ni mmg kurang sket dgn kek coklat...tapi kalo coklat tu laju je diorang makan*musykil musykil*

Cuma kali ni, su tuko adunan kek coklatnya...guna resepi lain ...
Sebenarnya asal usul nak buat Kek Coklat berlapis Cheese.Lapis bawah adunan coklat, tengah2 cheese & atas sekali adunan coklat semula..TETAPI...sungguh la ku malas nak kluo masuk periuk dalam ketuhar/steamer....jadinya, marblekan je ler.....

Selamat Hari Raya semua!!

Monday 22 October 2012

Salam 5 Zulhijjah

Pejam celik, bulan Zulhijjah yg juga bulan haji kembali lagi..
Menjadi surirumah ini ada kalanya buat su selalu terlupa tarikh ...hanya tahu mengenal hari sahaja...

Oh ya, sekarang ni sedang membuat beberapa persiapan untuk projek pada tahun hadapan...Ya, ada beberapa projek menjahit dan juga pengisian rohani untuk dilaksanakan pada tahun hadapan...makanya, sekarang su sedang membaca beberapa buah buku & online tutorial yg berkaitan.
Mungkin sebab itu la lately byk masa dihabiskan di hadapan skrin ni..

Apakah itu projeknya?
Tunggu ya...

Untuk masa sekarang ini, mengejar masa untuk menyiapkan beberapa blouse untuk diri sendiri menggunakan kain2 remnant/perca...Ini adalah projek susulan selepas berjaya membuat 2 pasang baju kurung untuk ALiyah menggunakan kain remnant RM1/m...hehehehe

Seterusnya 'merempit' untuk baju2 sekolah si anak dara berdua tu pula...
*Aliyah dah darjah satu tahun depan...haiiii*

Selamat menyambut Hari Raya Korban!!!