Sunday 23 December 2007

Jamuan Aidiladha 2007

Date : 22 Dec 2007
Veneu : Kaikang Shitsu, Nagaoka University

Menu :
Nasi Tomato
Ayam masak Merah
Rendang Daging
Dalca
Soto
Pulut kuning
Kurma Kambing versi Indonesia
Brownies kukus
Mikan
Dadih
Teh O

Thanks to all yg datang memeriahkan majlis walaupon mmg tak ramai...(30% je yg datang)

Friday 21 December 2007

Selamat HariRaya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.....


Monday 17 December 2007

Tanjoubi omedetou to Aliyah

Semalam, 16-Dec sbnrnya adalah hari lahir yg pertama buat Aliyah.Akhirnya dah setahun dah usianya....Tak sabar rasanya nak suruh dia cepat2 besar heehehe..

But since both Jannah & Aliyah br baik demam (actually Jannah still need to go for follow up on small-small operation on her ear), today baru su plan nak buat sket kek for them...

Anyway, anyhow.....semoga Aliyah membesar dengan sehat hendaknya....AMIN.

Wednesday 12 December 2007

Hometown in Japan

Entry kali ni saje jer nak kenalkan my 1st hometown di Jepun.Bukan saje blaja kat sekolah, tapi blaja menjadi dewasa dan berdikari (cheeewahhh).

Kampung yg tercinta .....Takuma-cho, Kagawa-ken
Sekolah lak .....Takuma National College of Technology

Actually Takuma-cho ni kecik jer.....bas to eki sejam sekali jer...last bas from eki pon pkol 6ptg.
Our main transport (foreign student) sudah tentu la kereta dua roda = basikal.
Since su duduk di hostel, so kiranya mmg bole la berjimat.

Takuma national College of Technology ni betul2 dok sebelah laut/selat yg memisahkan Shikoku & Honshu.In natsu, bole nampak Seto-Hashi from my room.Mmg cantik cepat nampak biru je.Cuma yg tak bestnya betul2 bawah tu ada kandang khinzir.Perrrggghhh...mmg tak leh bukak tingkap langsung kalo natsu.Baunya semerbak btol.

Since belakang tu laut, mandi laut/BBQ/Hanabi tu mmg acara kami setiap minggu.Dulu siap main perang-perang guna Roketto Hanabi...macam budak2 btol!!!!

Alhamdulillah, disini mmg rakyat Jepun nya peramah2 (tapi sensei tak lah yer).Dan disini juga ada 4 student Jepun yg betul2 rapat dengan su...Mayumi,Nagisa,Dake & Arai-kun.Kerana support dari mereka ini la jugak airmata berjujuran bila dah tiba waktu kena bungkus baju2.

Dan sudah tentulah juga pada tutor su yg kecik molek,Chiemi.Chiemi ni mmg sangat2 rajin & pandai...Banyak membantu dlm memperkasakan Nihongo....During shiken week, kami tido,belajar bersama.

Selain itu, others foreigner jugak menjadi kawan baik dan sering bertukar2 pendapat/cerita.
Pernah sekali tu kami (su & 3 org vietnamese) bercuti to Hiroshima by cycling & bus (half-half)....For three days i stay di rumah Vietnamese in Hiroshima.

Until now setiap kali su buka album2 lama.....betul2 rasa natsukashii....Bestnya kalau bole jumpa mereka2 smula ye...

*Seto-Hashi : Satu2 nya jambatan di Jepun yg bole dilalui oleh densya.

Tuesday 11 December 2007

Dugaan....

Sebenarnya dari minggu lepas anak2 tidak sehat.Bermula dengan Aliyah selsema + demam ringan, kemudian diikuti oleh Jannah pula...2 malam juga su tak nyenyak tido malam sbb Aliyah tak selesa tido baring wpon bantalnya dah ditinggikan.

Dan akhirnya, su pon flat sama, demam......Kali pertama demam ialah pada 2 weeks ago.That time demam sampai gigil2 dan suhu pon hit 39degree.Lepas makan ubat dan selubung bawah mofu, alhamdulillah sehat semula.

Smlm demam menyerang lagi...Kali ni siap dgn muntah2 sekali.Luckily masa tu hubby dah balik dr lab.Habis semua isi perut keluar.Hubby lak skrg ni makin sebok dgn jikken(research), setiap hari balik lewat...budak2 pulak wpon x sehat, tetap aktif seperti biasa.

Hari ni pon masih tak berapa sehat sepenuhnya...Terdetik juga dlm hati kalo2 mengandong lagi...nanti la kena buat pregnancy test jugak la lepas ni.

Smlm chat dengan hajar, anak sedara yg belajo di Mansyurah....Abangnya Shahir yg juga sedang blajo di Syobra rupanya tidak sehat....Dia maybe menghidap Hepatitis A - kerosakan hati yg disebabkan oleh ketidakbersihan makanan.Matanya juga kekuningan dan skrg banyak memakan herbs sahaja.Kata Hajar, before that, Shahir selalu demam2 dan sakit ulu hati.Kesibukan belajar membuatkan dia & isterinya (juga student) banyak makan di luar.

Bagaimana agaknya makanan di Jepun & Malaysia yer...masih ingat lagi semasa belaja di UTM Jalan Semarak, gerai di Padang Tembak menjadi pilihan.Struktur kedai yg agak usang(kayu), dan adakalanya MEKTI MEKTI berlari2 di atas palang...Nauzubillah...

Tiba2 teringat kisah kawan yg juga sering demam2, akhirnya disahkan menghidap Leukimia pada umurnya 24tahun.Seperti hidup semula, dia akhirnya berjaya mengatasi penyakitnya itu wpon terpaksa melalui kemo & pembedahan yg menyakitkan.Alhamdulilah,skrg sedang menjalani kehidupan seperti biasa wpon masih terpaksa ulang alik ke hospital for follow up.

Dan di Nagaoka pula skrg tgh musim demam espc budak2 la.Khamis lepas bawak anak jiran to klinik, dan menurut doktor skrg terdapat satu virus dinamakan virus RS yg mengakibatkan demam & batuk berpanjangan....so far tidak ada ubat/vaksin, hanya kena makan ubat continously.

Tiba2 diri menjadi takut.....Semoga semuanya sehat

Tuesday 4 December 2007

Memasak


Baru baru ni g Hard Off, carik buku budak2.Belek punya belek, jumpa buku masakan for baby age 9mth - 1.5years.
Mmg menarik masakan yg disyorkan...balance semuanya...
Lagipon dia ada ajar how to use fridge & renji effectively.
Wah..mak nyer berkobar2 la ni.
Sambil2 tu sambar buku bento...persediaan utk Jannah bila dia masuk hoikuen next year...(lama lagi tuuuuuu)

Sunday 2 December 2007

Anak sedara-edited

Keluarga su bole dikatakan besar la jugak...Adik beradik seramai 7 orang dan 40anak sedara hidup, 2 anak sedara meninggal dan 1 cucu sedara ( tak lama lagi nak tambah sowang lagi).
Lagi menarik...dalam 40 org anak sedara ada kembar 2 & kembar 3.
Kalo ikut pecahan :

Kak Nai : 5boys 1girl
Kak Som : 4boys 4girls *kembar 3
Kak Sad : 3boys 8 girls * meninggal 2 org - sakit hati & jantung
Kak Ain : 4boys 5girls * kembar 2
Abg khir : 1boy
Kak Huda : 2boys 3girls
Me : 2girls

Alhamdulillah Isnin lepas (26 Nov 2007) Kak Ain selamat giving birth anak pompuan yg ke-5.
But I tried many times to call her but was unconnected.Ggggggrrrrr....call my mom jugak nobody pick up the phone.Yesterday tanya dgn Cicik pon dia tak tau details.Very curious nak tau berat berat dan apa namer....

Very mind...cuba lagi lepas ni.

ps: Dpt call my sister, baby pompuan seberat 3.5kg tp blom bubuh nama lagi datte.