Tuesday 11 December 2007

Dugaan....

Sebenarnya dari minggu lepas anak2 tidak sehat.Bermula dengan Aliyah selsema + demam ringan, kemudian diikuti oleh Jannah pula...2 malam juga su tak nyenyak tido malam sbb Aliyah tak selesa tido baring wpon bantalnya dah ditinggikan.

Dan akhirnya, su pon flat sama, demam......Kali pertama demam ialah pada 2 weeks ago.That time demam sampai gigil2 dan suhu pon hit 39degree.Lepas makan ubat dan selubung bawah mofu, alhamdulillah sehat semula.

Smlm demam menyerang lagi...Kali ni siap dgn muntah2 sekali.Luckily masa tu hubby dah balik dr lab.Habis semua isi perut keluar.Hubby lak skrg ni makin sebok dgn jikken(research), setiap hari balik lewat...budak2 pulak wpon x sehat, tetap aktif seperti biasa.

Hari ni pon masih tak berapa sehat sepenuhnya...Terdetik juga dlm hati kalo2 mengandong lagi...nanti la kena buat pregnancy test jugak la lepas ni.

Smlm chat dengan hajar, anak sedara yg belajo di Mansyurah....Abangnya Shahir yg juga sedang blajo di Syobra rupanya tidak sehat....Dia maybe menghidap Hepatitis A - kerosakan hati yg disebabkan oleh ketidakbersihan makanan.Matanya juga kekuningan dan skrg banyak memakan herbs sahaja.Kata Hajar, before that, Shahir selalu demam2 dan sakit ulu hati.Kesibukan belajar membuatkan dia & isterinya (juga student) banyak makan di luar.

Bagaimana agaknya makanan di Jepun & Malaysia yer...masih ingat lagi semasa belaja di UTM Jalan Semarak, gerai di Padang Tembak menjadi pilihan.Struktur kedai yg agak usang(kayu), dan adakalanya MEKTI MEKTI berlari2 di atas palang...Nauzubillah...

Tiba2 teringat kisah kawan yg juga sering demam2, akhirnya disahkan menghidap Leukimia pada umurnya 24tahun.Seperti hidup semula, dia akhirnya berjaya mengatasi penyakitnya itu wpon terpaksa melalui kemo & pembedahan yg menyakitkan.Alhamdulilah,skrg sedang menjalani kehidupan seperti biasa wpon masih terpaksa ulang alik ke hospital for follow up.

Dan di Nagaoka pula skrg tgh musim demam espc budak2 la.Khamis lepas bawak anak jiran to klinik, dan menurut doktor skrg terdapat satu virus dinamakan virus RS yg mengakibatkan demam & batuk berpanjangan....so far tidak ada ubat/vaksin, hanya kena makan ubat continously.

Tiba2 diri menjadi takut.....Semoga semuanya sehat

6 comments:

Leyla Shuri said...

salam suhaila,
virus RS ini strain baru, itulah sebab Jpn belum siapkan vaccine lagi.
Berhati2 sajalah...selalu basuh tangan dan kumurkan air di mulut dan tekak.
Semoga dipermudahkan-Nya tugas kita.

lina said...

semoga suhaila sekeluarga cepat baik. take care

Suhaila Tahir said...

kak Lela, Lina,

Terima kasih atas sokongan....
InsyaALLAH dipermudahkan-Nya

Anonymous said...

Lawatan balas untuk suhaila,

Jaga diri baik-baik. Jgn lupa pi clinic kalau sakit. Jepun ni macam-macam penyakit. Moga cepat sembuh

http://asyaraha.multiply.com

Suhaila Tahir said...
This comment has been removed by the author.
Suhaila Tahir said...

Kak Aida,
Tks...nnti su kongsi sket ceramah yg dktr tu bg...insyaALLAH