Monday 22 December 2008

Ikan pari asam pedas

Mengambil peluang hari cerah & 'panas', kami sekeluarga ke Teradomari utk outdoor activity.
Almaklumlah, bukan senang nak jumpa matahari sekarang ni....

Oleh kerana ada urusan di kedai Toyota pagi tu, kami ajak la sekali keluarga Ayu & Imah.

Apa hasil tangkapan??hehhehehe...apa lagi kalo bukan ikan tenggiri, sotong dannnn ikan pari.
Selama ni macam tak pernah lak jumpa ikan pari, so apa lagi....sambar la sepinggan...

Ahad lak ikan pari tu separuh su gulaikan jadi asam pedas & separuh lagi bakar je buat Aliyah & Jannah....mak aiiiii sodap nyer...lembut nyer...manisnyer....

Lama betul tak makan ikan pari kann...aritu masa balik mesia, nak gak beli ikan pari, tapi bila teringat mak tak makan ikan pari.....tak jadi la beli.
Sebenarnya arwah abah suka sgt makan ikan keli & ikan pari.Dulu masa bujang2, rajin gak bawak arwah abah makan ikan keli kat pasar Parit Raja.Sejak abah meninggal, mak tak mau dah makan ikan keli & pari


Monday 15 December 2008

Hoikuen

Sejak akhir2 ni byk kali sgt rasanya ke Hoikuen.
26-Nov : open school
3-Dec : Birthday party Aliyah
14-Dec : Seikatsu happyoukai ( performance ) kat Lyric Hall

Bulan Feb nanti ada sekali lagi performance kat Lyric Hall.Kali ni main alat music lak.
Bila tengok performance diorang ni, mmg rasa sugooooiiii.
Ntah macam mane agaknya sensei diorg ni latih ....



p/s: bole cam tak mana aliyah & jannah?




Friday 12 December 2008

Influenza

Bila dah masuk winter ni, mmg la tak bole nak pisah dari penyakit Influenza.
Perbezaan antara influenza & demam biasa secara ringkasnya seperti dibawah, dan secara details seperti kat sini (nihongo only)

Demam biasa

Sakit yg disebabkan oleh sakit tekak, batuk dan selsema.Demam kebiasaannya adalah demam ringan.

Influenza
Selain drpd sakit tekak,batuk dan selsema, demam yg tinggi secara tiba tiba adalah salah satu tanda utama.Selain itu, pesakit akan sakit/sengal seluruh badan

Cara-cara pencegahan
  • Pemakanan seimbang & tidur yg mencukupi
  • Jangan berada di lingkungan org ramai
  • Pastikan kelembapan bilik/rumah anda sekitar 60% (letak tuala mandi basah pon ok)
  • Basuh tangan dan kumur selepas pulang dari luar
  • Pakai 'mask'
  • Ambil suntikan vaksin influenza(optional)

Semoga kita semua dijauhi dari influenza ni....AMIN

Wednesday 10 December 2008

Nagaoka


Gambar ni sedikit sebanyak bole terangkan kat semua camner la Nagaoka sekarang ni...
Btw, bukan la every day macam ni pon yerrr.

Monday 8 December 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua..

Semoga kita lebih menghayati pengertian 'korban' di zaman sekarang ini...

Wednesday 3 December 2008

Penat yg berbaloiiii

Lama rasanya tak menjengah blog dan juga menjengah blog yg lain2.Bunyi nyer macam mengalahkan org keje manager atau tgh buat journal la pulak ;)

Btw, 30th lepas kami di Nagaoka ni ada buat Malaysian Night sempena meraikan pelajar2 UiTM Perlis yg datang ke mari utk homestay program bersama-sama 2 org ahli Aleps.

Mmg sakan bz untuk beli brg2 memasak PLUS tetiba dpt job yg nak kena submit juga by 30th Nov.Itu yg terpaksa OT malam2 sampai pkol 1,2 pagi......................

Gambar2 suasana semasa Malaysian Night tu bole la g ke sini ye.Semuanya gambar yg takde tapis2 punya...;;;;)Nak cerita satu per satu pon tak larat sebab masih terasa sengal2 lagi ( yappa toshi totta ne )