Friday, 12 December 2008

Influenza

Bila dah masuk winter ni, mmg la tak bole nak pisah dari penyakit Influenza.
Perbezaan antara influenza & demam biasa secara ringkasnya seperti dibawah, dan secara details seperti kat sini (nihongo only)

Demam biasa

Sakit yg disebabkan oleh sakit tekak, batuk dan selsema.Demam kebiasaannya adalah demam ringan.

Influenza
Selain drpd sakit tekak,batuk dan selsema, demam yg tinggi secara tiba tiba adalah salah satu tanda utama.Selain itu, pesakit akan sakit/sengal seluruh badan

Cara-cara pencegahan
  • Pemakanan seimbang & tidur yg mencukupi
  • Jangan berada di lingkungan org ramai
  • Pastikan kelembapan bilik/rumah anda sekitar 60% (letak tuala mandi basah pon ok)
  • Basuh tangan dan kumur selepas pulang dari luar
  • Pakai 'mask'
  • Ambil suntikan vaksin influenza(optional)

Semoga kita semua dijauhi dari influenza ni....AMIN

No comments: