Sambungan cerita trauma di Penang seperti dalam previous entry....
Sebenanrya kami sekeluarga bercuti sambil bekerja ( suami je yg kerja sbnrnya) ke Utara selama hampir 5 hari. Lokasinya ialah Sungai Petani Kedah. Mengambil kesempatan ke Utara tu, kami pon buat ler lencongan ke Penang yang kebetulannya ada abang ipar di sana. Tak lupa juga lencongan ke Ipoh kerana ada majlis walimatul urus anak sedara su...
Di jadikan cerita...selepas abis program di Sg Petani, kami pon bergerak la ke Penang...sampai di rumah abang ipar dan sedang santai2, su rasa badan izzah agak suam2...tapi bila check, rupanya 39C dah...apalagi...terus ler pegi klinik yg berdekatan. Almaklumlah, both kakak2 dia kan pernah kena sawan tarik.
Sampai klinik, doktor kata mmg panas dan terus dimasukkan ubat bontot. Tak lama lps tu, izzah nmpk sehat dan aktif seperti biasa. Kami kemudiannya keluar bersiar2 di Penang hingga lah ke malam. Semasa dalam kereta, izzah tido dan badan dia kembali panas...Oleh sebab dia dah masukkan ubat bontot, takleh la nak suka-suka bagi ubat lagi kan..
Apa lagi....abg ipar su pon pecutttttt ler balik rumah sbb semua org mcm panik dlm kereta. Su lagi ler kecut perut...abis kepala izzah su basahkan dgn air masak..
Sampai je rumah, su terus pass izzah ke Jais sebab sakit perut. Tiba-tiba Jais panggil2 dari luar kata izzah muntah dan kejang!!!! Errrrrr!!!!
Masa su ambil dia dari Jais, mmg ada tanda2 dah kena sawan sbb badan dia kejang (wpon tak menggeletar).
Apalagi...pecuttttt semula ke hospital.
Dan seperti biasa...tinggal ler kami ber-dua kat hospital selama 2 hari 2 malam...sob sob sob
Nasib baik pagi esoknya kena transfer bilik sorang, selesa la sket kan?? *Sbnrnya kena transfer sebab izzah suspected kena hand,mouth&foot disease*
Apapon pemeriksaan darah takde masalah, cuma dktr sarankan utk ambil ujuan Talasemania bila izzah dah besar sket sbb dia kata size darah merah izzah kecil untuk usia dia.
Cerita sawan Jannah boleh baca kat sini..Tapi kisah aliyah tak jumpa la pulok...
Showing posts with label Kids. Show all posts

Monday, 14 January 2013
Wednesday, 4 July 2012
Kejohanan Balapan 2012
3-Julai ada acara Balapan sekolah rendah Jannah.Sebenarnya dari minggu lepas lagi dia dah mula latihan dan perlu memakai baju sukan setiap hari...
Acara bermula jam 8pagi, tp seperti biasa....su hanya datang selepas Izzah tidur dan juga menyiapkan bubur Izzah dan bahan2 utk lunch...akhirnya pkol 11pagi baru ler dpt kluo umah...hahahaha
Tak byk gambar yg diambil sebab masa su datang tu, hanya 4 acara je yang blom habis...itupon melibatkan budak2 darjah 4-6...adalah 3,4 keping yg sempat di ambil...
Sok sek sok sek...acara semua tamat pagi pkol 1240 dan budak2 dilepaskan pulang pada pkol 1300 (pkol 1400 sekolah agama dah mula dah).
Cuma, satu je yg tak bestnya kalo ada xtvt kat sekolah ni...diorang tak bagi aturcara majlis la...bila balik, acara apa yg mula dulu, yg kemudian...tu belom lagi cerita pkol berapa start setiap acara. Kalo tanya pkol berapa abis, jawab cikgunya "Macam biasa" ...*hahhhhhh...mengeluh kejap*

Friday, 22 June 2012
One year old
bila tak menghadap komputer, macam macam idea terlintas...tapi asal bukak je laptop ni, ilhamnya terbang entah ke mana..*haishhh*
oh ya...gambar Izzah diatas ni diambil pada 3-Jun yang lepas iaitu 2 hari sebelum dia turn to ONE YEAR OLD..
Sou ne..birthday Izzah kami langsung tak sambut.Tiada makan2 istimewa, tiada kek, tiada pulut kuning, hadiah pon takde....Izzah hanya dpt cucuk MMR je *sob sob sob*
Takpe la, asalnya nak beli Microwave sebab nak buatkan kek harijadi Izzah gara2 keengganan Aliyah & Jannah makan kek kedai ( tp yg sbnrnya su rasa diorg ni mmg tak berapa suka kek, diorg suka cream nya je)..tapi disebabkan masalah masalah yg tidak dielakkan, kami tak ter-pergi kedai Panasonic...kita bawa kedepan je la yer...
List hadiah pon dah ada sebenarnya iaitu POTTY dan KERUSI , tapi kami beli baju tido je dulu.Nanti ibu & ayah belikan...ehhh lupa lak yg Cik Ila ada tanya nak hadiah apa....alhamdulillah....
Apapon, selamat hari lahir buat izzah dan semoga sehat2 selalu..
Tuesday, 5 July 2011
Dan masa pon berlalu
Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)
Sekejap je masa berlalu...diam tak diam, Izzah pon dah berusia sebulan arini.Rezeki dan amanah yg DIA beri untuk dicorakkan dan dididik dengan sempurna...Alhamdulillah
![]() |
| Satu jam selepas lahir |
![]() |
| Sebulan selepas itu |
Alhamdulillah, tangan kanan Izzah nampak semakin aktif...cuma berhajat untuk mengambil x-ray lagi sekali dalam masa yg terdekat...
Friday, 17 June 2011
Ceritera di hospital
Seperti yg dah tertulis di entry sebelum ni, nak kongsi pengalaman bersalin anak ke-3.Ada sesetengah org kata, anak ke-3 ni senang dilahirkan, ada sesetengah kata sebaliknya.Untuk su, pengalaman kali ni sangat2 mendebarkan..
Ceritanya begini..
Due su sebenarnya ialah 6-June-2011, yg juga sama hari dgn 1st viva PhD Jais.Sehingga 4-Jun tu, masih sehat dan tiada tanda2 atau rasa sakit2...doktor kata rahim dah terbuka 1cm, tapi baby masih tinggi ( ni masa check-up hari Khamis, 3-Jun).
Tup2...segalanya bermula selepas solat subuh.. 5-Jun
4pagi : sakit setiap 10min, tapi sakitnya pendek (2x tarik nafas dah ilang) dan masih boleh tidur lagi
5pagi : masih sama setiap 10min. Kali ni dah tak sedap hati, bgn mandi dan sarapan ala kadar
6pagi : juga sakit setiap 10min, tapi sakitnya lebih panjang (4x tarik nafas)...kejutkan jais, jannah & aliyah dan berkemas ke hospital
630pagi : call hospital dan bertolak ke hospital
700pagi : Rahim dah terbuka 4cm dan buat NST (check heartbeat).Contraction setiap 8min pula
800pagi : Sarapan di hospital
930pagi : Sakit tiba2 makin kuat dan terasa sakit di punggung.Rahim dah terbuka 6cm, tapi doktor kata sekejap je bole jadi 10cm sbb pintu rahim lembut.Buat NST lagi sekali
1040pagi : Masuk smula labour room, dah 8cm
1100pagi : 10 cm !!!! (*dalam hati dah menjerit YOSHHH!!!, tapi rupanya....bermulalah detik2 mencemaskan)
.
.
.
.
1200tghari : Air mentuban pecah
1230tghari : Request nurse push dari atas ( alternative sblm menggunakan vacum)
1234tghari : Lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3330g, ukuran dada 33.3cm, ukur kepala 34.8cm, panjang 50.2cm
Antara 1100pagi-1234tghari tu sbnrnya baby masih diatas dan tak mau turun.Seolah2 tak mau lahir lagi.Contraction pon datang setiap 5min-8min, tapi pendek2...teran punya teran pon midwife kata tak nampak kepala baby...
Su request untuk pecahkan air mentuban seperti yg biasa dipraktikkan di hospital kerajaan di Msia (hospital swasta tak sure la pulak).Tapi midwife tak setuju sbb dia kata tak elok untuk baby dan baby kurang oksigen nanti...Byk kali request pon, dia tak setuju hinggalah akhirnya air mentuban pecah sendirinya...
Selepas bayi dah lahir, kompem la kena jahit kan...agak teruk jugak dan byk jugak ler jahitan nyer (mostly byk luka kat dalam katanyer)...Dan seperti biasa, kena tunggu dan rehat 2jam dalam labour room sblm pindah ke ward biasa.
Lepas dah pindah ke ward biasa, baru lah midwife tu cerita...
"Yang sbnrnya TALI PUSAT MEMBELIT LEHER BABY"...dan ada kemungkinan sebab itu lah baby takmau turun.
Terkejut pon ada, nak menangis pon ada masa tu..bersyukur sesangat sebab baby selamat sbb tau risiko2 baby yg terbelit tali pusat ni...
TAPI...ceritera blom abis lagi..
Keesokkan harinya, semasa buat checkup untuk baby(conducted by doktor kanak2), diorg jumpa kes lain pulak kat baby.
Petang tu, doktor dtg bilik dan memeriksa baby smula.Dan kemudiannya menerangkan yang "TULANG BAHU KANAN PATAH". glurpppp...
Terkedu tapi masih susah nak menerima sebab tengok tangan kanan baby macam takde yg ganjil...(tapi bila diperhatikan betul2, mmm...mgkn kurang aktif berbanding tgn kiri).
Pagi 7-Jun tu pula, seawal pkol 8pagi, doktor yg sambut baby lahir dtg bilik dan menerangkan ttg tulang bahu baby.Dia kata dia dah buat appointment untuk amik X-Ray dan jumpa dgn doktor tulang. Huwaaaa....waktu tu rasa sayu sgt sbb tetiba terasa macam masalah besar sbb doktor tu duduk secara "seiza"(melutut) di lantai.
Selepas amik X-Ray, mmg kompem tulang bahunya patah....tapi doktor tulang kata tak perlu risau sbb bayi cepat pulih dan so far pergerakan tangan masih normal ( tangan kanan bole bergerak dan bila disentuh atau diangkat, tak menangis)..
Itulah bahagian su semasa melahirkan baby yg ke-3 ni....yg diberi nama NUR IZZAH.
**Cuma ada juga terdetik kat hati yg sbnrnya mgkn midwife dan doktor sbnrnya dah boleh agak yg tali pusat tu membelit leher bila baby takmau turun...yelah kan, dah ramai dan byk kes yg diorg dah hadapi kan...tapi mgkn untuk takmau buat ibu rasa risau, diorg rahsiakan dan suruh kita bertenang dan ikut arahan bila nak push, bila nak rehat, bila nak tarik nafas etc.Ya....sememangnya, 1100am-1234pm tu agak lama, tapi tak terasa lama disebabkan layanan ramah midwife**

Thursday, 16 June 2011
Kembali ke-rumah
Alhamdulillah....su dah selamat kembali kerumahku syurgaku (sbnrnya dah hampir seminggu balik dah).
6 hari berehar dan bercuti di hospital sememangnya wpon BEST, tetapi...amatlah membosankan...hehehe..
Almaklumlah...belajar `bercuti` dari menonton TV & menghadap line internet...
Ya...su telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 5-June-2011 @ 12:34pm...Bayi perempuan seberat 3330g dan diberi nama NUR IZZAH (Cahaya Kemuliaan).
Cerita pengalaman bersalin kali ni akan ditulis kemudian ...di next entri ..InsyaALLAH

| Izzah pada usia 4 hari |
Wednesday, 1 June 2011
Sudah setengah tahun & beberapa projek kecilan
Waahhhh...diam tak diam, dah 1-Jun arini, bermakna sudah genap SETENGAH TAHUN di tahun 2011.Pada sesiapa yg membuat azam semasa 1-Januari aritu...boleh la h buat penilaian...
Kalo tak silap, su TAKDE azam tahun ni...kehkehkehkehkehekeh
1-Jun bermakna ada lebih kurang 5 hari lagi untuk ke 6-Jun. Ya, due date baby dalam kandungan ni & juga hari 1st viva PhD Jais..So far takde tanda untuk bersalin dalam sehari dua ni..cuma baby agak malas sket nak bergerak dan byk tidur.Jadi, tidur malam su pon nyenyak dalam seminggu dua ni.Alhamdulillah...
Sbnrnya untuk baby yg ke-3 ni, tak byk persiapan yg dibuat/dibeli.Kain lampin, barut, kain bedung, tilam kecil Aliyah masih elok untuk digunakan.Baju baru pon beli yg lelong harga 100yen-300yen di Jusco dalam 6-7pasang tahun lepas. Selain tu ada kawan yg beri baju baby anak dia.So, cukup ler rasanya.Tunggu baby besar sket baru beli baju yg baru.
Selain tu, projek jahit-menjahit untuk baby pon tak byk. Cuma buat 3 helai bibs & beg kecil untuk letak mitten/bib/sock/ brg2 kecil etc.Oooopsss...ada juga beg diaper 2 helai --> bole refer SINI.
Cukup la kan???

| Baju 100-300yen dari Jusco *abaikan kekurangan cahaya* |
![]() |
| Bootie yg bersize besar & selimut lelong gambo Anpanman (sbnrnya cadang later nak potong buat beg) |
Selain tu, projek jahit-menjahit untuk baby pon tak byk. Cuma buat 3 helai bibs & beg kecil untuk letak mitten/bib/sock/ brg2 kecil etc.Oooopsss...ada juga beg diaper 2 helai --> bole refer SINI.
Cukup la kan???
Monday, 30 May 2011
Baju 200yen
Ini juga adalah antara xtvt menjahit yg terakhir sebelum bersalin (oopppssss...su blom bersalin lagi tapi yer).
Sememangnya sangat2 ler boring dok umah tanpa ada projek. Tiap hari nak masak2 pon, tak seronok la jugak...tiap hari nak jalan2 pon tak larat la jugak...
Godeh sana godeh sini, teringat kat kain yg dibeli dgn harga 100yen (0.5m). Kebetulan mmg beli 2 helai, jadi cukup ler untuk buat T-shirt Jannah & Aliyah....
Sbnrnya, pada su.....buat T-shirt @ dress ni lebih senang berbanding buat baju kurung...maybe sebab baju kuurng ada byk bahagian yg nak kena potong mcm pesak ler, ketiak ler, tangan ler...pastu kena tebuk leher ler..
Kalo T-shirt @ dress ni, plg susah pon maybe leher la kot...
Btw, bajunya simple jer yer...orang jepun kata `Fudan gi` = 普段着、Orang Melayu kata, baju basahan...
Disebabkan malas nak buang kain kat bawah yg lebih tu, kiri kanan bahagian bawah baju tu su buat ala2 baju bai...dan juga tambah kocek kat bahagian depan.

| baru lepas cantum...nak kena ukur kat badan baru alter sana sini |
![]() |
| Dah siappp!!! |
Monday, 23 May 2011
Genki Up !!
Ahad depan, 29hb Mei ialah Hari Sukan sekolah Jannah.Sebagai salah satu persediaan, semua murid tahun 1 & 2 diberi surat diatas...
Setiap pelajar diminta untuk meletak `target` dan membuat jadual untuk ;
1- Tidur pada pukul berapa
2- Selewat-lewatnya tidur pada pukul berapa
3- Bangun pukul berapa
Ianya untuk memastikan semua pelajar dpt tidur awal & bangun awal setiap hari untuk memastikan badan yg sentiasa segar sebagai persediaan menjelang Hari Sukan.
Untuk Jannah yg AGAK LIAT nak tidur awal, surat kat atas ni su gunakan untuk gertak dia tidur awal.Lagipon terdapat coloum untuk penjaga bagi penilaian ; samada mengikut jadual atau tidak.
Apapon, pukul berapa nak bangun & tidur tu, su suruh Jannah yg fikir sendiri. Memula tu dia letak nak bangun pukul 5 pagi...Tak pasal2 smlm pukul 5 pagi dia dah bangun dan kejutkan mak ayah dia !!!
Adussss!!!!!
Bila slow talk semula dgn dia, baru la dia tukar jadi 640am ; iaitu 1 jam sebelum masa untuk ke sekolah
( wpon sbnrnya dia selalu bgn pkol 7am...kehkehkehkehkeh)
Kita tengok ya...berapa lama bole bertahan...*smile*
Saturday, 21 May 2011
Sejam di Higashiyama Family Land
Cuaca di Nagaoka ni semakin hari semakin panas, terutamanya sejak minggu lepas.Hampir setiap hari mencecah 26C, yg mana sama dengan suhu hujung bulan 7 tahun lepas.Ramalan mengatakan minggu depan baru suhu turun sket...Kak lela yg diOkinawa kata Okinawa cuma redup2 je dengan suhu sekitar 21C-22C...
Dunia oh dunia...
Memandangkan hari ni jais malassss ke lab, kami pergi ke Higashiyama Family Land untuk melihat arnab, kambing putih & pony.Sebenarnya mmg setiap tahun kami akan ke sini, terutama sekali ke atas puncak bukit, memasang khemah & bersantai2 di situ setiap kali summer mula menjengah.
Sebenarnya ada juga standby khemah dlm kereta, tp oleh kerana ni bidang terjun punya rancangan dan masing2 tak bawa bekal utk lunch, hanya sempat ke tempat haiwan je ler..
jom layan gambo..

Monday, 18 April 2011
Strawberry Picking
Musim sekolah dah berlalu, takde cerita lak nak tulis.Nak cerita pasal nuklear dan tsunami tu byk, tp rasanya tak perlu nak peningkan kepala org lain sbb sendiri pon pening nak terangkan kat org lain.Yang pasti...semuanya masih terkawal di nagaoka ni. Ikan mutan ke, sayur mutan ke, susu mutan ke....smua tu su tak amik pusing sgt sbb hampir setiap hari semak kat website Niigata-ken ttg tahap radiasi, dan takde value yg `mengejutkan` lagi...InsyaALLAH..
Yang penting...hargailah setiap masa yg berlalu dan penuhilah ianya dengan perkara2 yg berfaedah.
Mengambil kesempatan renewing visa baru2 ni, kami sempat singgah ke ladang strawberry untuk xtvt strawberry picking.Mula2, plannya nak ajak budak bujang yg temankan sbb Jais bz menulis journal, tp last2 class pon dah mula & jais pon kate dia dah hampir siap, angkut ler budak kepoh 2 orang tu skali.Kebetulan pula 2,3 ari before tu gempabumi sambung menyambung.Risau la pulak nak berenggang dgn budak2.Dah ler takde family yg lain kat Nagaoka...huhuhu
Meh tengok gambar meh...
Lepas ni turn bunga la pulak --> Sakura & Tulip

| ||
| Sebahagian strawberries |
![]() |
| Aliyah |
![]() | ||||
| Jannah |
![]() |
| Hasil petikan Jannah & Aliyah...besau2 |
![]() |
| Last sekali....mak buyung ler... |
Lepas ni turn bunga la pulak --> Sakura & Tulip
Saturday, 9 April 2011
入学式 : Entrance Ceremony
Akhirnya, hari yg ditungu-tunggu telah tiba ---> Entrance Ceremony Standard 1
Seawal pagi, Jannah dah bangun dan bersiap2.Aliyah lak bersiap2 ke hoikuen (nasib baik dia tak mau ikut)
![]() |
| Jannah dan gown, Aliyah & uniform Hoikuen |
Acara bermula dengan sambutan di gym yg turut dihadiri oleh beberapa wakil2 AJK tempatan, selain ibu-bapa, guru2 sekolah & kesemua murid2 sekolah.
![]() |
| Khusyuk mendengar taklimat Pengetua |
Selepas selesai majlis di gym, semuanya beredar masuk ke kelas untuk taklimat yg lagi detail dari guru kelas.Guru kelas merangkap guru segala subjek termasuk P.E bernama SUZUKI MARIKO.
![]() |
| Cuma ada 21 orang murid je |
Selesai semuanya, kami dibenarkan balik pada pkol 1120 pagi.....
![]() |
| Di hadapan rak kasut *Murid perlu menggunakan kasut yg lain semasa di dalam bangunan sekolah* |
![]() |
| Ini pula ialah buku2 text murid darjah 1. Ringan, nipis & percuma.Sebahagian tax yg dibayar oleh penduduk Jepun digunakan untuk menyediakan buku2 text di sekolah. |
Dengan ini, bermulah satu lagi cabaran baru untuk Jannah. Semoga dia berjaya dan seronok dengan persekitaran yg baru...InsyaALLAH...
Friday, 8 April 2011
Hadiah
Lewat malam smlm, Jepun bergegar lagi..Nagaoka tempat su pon tak terkecuali.Walaupon gegaran agak kecil berbanding tempat pusat, sgt2 mengerikan.Lagi2 selepas sejarah & sedikit trauma akibat gempa bumi & tsunami 11-March yg lepas.
Berbalik kepada tajuk, seperti dijanjikan dalam entry sebelum ni, mari kita lihat hadiah2 daripada Hoikuen sempena Sotsuen baru2 ni..
Album `OMOIDE` ni agak special sket.Gambar2 didalamnya adalah berlainan bagi setiap murid.Ianya adalah album yg dibuat secara MANUAL oleh guru2.
Tadika kat Msia, selain sijil, ada dpt hadiah ke?

| Album `OMOIDE`, Kamus Bahasa jepun & CD persembahan |
![]() |
| Sebahagian gambar yg terdapat dalam album `OMOIDE` |
Album `OMOIDE` ni agak special sket.Gambar2 didalamnya adalah berlainan bagi setiap murid.Ianya adalah album yg dibuat secara MANUAL oleh guru2.
Tadika kat Msia, selain sijil, ada dpt hadiah ke?
Tuesday, 5 April 2011
習字 : Calligraphy
Shuji atau Calligraphy adalah sejenis seni tulisan Jepun menggunakan berus khas.
Di Jepun, kanak2 memulakan tulisan Shuji mereka sejak berumur 5 tahun ( tp mgkn juga tidak semua tadika yg mewajibkan ).
Susah sebenarnya untuk menulis menggunakan berus, selain balancing kiri kanan atas dan bawah, kita perlu ada ilmu dalam teknik dan turutan menulis huruf jepun, terutamanya Kanji.Selain itu, pergerakan tangan juga perlu lembut & tidak keras..
Dibawah ini adalah beberapa contoh hasil tulisan Jannah di tadika. Secara keseluruhannya, dia adalah antara murid yg selalu mendapat pujian dan hasil tulisannya juga sering dipamerkan di tadika.
![]() |
| Sebahagian hasil tulisan Jannah |
Bagi seseorang yg tidak berjiwa seni & tangan bangku ( hehehe) seperti Su, ntah yer....tapi, ada satu hasil tulisannya yg sgt2 menarik perhatian...
Kenapa su tertarik? sebab......bukanlah mudah untuk menulis kanji 月(bulan) & 光 (cahaya) dengan cantik dan rasanya Jannah berjaya menulisnya dengan baik sekali !!! ちょっと感動!!
Monday, 4 April 2011
卒園式
卒園式(そつえんしき) ataupon disebut sebagai Majlis Penyampaian Sijil Tamat Tadika (mak aiii panjangnya bila jadi BM ) berlangsung minggu lepas, 28hb March 2011.
Majlisnya terbahagi kepada 2 sessi :
1- Penyampaian Sijil
Termasuklah acara penyampaian sijil, bergambar, persembahan nyanyian, persembahan ala2 brass band, ucapan dari setiap murid, selain ucapan dari pengetua dan wakil2 dari Sekolah Rendah berhampiran.
2- Majlis ramah mesra bersama sensei-tachi aka Makan2 ala kadar
Mmmm...lepas selesai upacara persembahan dan penyampaian, tibalah masa untuk makan2.Tapi makan2 di Jepun ni takleh nak samakan dengan makan2 kat Malaysia...huhuhuhu.
Sebenarnya keseluruhan majlis sepatutnya selesai pada pukul 230ptg, tp akhirnya.....pukul 430ptg baru bole balik. Penat??? huhuhu...sgt2 ler penat.Penat duduk diatas kerusi rendah, ditambah lagi dengan perut yg semakin membesar...Tapi tak kisah la, yg pentingnya Jannah sengih memanjang dan semua org hepiiiii.
Next entri nnti boleh la tepek apa hadiah yg diorg bawak balik...lupa nak amik gambo daaa

| Menerima sijil dari pengetua |
![]() |
| Bara gumi & home teacher |
![]() |
| Dari kiri : Mami sensei, Megumi sensei , Pengetua |
![]() |
| Persembahan pianika |
![]() |
| Persembahan marching & brass band |
2- Majlis ramah mesra bersama sensei-tachi aka Makan2 ala kadar
Mmmm...lepas selesai upacara persembahan dan penyampaian, tibalah masa untuk makan2.Tapi makan2 di Jepun ni takleh nak samakan dengan makan2 kat Malaysia...huhuhuhu.
![]() |
| Makanan untuk dewasa - set sushi simple, air oolong tea & jelly |
Sebenarnya keseluruhan majlis sepatutnya selesai pada pukul 230ptg, tp akhirnya.....pukul 430ptg baru bole balik. Penat??? huhuhu...sgt2 ler penat.Penat duduk diatas kerusi rendah, ditambah lagi dengan perut yg semakin membesar...Tapi tak kisah la, yg pentingnya Jannah sengih memanjang dan semua org hepiiiii.
Next entri nnti boleh la tepek apa hadiah yg diorg bawak balik...lupa nak amik gambo daaa
Friday, 21 January 2011
Bread maker
Salah satu barang elektrik yg ada dlm list untuk dibeli tahun ni...Su mmg ler peminat roti...tak kira ler tak kira roti apa sekalipon, esp kalo roti tu ada kacang hitam/merah...sedap ooooooo...
Lagi-lagi la di Jepun ni senang nak cari kedai roti dan rotinya pon cute2 smua...Semasa di Takuma dulu, setiap kali naik train, setiap kali tu juga ler duit YEN ku terbang beratus2 untuk membeli roti...
Dan si Jannah & Aliyah tu pon boleh tahan juga ler suka kat roti..
Mengambil kira itu dan ini, bercadang utk membeli Bread Maker di sini dan boleh la digunakan di Msia kan??? Tapi, biasa ler...b4 beli kena ler buat xperiment dulu...Mengambil kesempatan kawan yg balik bercuti ujung tahun lepas, pelbagai roti telah berjaya di buat..Dan yg plg penting.....berjaya MEMPENGARUHI Jais ler...
Apapon, sekali buat 400gram tepung, tapi cuma bole bertahan sehari je...lagi ler kalo yg roti bun tu...sekelip mata je dah abis...ponat ehh nak membakar...
Well...ini hasil2 nyer...kebanyakan resepi diambil dari web Ros Osaka....lembutt ooooo

| Meron-pan |
![]() |
| Sosej Roll - Sosej separuh je... |
![]() |
| Raisin Shoku-pan |
![]() |
| Bun Manis |
![]() | |
| Tekstur Bun Manis |
Monday, 27 December 2010
Mari membuat Cookies
Ini adalah xtvt bersama kids masa cuti 23-Dec yang lepas.
Kebetulan dapat free coupon dari kawan, so pergilah dengan budak kepoh 2 orang tu...
Cookies sebanyak tu berjaya dihabiskan tak sampai 5minit...hehehehe

| Mencetak |
![]() |
| Cheeezu |
![]() |
| Peralatan yang boleh digunakan |
![]() |
| Hampir siap dah |
![]() |
| Masuk oven, bakarrrr |
![]() |
| Rehat jap |
![]() |
| Kemas dan basuh alat2 |
![]() |
| Jeng jeng jeng...dah siap!!! |
![]() |
| Dapat banyak ni jer.. |
Cookies sebanyak tu berjaya dihabiskan tak sampai 5minit...hehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)