Wednesday 21 November 2007

Sawan panas

Semalam pagi Jannah tetiba demam la pulak.Lepas bagi ubat demam, dia terus tido....Lebih kurang pkol 12tghari dia bangun dan muka dia merah.Bila su pegang dahi, aduhhhh panas betul demam dia.Hati dah tak keruan sebab masa dia 11bulan, dia pernah kena sawan panas sampai tarik.Then su pon terus urut2 kaki n leher dia sebab teringat lak dia ada jatuh last week.Memang betul peha dan leher dia sakit.Meraung2 nangis kena urut....

Kemudian dia baring sambil tengok Iitomo dan su pula suapkan aliyah nasi.Tetiba su tengok Jannah diam aje, bila su angkat dia, dia dah tak mau lihat bawah...mata dia lihat atas ajer...hati bertambah runsing...cepat2 go to sink and basahkan muka dan kepala dia dgn air sejuk....sambil2 tu masukkan jari i dalam mulut dia....sakit jari i dia gigit = dia dah nak mula kena sawan.
I call hubby, tapi tak angkat.....then I call Kak CT my nearest neighbour...Alhamdulillah dalam masa yg sama, Jannah dah sedar smula...

Few minutes later, K CT datang dengan suaminya....hati lega sket sbb Jannah pon dah sedar.Luckily Aliyah tak menangis waktu tu.Then i pon bagi ubat bontot b4 bring her to clinic at 330pm( clinic rehat 1200-330).

So, I ambil this oppurtunity to share my 1st "sawan" experience with you guys out there.

*************************************************************************************

That time jannah baru 11bln.Dia mmg demam, tapi tak kuat sangat dan i pon ada amek AL to look after her.Bila waktu malam suddenly badan dia makin panas dan tak mau kebah...Beberapa kali juga dia bgn that night....Next early morning, kalo tak silap pkol 6am lagi i dah bawak dia to Klinik Kesihatan sebab Jannah diam aje...Disana, Pembantu kesihatan bagi jannah makan ubat demam dan dia dipantau selama 2 jam la jugak.Selepas 2 jam, Jannah muntahkan semua ubat2 dan suhu badan meningkat sehingga 40degree.cepat2 Pembantu Kesihatan tu suruh go to hospital.On the way to hospital, Jannah dah makin lain....mata asyik pandang atas, waktu tu su mmg tak tau nak buat aper....dan dengan mata ini sendiri su lihat tangan kanan jannah bergerak2 seperti ditarik dan mulutnya juga mula mengeluarkan buih.

Setiba di emergency ward, tidak ada any words yg kluo dari mulut, hanya ada airmata sahaja.Jannah diambil oleh misi dan di lumurkan air seluruh badannya.Tetapi tangannya kembali tarik dan doktor jugak telah meletakkan kayu dimulut supaya to prevent kancing gigi.
Dalam masa yg sama, Jannah diberi ubat bontot dan kami terpaksa bermalam dihospital.

Alangkah terkejutnya apabila tiba diwad, rata2 parents there pernah melalui pengalaman sawan.Dan mereka juga mengajar su supaya memantau Jannah sekiranya dia demam bcoz ianya pasti berulang.Kakak tu juga mengajar kalau2 budak nampak lain, cepat2 basuh muka dan kepala dia untuk sedarkan dan reduce suhu badan.

Melalui perbincangan dengan doktor pakar dan juga melalui ujian darah, doktor menyatakan bahawa melalui pengalaman dia, insyaALLAH Jannah sehat.Setiap hari su berdoa semoga tumbesaran Jannah adalah normal dan alhamdulillah dia mmg anak yg cerdas....Tak dapat dibayangkan rasa bersalah jika sesuatu menimpa Jannah caused by my lack of knowledge.

In short:

1.Mandikan anak2 yg demam dan kalau bole jangan pakaikan baju yg tebal.
2.Sentiasa perhatikan anak2 yg demam ketika dia tidur kerana suhu badan menjadi tinggi apabila anak2 pasif.
3.Sediakan ubat bontot dirumah.
4.Sewaktu kecemasan, basuh kepala dan muka anak2 sambil berselawat.
5.Galakkan anak2 untuk bermain semasa demam

5 comments:

lina said...

alhamdulillah, dah settle.

yelah, kita sebagai ibu, mesti risau dengan anak2 lebih dr kita risau pada diri sendiri.

ainizakri said...

salam su.
sekadar berkongsi..

menurut kawan ( doktor) kanak2 jika demam atau pun selsema sahaja, jika umur mereka kurang 6 tahun, perlukan pemerhatian yang teliti.

kak ani..jika rasa sikit aje panas..37C, akan terus letak 'cool fever' di dahi dan kerap suruh mereka mandi dan sepanjang malam..tidur sambil berjaga2.

begitu juga dgn selsema..cepat cepat bagi air madu. insyaAllah madu itu penawar berbagai penyakit.

musim sejuk ni, memang 'paksa' anak2 minum segelas madu sehari. cuma yg kecik..selalu rengek tak suka..

su...insyaAllah Jannah sihat berkat doa semua..amin

Anonymous said...

Lina,

Betul tu....bila dah jadi ibu ni baru faham perasaan mak sendiri...
sanggup buat apa saja demi anak....

Anonymous said...

Salam Kak Ani,

Thanks berkongsi info.

Su ni mmg fobia kalau budak2 demam.Tak tentu arah siang + malam dibuatnya.

Tu yg ingatnya cam nak keje fulltime kat sini bila bdk2 dah masuk hoikuen, tapi bila pikir kalo anak2 tak sehat ni, baito je la.

My madu masih on the way.Tak tau la bila smpi sini.

Anonymous said...

hmmm tak sangka lak jadi cam ni... mak su tahu ke pasal ni... masa kat malaysia tak de kes cam ni ke... harap sabar ye su.... :)