Wednesday 24 August 2011

Last Sunday, Monday,Tuesday & Wednesday in Japan

Mak aiii, panjangnya title kali ni. Nampaknya 24jam setiap hari masih tak mencukupi untuk kami menguruskan semuanya. Meh kita imbau kembali....

[Sunday, 21st Aug]

Menghampiri fasa terakhir mengemas brg2...tentatively ada lebih kurang 40boxes yg berisi, tapi masih blom di-seal & label..
Harini projek mengemas tertumpu pada bahagian dapur & stor luar rumah.
Selain itu, menghabiskan saki baki mencari brg2 untuk dibawa pulang.
Alhamdulillah buka puasa kami ditaja oleh jiran sebelah tangga, Puan Ayu sekeluarga.
Dan seperti biasa, berjaga hingga ke sahur dan hanya tidur selepas subuh....*nemui*

[Monday, 22nd Aug]

Hari yg plg bz. Jais keluar menguruskan documentation untuk membawa pulang kereta.Su pula sibuk menyediakan invoice dgn check isi kotak2 dan key-in data dalam komputer.
kira punya kira.....mak aiiii...cecah 70 items/parcels weiii...
apalagi, gabra ler kejap
Hari ni sgt2 pecah rekod sebab kami tak tidur semalaman!!!! Seal, labelling, key-in data & timbang SETIAP parcels....sakit pinggang weeiiii
Apapon, buka puasa kami pon ditaja juga malam ni...oleh rakan sebelah block --> Puan Zeha

[Tues,23rd Aug]
Hari penghantaran brg2 ke Niigata port.
Alhamdulillah, wpon tak ramai, tp ramai juga yg dtg untuk memberi bantuan memunggah brg2 ...nak turunkan total 140parcels dari tingkat 5 tu!!!! Sgt2 berterimakasih.
Su kengantukan yg amat dan hanya bole membuka mata pada pukul 130ptg...huhuhu...
Malamnya, alhamdulillah ada sedikit jamuan berbuka beramai2 dirumah su...khas untuk mereka2 yg menolong memunnggah brg2 & juga jiran2 terdekat.
TAPI!!!! projek mengemas blom selesai!!! Terus mengemas brg2 untuk dibuang sehingga la waktu bersahur, baru ler dpt tido...

[Wednesday,24th Aug]

Dari pagi memulakan projek mengemas & mengasingkan sampah2...berterima kasih pada kohai, yg juga merupakan Presiden MaDiNa bernama Bet yg sudi menolong mengangkat brg2 rumah yg mahu diberikan kepada tuan yg seterusnya...
Sebelah ptg pula pergi menutup akaun bank dan segala macam mak nenek...
Kunci rumah juga telah diserahkan kepada cleaner untuk urusan pengemasan rumah oleh org2 profesional.Kami membayar 95000yen untuk khidmat mereka..
Dan Alhamdulillah juga berbuka puasa kami ditaja oleh rakan danchi, Puan Afifah...hehehe
Malamnya, kami menumpang tido dirumah kohai yg kebetulan pulang ke Malaysia berhari raya...Alhamdulillah....
InsyaALLAH kami ke tokyo pada esok petang menaiki Shinkansen dan bermalam di Hotel berdekatan Narita Airport....

InsyaALLAH jika berkelapangan, akan update sedikit semasa di hotel esok..
Sesungguhnya, sgt2 bersyukur kerana si kecil Izzah baik-baik sahaja sepanjang mggu ni...Sian tgk dia byk baring je sebab mak&bapaknya bz mengemas...Izzah pon sekarang dah pandai menggelungsur(??)...selalu je kepalanya jatuh dari bantal...

Selamat bersembahyang malam


Sunday 21 August 2011

Last Saturday in Japan

Sambungan entri semalam. Well, tiada xtvt istimewa kecuali mengemas dan mengemas..

Cuma kali ni bukan setakat brg2 untuk di hantar melalui kontena je yg kami kemas, tapi juga membuang sampah2, mencabut langsir, dan mengemas bahagian dapur ( walhalnya brg2 untuk dihantar melalui kontena blom siap pon lagi)..

Apapon, setakat Sabtu, ada lebih kurang 20parcels termasuk drawer plastik & boxes telah berjaya dibuat. Tapii, ianya masih belum di-seal & label pon tak lekat lagi.

Plan hari Ahad nnti baru sorang check kotak satu2 dan dalam masa yg sama sorang lagi key-in data kat komputer untuk buat invoice.

Secara keseluruhannya, kami bekerja dalam pace yg agak lembab...cuma harapnya dapat la siap sebelum Selasa nanti -> tarikh untuk hantar barang ke port.

oh ya, seperti biasa....Iftar kami ditaja oleh group Bangladesh kat sini yg memasak nasi bariyani & couple dari Thai yg masak sup ayam..Sedap ooo nasi & sup diorg ni, cuma zannen sket sebab takleh nak makan bariyani byk2 sebab agak pedas sket...sian nanti Izzah-chan berak-berak.

Dan tidak lupa juga went to collect photos taken in studio 2 weeks before & juga 2 buah Photobook.


Friday 19 August 2011

Last Friday in Nagaoka

Ekekeke...title  & idea tiru heartilyina yg baru je balik ke msia beberapa mggu sudah...harap dihalalkan la yer!!

Soune, arini ( 19-Aug) dikira sebagai hari Jumaat terakhir kami kat Nagaoka ni..Apa projek???
Pagi, projek sembang-sembang dengan jiran2 malaysian kat area danchi ni. Oleh kerana rumah yg sgt2 berterabur, maka tetamu terpaksa la duduk disebalik kotak2 ...hehehe

Selain tu, ialah projek editing & kemudiannya transmit data ke Kitamura Studio untuk dijadikan Photobook. Banyak cerita ttg Photobook dalam blog ni sebenarnya. Kali ni kami beli kupon Photobook dari Auction Japan. So, kalau biasanya Photobook yg harganya 1500yen tu, kami beli kuponnya dengan harga 450yen...murah kan??

Yg sukanya sebab kita bole buat dari rumah dan hanya perlu anto data thru PC, pilih kedai berhampiran & datang collect bila dapat email suruh berbuat demikian...Biasanya hanya mengambil masa sehari je.

Petang nya pula ialah projek shopping mopping brg2 makanan jepun ( untuk diri sendiri & juga kiriman kengkawan)...Lagipon forwarder kat sini kata takde masalah untuk bawak balik makanan guna kontena, termasuklah beras...asalkan tak terlalu byk seolah2 nak berniaga...

Last sekali, penutupnya ialah makan SUSHI la....OISHIKATTA !!!
Ntah bila agaknya nak makan sushi yg fresh dan sesedap kat Jepun bila dah balik Msia nanti ...huhuhu

OK>....mari kemas...kemas ...kemas...kemas...

Monday 15 August 2011

Terbengkalai...

Diam tak diam dah 15 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, masih belum `ponteng` lagi dan semoga terus diberikan kekuatan dari-NYA hingga ke akhir Ramadhan. Penyusuan Izzah pon nampaknya takde masalah...

Tiket pulang ke Malaysia dah confirmed...Iya...kami akan pulang ke Malaysia pada 26hb Aug, menaiki MAS.
Bila kira-kira, ada lebih kurang 11 hari lagi kami di Jepun.
Projek mem-packing berjalan tidak begitu lancar kerana masih blom didalam mood mengemas.Tapi secara keseluruhannya dah nampak bayangan sebab khazanah2 dibilik tidur (ruang plg besar) dah hampir selesai.Harapnya esok bole `clearkan` khazanah2 di bilik tidur, dan beralih ke bilik yg lain pula.

Yg paling kelakar, baru skrg ni la sebok nak gosok dapur gas, mesin basuh & alat2 elektrik yg lain...hehehehe...semuanya sebab nak serahkan pada student baru kat sini..Mmmm....tapi takde ler sampai bersinar-sinar!!! yg termampu je ler, lgpon smua brg2 elektrik kami pon second-hand juga....turun temurun sempai

Oklah...nak berjaga hingga sahur sambil menyiapkan projek Photobook yg dah lama terbengkalai...pening kepala sebab nak kena pilih gambar2 menarik yg jumlahnya beribu-ribu...almaklumlah, 5 tahun punya stok..

Selamat bersahurrr

Saturday 6 August 2011

Ramadhan datang lagi

Salam 6 Ramadhan pada semua yg beragama Islam.
Ramadhan datang lagi membawa beribu-ribu `faedah` dan `peluang` kepada semua umat Islam untuk direbut.
Alhamdulillah, tahun ni masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa dan semoga ibadah puasa tahun ini lebih baik dari tahun yg sebelumnya.

Original plan adalah nak post entry pada 2-Aug yg lepas, sempena genapnya 8tahun pemergian arwah abah dan juga bermulanya `Summer Festival = Firework` di Nagaoka ni...
Tapi, biasa la...hanya sempat type sekerat jalan je....akhirnya terperap beberapa hari...

Seperti biasa, salah satu xtvt di bulan Ramadhan ialah berbuka puasa beramai2 bersama2 semua warga Islam di Nagaoka, yg kemudiannya bersambung kepada solat wajib & terawih berjemaah.
Hari ni, 6-Aug juga adalah giliran team Malaysia ( dan  su salah sorang ahli memasak utk harini)..Pagi tadi ke kaikang untuk memasak lauk berbuka. Tapi lauk simple jer--> Nasi Ayam...ada juga ahli2 yg lain yg membuat beberapa desert dan kuih untuk menambah koleksi makanan.
Walaubagaimanapon, hanya suami, anak sedara( yg dtg makan angin) & anak2 je yg join berbuka puasanya.Su & Izzah rehat dirumah je..

Tambahan pula, esok pagi nak bertolak ke Tokyo pula...menghantar si anak sedara yg dah 3 minggu disini ( tetiba rasa sedih la pulak)...So, malam ni bole la bersiap2 menyediakan pakaian sepersalinan & juga mengemaskini dokumen2 yg perlu dibawa ke Kedutaan untuk urusan passport Izzah.
Dalam masa yg sama, menghilang penat siang tadi...sebagai persediaan kalau main driver penat, boleh la ganti2 drive esok.

Sekembalinya dari Tokyo nanti, makin bertambah sibuk kerana perlu rush untuk acara `packing` barang-barang untuk dihantar ke port...hanya tinggal dalam 2 minggu ++ je untuk settlekan semua urusan, termasuk urusan membeli souvenier...*fuuuh...mana yg sempat je la...lgpon dulu2 dah pernah bawa balik souvenier gak*

Apapon, selamat berpuasa untuk semua