Monday 15 August 2011

Terbengkalai...

Diam tak diam dah 15 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, masih belum `ponteng` lagi dan semoga terus diberikan kekuatan dari-NYA hingga ke akhir Ramadhan. Penyusuan Izzah pon nampaknya takde masalah...

Tiket pulang ke Malaysia dah confirmed...Iya...kami akan pulang ke Malaysia pada 26hb Aug, menaiki MAS.
Bila kira-kira, ada lebih kurang 11 hari lagi kami di Jepun.
Projek mem-packing berjalan tidak begitu lancar kerana masih blom didalam mood mengemas.Tapi secara keseluruhannya dah nampak bayangan sebab khazanah2 dibilik tidur (ruang plg besar) dah hampir selesai.Harapnya esok bole `clearkan` khazanah2 di bilik tidur, dan beralih ke bilik yg lain pula.

Yg paling kelakar, baru skrg ni la sebok nak gosok dapur gas, mesin basuh & alat2 elektrik yg lain...hehehehe...semuanya sebab nak serahkan pada student baru kat sini..Mmmm....tapi takde ler sampai bersinar-sinar!!! yg termampu je ler, lgpon smua brg2 elektrik kami pon second-hand juga....turun temurun sempai

Oklah...nak berjaga hingga sahur sambil menyiapkan projek Photobook yg dah lama terbengkalai...pening kepala sebab nak kena pilih gambar2 menarik yg jumlahnya beribu-ribu...almaklumlah, 5 tahun punya stok..

Selamat bersahurrr

6 comments:

lina said...

Pejam celik pejam celik, kejap je nak 26hb. :)

Anonymous said...

klu ada pmbakar roti best jgk..

Ina said...

hihi kami pn b4 blk amik gmbr tp ihsan je pakai kimono utk boy. mama papa xde sbb studio tu utk budak2 je plak. okla kan drpd xde. kak su jgn lupa bwk blk seed himawari ke apa ke. kami ni ritu blk awal drpd target. byk gak brg xterbeli sbb terpaksa concentrate on kumpul duit mana ada utk bwk blk. owh kalau akak blk skrg yen tgh mahal! kami ritu dpt 3.76 je. cpt2 :D!

suhaila said...

@Lina
Betul...kena masuk gear 5 terus ni, brg2 souvenier pon x abis beli lagi...mana yg sempat je la agaknya

@Haikal
Zannen !!! takde ;D

@Ina
Kak su pinjam makcik Jepun yukata utk pompuan & lelaki...dapat ler sekeping gambo keluarga berpakaian yukata.
Brg2 pon mana yg sempat je Ina...yg kebanyakkannya order online je...cuma ada la juga borong baju murah utk bdk2 kat jusco & uniqlo..
soune...skrg ni yen tgh tinggi & kalo masih bertahan rate baru ni sampai kami balik, nampaknya ada ler rezeki atas angin...

noorcahaya said...

gambo tu balik mesia jelah buat.. kemas tu penting.. jgn sampai japan cotton aku tertinggal sana dah lah.. kekekeke

suhaila said...

@Ayang,

Japanese cotton ayang su bawak naik flight la...raya, raya jugak...TAPI jgn lupa system barter kita!!!
kalo nak tgk kainnya, nnti su anto kat fesbuk