Showing posts with label Life in Jpn. Show all posts
Showing posts with label Life in Jpn. Show all posts

Wednesday, 24 August 2011

Last Sunday, Monday,Tuesday & Wednesday in Japan

Mak aiii, panjangnya title kali ni. Nampaknya 24jam setiap hari masih tak mencukupi untuk kami menguruskan semuanya. Meh kita imbau kembali....

[Sunday, 21st Aug]

Menghampiri fasa terakhir mengemas brg2...tentatively ada lebih kurang 40boxes yg berisi, tapi masih blom di-seal & label..
Harini projek mengemas tertumpu pada bahagian dapur & stor luar rumah.
Selain itu, menghabiskan saki baki mencari brg2 untuk dibawa pulang.
Alhamdulillah buka puasa kami ditaja oleh jiran sebelah tangga, Puan Ayu sekeluarga.
Dan seperti biasa, berjaga hingga ke sahur dan hanya tidur selepas subuh....*nemui*

[Monday, 22nd Aug]

Hari yg plg bz. Jais keluar menguruskan documentation untuk membawa pulang kereta.Su pula sibuk menyediakan invoice dgn check isi kotak2 dan key-in data dalam komputer.
kira punya kira.....mak aiiii...cecah 70 items/parcels weiii...
apalagi, gabra ler kejap
Hari ni sgt2 pecah rekod sebab kami tak tidur semalaman!!!! Seal, labelling, key-in data & timbang SETIAP parcels....sakit pinggang weeiiii
Apapon, buka puasa kami pon ditaja juga malam ni...oleh rakan sebelah block --> Puan Zeha

[Tues,23rd Aug]
Hari penghantaran brg2 ke Niigata port.
Alhamdulillah, wpon tak ramai, tp ramai juga yg dtg untuk memberi bantuan memunggah brg2 ...nak turunkan total 140parcels dari tingkat 5 tu!!!! Sgt2 berterimakasih.
Su kengantukan yg amat dan hanya bole membuka mata pada pukul 130ptg...huhuhu...
Malamnya, alhamdulillah ada sedikit jamuan berbuka beramai2 dirumah su...khas untuk mereka2 yg menolong memunnggah brg2 & juga jiran2 terdekat.
TAPI!!!! projek mengemas blom selesai!!! Terus mengemas brg2 untuk dibuang sehingga la waktu bersahur, baru ler dpt tido...

[Wednesday,24th Aug]

Dari pagi memulakan projek mengemas & mengasingkan sampah2...berterima kasih pada kohai, yg juga merupakan Presiden MaDiNa bernama Bet yg sudi menolong mengangkat brg2 rumah yg mahu diberikan kepada tuan yg seterusnya...
Sebelah ptg pula pergi menutup akaun bank dan segala macam mak nenek...
Kunci rumah juga telah diserahkan kepada cleaner untuk urusan pengemasan rumah oleh org2 profesional.Kami membayar 95000yen untuk khidmat mereka..
Dan Alhamdulillah juga berbuka puasa kami ditaja oleh rakan danchi, Puan Afifah...hehehe
Malamnya, kami menumpang tido dirumah kohai yg kebetulan pulang ke Malaysia berhari raya...Alhamdulillah....
InsyaALLAH kami ke tokyo pada esok petang menaiki Shinkansen dan bermalam di Hotel berdekatan Narita Airport....

InsyaALLAH jika berkelapangan, akan update sedikit semasa di hotel esok..
Sesungguhnya, sgt2 bersyukur kerana si kecil Izzah baik-baik sahaja sepanjang mggu ni...Sian tgk dia byk baring je sebab mak&bapaknya bz mengemas...Izzah pon sekarang dah pandai menggelungsur(??)...selalu je kepalanya jatuh dari bantal...

Selamat bersembahyang malam


Monday, 11 July 2011

Ceritera di hospital - part 2

Salam bulan Syaaban  (cepatnya masa berlalu....)

Sebenarnya nak cerita tentang check up 1 bulan untuk baby & mak baby di Jepun....tapi baru perasan yg ceritera hospital semasa bersalin belom habis lagi...jadi kita sambung part 2 pula..

Mmmmm....kita cerita satu satu la ye...

[A-Contraction Room]
Bilik ni macam wad biasa je, tapi khas untuk mereka2 yg dah rasa sakit, tapi blom tiba masa untuk bersalin lagi...kiranya untuk mereka yg rahimnya blom terbuka 7cm...dalam bilik ni mmg macam2 ler suara orang menahan sakit...huhuhuhuh

[B-Labour Room]
Seperti namanya, ini tempat untuk bersalin la yer...
Apa BEZAnya dengan Malaysia?
==> 1 - Sangat2 ler panas suhu dalam bilik ni ...masuk je dah berpeluh satu badan. Midwife kata kalo nak bersalin, elok berpeluh dan badan panas....sabo je lerrrr
==> 2 - Katil  yg sangat2 BEST!!!! ...

[C- Tempoh di hospital]
Seperti biasa...6 hari untuk yg pertama kali bersalin, 5 hari untuk yg dah ada pengalaman & 8 hari untuk yg C-section.Walaubagaimanapon, hari bersalin tu TIDAK dikira...
Selain itu, pada hari ke-3, akan diadakan pemeriksaan air kencing & darah untuk EMAK untuk mengesan kalo2 ada anemia etc...check tekanan darah tinggi&suhu tu setiap hari.

[D- BAYI DI HOSPITAL]
Secara general, baby dijaga oleh emak mulai usia SEHARI, iaitu SEHARI selepas dilahirkan dan slepas diperiksa oleh doktor kanak2.Walaubagaimanapon, setiap 4 jam (tak kira malam @ siang), nurse akan datang `melawat` ke bilik untuk memastikan tiada masalah dihadapi oleh ibu&baby...Ibu pula perlu menrekod masa menyusu & kekerapan baby kencing & berak...hehehehe

[E-KELAS untuk IBU]
Walaupon dihospital, ibu tetap perlu menghadiri kelas2 ala2 parenting...huhuhuhu

[G-LAIN-LAIN]
Secara keseluruhannya, layanan nurse sememangnya amat menyenangkan hati...Semasa hari pertama dihospital, setiap kali nurse datang untuk memeriksa, setiap kali itu juga mereka akan mengucapkan `TAHNIAH`....*smile*.

Selain itu, ubat lawas juga dibekalkan pada mereka yg berhajat....---> tp yg ni sbnrnya semasa mengandung lagi mmg selalu ditanya ...ada yg kate, sebab Japanese ni mmg sinonim dengan sembelit ....

Dan satu lagi ialah nurse akan MENEMANI anda dan menukarkan napkin bila ibu ke bilik air yg pertama kali selepas bersalin, iaitu lebih kurang 6jam selepas bersalin...( ibu hanya dibenarkan bergerak selepas 6jam)

Cuma, satu jer yg kurang seronok ialah ---> Setiap hari juga la, nurse akan datang memeriksa perut (kedudukan rahim), susu badan & juga luka itewwww....hmmmmm.....sabo je lerrrrrr

Saturday, 21 May 2011

Sejam di Higashiyama Family Land

Cuaca di Nagaoka ni semakin hari semakin panas, terutamanya sejak minggu lepas.Hampir setiap hari mencecah 26C, yg mana sama dengan suhu hujung bulan 7 tahun lepas.Ramalan mengatakan minggu depan baru suhu turun sket...Kak lela yg diOkinawa kata Okinawa cuma redup2 je dengan suhu sekitar 21C-22C...

Dunia oh dunia...

Memandangkan hari ni jais malassss ke lab, kami pergi ke Higashiyama Family Land untuk melihat arnab, kambing putih & pony.Sebenarnya mmg setiap tahun kami akan ke sini, terutama sekali ke atas puncak bukit, memasang khemah & bersantai2 di situ setiap kali summer mula menjengah.

Sebenarnya ada juga standby khemah dlm kereta, tp oleh kerana ni bidang terjun punya rancangan dan masing2 tak bawa bekal utk lunch, hanya sempat ke tempat haiwan je ler..

jom layan gambo..



Sunday, 15 May 2011

Doa selamat

Niat untuk mengadakan makan2 dirumah dan doa selamat akhirnya terlaksana juga pada 9-Mei lepas (Hari Ibu).

Doa selamat dan bacaan Yassin yg bertujuan untuk depermudahkan urusan kelahiran bayi pada khususnya, dan juga kesejahteraan kepada smua warga MaDiNa secara amnya.

Alhamdulillah wpon sudah masuk 36W, masih dikurniakan kesihatan dan masih larat untuk memasak.Tapi, idaklah menu yg berat....simple je...

Antara menu pada hari itu;

1-Nasi Hujan Panas
2-Ayam Masak Merah
3-Acar Jelatah
4-Karipap
5-Pau
6-Agar2 sirap
7-Air Sirap Limau
8-Buah-buahan

Ditambah dengan menu sampingan kawan2;
1-Karipap
2-Bubur chacha
3-Agar2 sirap
4-Kek Coklat
5-Keropok

Terpaksa makan diruang dapur

Menu

Ladies : ramaikan!!! padahal ada lagi family yg takde ni

Sessi menemuramah


Alhamdulillah.....

Friday, 6 May 2011

Menghitung hari

Telah mula menghitung hari, hari yg bakal tiba tak lama lagi...Wpon tak boleh dikira dengan tangan dan juga tak bole dijangka secara tepat, tapi terasa dah tak sabo la pulak.
Ini semua gara2 check-up perut pagi td dan dapat lihat muka baby dgn jelas-sejelasnya sebab baby tgh tidur nyenyak...hehehehe*BIG BIG SMILE*

Terselah mukanya yg bolat ..kehkehkehkeh *BIG SMILE again*



Aliyah masa berusia sebulan

Jannah masa berusia 21hari

Muka baby yg su nampak dalam screen td pon sepesen gak mcm muka Jannah & Aliyah...
Orang kata, sama acuan...
Tapi konsep sama acuan tu tak praktikal dalam family su sebab kami, 7 beradik dengan 7 muka...kulit pon ada yg putih melepak, ada yg sawo matang dan ada yg golappp..

Mmmm...tp family belah Jais mmg sebijik semuanya..

Selain itu, tak boleh dinafikan yg bulan May ni sgt2 sebok sebenarnya. Jannah sebok sekolah dan latih bersukan ( Hari Sukan pada 30-May), Aliyah sudah mula latihan Marching , Su yg masih ada kelas pagi yg perlu pergi ( yg ni hrp2 ada ler yg ganti) dan Jais yg ada 1st defense akhir bulan.
Harapan semoga semua urusan dipermudahkan-NYA..

Monday, 18 April 2011

Strawberry Picking

Musim sekolah dah berlalu, takde cerita lak nak tulis.Nak cerita pasal nuklear dan tsunami tu byk, tp rasanya tak perlu nak peningkan kepala org lain sbb sendiri pon pening nak terangkan kat org lain.Yang pasti...semuanya masih terkawal di nagaoka ni. Ikan mutan ke, sayur mutan ke, susu mutan ke....smua tu su tak amik pusing sgt sbb hampir setiap hari semak kat website Niigata-ken ttg tahap radiasi, dan takde value yg `mengejutkan` lagi...InsyaALLAH..

Yang penting...hargailah setiap masa yg berlalu dan penuhilah ianya dengan perkara2 yg berfaedah.

Mengambil kesempatan renewing visa baru2 ni, kami sempat singgah ke ladang strawberry untuk xtvt strawberry picking.Mula2, plannya nak ajak budak bujang yg temankan sbb Jais bz menulis journal, tp last2 class pon dah mula & jais pon kate dia dah hampir siap, angkut ler budak kepoh 2 orang tu skali.Kebetulan pula 2,3 ari before tu gempabumi sambung menyambung.Risau la pulak nak berenggang dgn budak2.Dah ler takde family yg lain kat Nagaoka...huhuhu

Meh tengok gambar meh...

   
Sebahagian strawberries
Aliyah

Jannah  


Hasil petikan Jannah & Aliyah...besau2

Last sekali....mak buyung ler...

Lepas ni turn bunga la pulak --> Sakura & Tulip

Wednesday, 15 December 2010

日本人はなぜOOなのか? = "Why Japanese OO" ?

Ianya adalah satu program TV yang membuat questionnaire/soal selidik kepada foreigners in Japan, tentang apa pendapat mereka tentang Japanese.Well, rasanya dah banyak tengok program yg lebih kurang macam ni, tapi layan je ler dan pada masa yg sama, makin terasa yg Japanese ni sgt2 ler sibuk nak tau pasal orang keliling.

MC rancangan ni ialah Bit Takeshi dan Kokubun-TOKIO.Yang menariknya, ianya bukan setakat questionnaire semata-mata.Tapi untuk certain2 topic, siap ada pandangan dari journalist atau professor yg berkaitan.

Zannen, su tak boleh nak ingat all the 20's ....yg ingat cuma...

1-日本人はなぜ肩書きに弱いなのか?
*Kenapa orang Jepun lemah/takut pada orang yang berpangkat/berkedudukan tinggi
 
Sbnrnya yg ni kurang faham sgt tapi journalist ada bagi contoh berkaitan sejarah Jepun.Foreigners pula bagi contoh yang name card Jepun terlalu details.Supervisor, Sr Supervisor etc.

2-日本人はなぜ温泉が好きなのか?
*Kenapa orang Jepun suka masuk hot spring?

Setuju setuju setuju!!!
3-日本人はなぜ並ぶのが好きなのか?
*Kenapa orang Jepun suka beratur ?

Yang ni setuju sesgt, even nak tgk wayang pon nak beratur panjang2.Itu blom kira orang yg beratur nak beli sesuatu produk yg baru launch etc.Yg peliknya, takde la pulak yg nak potong Q.


4-日本人はなぜ周りを気にするなのか?
* Kenapa orang Jepun suka ambil tahu hal keliling?

Yang ni pon ada benarnya.Jepun yang terlalu kisahkan negara jirannya.Even negara jiran dapat pingat emas lebih pon diorang dah mula buat analisa.Mmmmm...tapi positive la juga

5-日本人はなぜメガネが多いのか?
*Kenapa orang Jepun ramai pakai cermin mata?


6-日本人はなぜ時間に正確なのか?
*Kenapa orang Jepun menepati masa?

Rasanya `Japanese=masa` adalah perumpamaan yg paling tepat.

7-日本人はなぜ勉強が出来なくなったのか?
*Kenapa ramai orang Jepun yang tidak cemerlang dalam akademik.

Yang ni susah nak komen.Tapi, masa program ni diorang ada bagi soalan pecahan pada University students, dan hanya separuh je yg berjaya menjawab dgn betul.

8-日本人はなぜ英語話せないなのか?
*Kenapa orang Jepun tidak mahir berbahasa Inggeris?

Menurut professor yang di tanya, native speaker guna otak kanan semasa berkomunikasi.Tapi, orang Jepun menggunakan otak kiri yg lebih kepada memikirkan tentang makna perkataan.Sebab itu la diorang punya English pronunciation tak bagus.

9-日本人はなぜ老人に冷たいなのか?
*Kenapa orang Jepun dingin terhadap orang tua?

Ramai orang2 tua dihantar ke Rumah Orang2 Tua etc...dou ka na?

In general, su setuju dgn soalan2 kat atas.Tapi, sejak duduk Nagaoka ni....ada satu lagi persoalan...

 Kenapa orang Jepun melayan anjing (pet) seperti baby/anak sendiri? Pakaikan baju, bawa bersiar siap pungutkan n***s dan bawa balik lagi, ada kedai gunting rambut/bulu etc.Malah su pernah nampak seorang makcik letak anjingnya dalam stroller baby...ish ish ish ish..


Jepun oh Jepun.
Tapi bila buat kira2, hampir 8 tahun dah menghabiskan masa di Jepun.
Maybe lepas ni bole buat list "Why Malaysian  OO" ?
hehehehehe

Sunday, 17 October 2010

Bunga - Hana - Flower

Su bukanlah peminat bunga....tapi takler sampai tak suka bunga, cuma takde perasaan je.
Kat rumah kampung, halaman rumah penuh dgn pokok bunga...pelbagai bunga ada, tp tetap tak pernah mengusik perasaan.

Bila start couple dulu pon selalu pesan kat Jais, tak payah ler bagi bunga sebab tak minat.Dan buat pertama kalinya dapat bunga dari Jais pon baru2 ni...Opppsss dulu masa grad Kosen dapat gak bunga dari budak2 hostel & mak angkat Jepun. Bunga dari mak angkat Jepun ni agak tersentuh sket sebab dah ler orang tu duduk kat Nagoya yg beratus batu jauh, tapi siap antar bunga orked ungu lagi...cantik sangat2...

Tapi, duduk di Jepun yg bermusim ni, setiap kali musim bertukar, setiap kali itu lah juga bunga pon bertukar.

Jom kita tengok !!!

Sunday, 14 March 2010

Hijrah

Bulan Mar adalah bulan terakhir dalam sistem tahunan Jepun. Sesi persekolahan tamat pada akhir Mar, kilang-kilang tutup akaun juga pada bulan Mar, inventory juga pada bulan Mar.
Boleh dikatakan, banyak acara-acara pada bulan Mar seperti Farewell, Pencen, Tenkin(tukar tempat kerja), Sotsugyou...etc

Di Nagaoka, seramai 33 orang akan tamat pengajian pada akhir bulan ini dan ada yang sambung belajar di Jepun, ada yang menjadi Syakaijin tak kira la bekerja di Malaysia atau bekerja di Jepun.Ada juga yang memulakan kehidupan baru ditempat yang baru ...

Apapon, tahniah pada semua dan all the best...


My Graduation Day- 09032001


Thursday, 4 March 2010

Kisah aliyah

Aliyah mula batuk-batuk lepas ambil dia dari Nursery....Dan batuk-batuk tu berterusan dan makin teruk hingga nak bernafas pon nampak susah. Dada pon berbunyi dan semalaman dia tak tido nyenyak...

Kalo tengok dari symptom tu...rasanya memang tanda-tanda asthma.Lagipon dah mmg ada gen asthma dalam family dan ramai anak-anak sedara yang idap asthma masa kecik....Asal lebih main, lebih ketawa....biasanya diorang akan sesak nafas...

Dan nak dijadikan cerita, sensei dia mmg kata semalam dia puas main kat taman..

Pagi ni pergi la bawak ke klinik Kanak-kanak....
Mmmmm....oxygen level dalam darah kurang...
Apapon, doktor tak sahkan lagi la mmg asthma...sebab dia kata nak kena buat test dulu.
(Doktor suggest buat alergic test)
Kebetulan pula skrg ni nak tukar musim ke Spring...gap suhu malam & siang kalo besar sangat pon bole sebabkan batuk...

Apapon, dia bagi ubat antibiotik & cairkan kahak untuk kids yang kena asthma, selain dari ubat2 wajib (selsema/batuk/antibiotik biasa).

Ubat-ubatan


Dan juga ubat tambahan untuk cairkan kahak jenis liquid yang kemudiannya bila diproses, bertukar jadi gas...
Klinik pon beri pinjam mesinnya sekali untuk tempoh seminggu.

Mesin mencairkan kahak


Mmmm...alhamdulillah nampak macam dah kurang sket...
Cuma...masih tak putus berdoa semoga ianya bukan asthma.


Aliyah dirumah

Sunday, 28 February 2010

Thank you gift

Minggu lepas dapat 'gift' dari my students. Diorang berenti dah ambil English tuisyen sebab memasing naik Junior High School start April depan. Rasa sedih pon ada, gembira pon ada, takde rasa apa2 pon ada...hehehe..

Mari tengok apa hadiahnyer...

Jeng... jeng ...jeng....


Sable bentuk anak anjing...Wan wan wan



Sable bentuk anak kucing ...Meowwww


Oishikatta!!!!...

Friday, 22 January 2010

Tokyo trip

Ujung tahun 2008, kami ke Tokyo...
dan ujung tahun 2009, sekali lagi kami ke Tokyo...

Seronok ke pegi Tokyo???
Well....bagi kami yg berada kat tempat sejuk ni...best ooo g Tokyo...takde snow.

Actually misi terbesar pegi Tokyo ialah sebab nak jemput adik jais kat narita.
Xtvt kat Tokyo selama 3 hari ialah ......

Day 1 : 26-Dec-2009
Jemput adik kat narita, terus pecut g Disneysea.
Ronda, naik itu, naik ini, ambil gambo itu, gambar ini.
Dah main hampir 3/4 ari, drebar terpaksa cari port tido kat dalam Disneysea...hehehe
Lepas tu pi Hotel and Zzzzzzzzzzzzzz.......

-Disneysea-

Day 2 : 27-Dec-2009
Breakfast Maggie & Onigiri (kami bawak rice cooker&beras), ronda ke Tokyo Tower.
Check-in Hotel dan merayap ke Akihabara naik train.
Berdepan dgn hotel kami, ada satu kedai ASIA...sempat la jugak bershopping membeli stok.

Day 3 : 28-Dec-2009
Check-out around 9am++ , meronda Asakusa la pulak.
Lepas tu g Ameyoko @ Ueno --> mencari ikan segar & kebab.
Lunch dalam kereta je on the way to Iruma (Mitsui Outlet).


-Asakusa-

-Tobu Hotel-

Dan akhirnya....sampai ke Nagaoka semula lebih kurang 1 pagi ler jugak.
Rezeki ke Osaka takde nampaknya kali ni atas sebab2 teknikal yg tak dpt dielakkan...
insyaALLAH lain kali la pula...

Thursday, 17 December 2009

Birthday girl

Semalam, 16-Dec birthday Aliyah sebenarnya....Kebetulan lak Tanjoubi-kai @ hoikuen buat on 16-Dec, takde sambutan apa2 pon kat umah..InsyaALLAH ujung minggu ni baru plan nak buat kek etc...

Ni persembahan dari kelas Aliyah..

Monday, 7 December 2009

Seikatsu Happyoukai

Semalam ada seikatsu happyoukai kat Lyric Hall.Both Jannah & Aliyah ada buat performance.
Kelas Himawari buat cerita 'Aka zukin' & Jannah lak 'Jack and mame no ki'......
Dalam cerita masing2 tu, Aliyah jadi akazukin, Jannah lak jadi Niwatori(ayam)...huhuhu

Tahun lepas punya happyoukai bole tengok kat sini..

Sakura gumi : Jannah

Himawari gumi : Aliyah

Akazukin

Friday, 6 November 2009

Photo book

Antara benda-benda yg menarik perhatian --> Photo Book.
Dia sbnrnya album gambar ....tapi dalam bentuk buku...quality kertas macam buku cerita budak2 (tebal la jugak)
Design pon banyak dan tentu la harga pon macam2..
harga serendah 1280yen (untuk 16pages size 128mm X 128mm)

Basically ramai org guna ni untuk compile kan gambar2 baby....gambar2 kawin...gambar2 grad..gambar2 gi melancung etc...

macam nakkkk....

Monday, 26 October 2009

Itu dan ini

Berhabuk dah rumah ni rupanyer ...hehehe
Skrg ni kat nagaoka dah semakin sejuk....dan su pon dah mula ler M-A-L-A-S nak ke dapo apatah lagi menjahit atau mengait...sbb ujung jari sejok oooooo

Seminggu ni tinggal ber-3 je dgn budak2 sebab Jais balik Malaysia seminggu...ada conference kat KL.

Ahad lepas, 25-Oct pegi ke Mishima sebab kelas Jannah masuk Festival Music...Jannah jadi pembawa bendera.Aliyah nyer takleh nak duduk diam dalam taikukan....main tangga je kerjanyer..
Last2 su pon takde mood nak amek gambo....huhuhuh

Khamis lepas pula pergi jumpa 2 japanese dari Naturally Plus...syarikat MLM kat Jepun ni..
Tapi dgrnya dah ramai kat Mesia yg guna produk ni...Diorang cuma ada 2 produknyer iaitu Super Lutein & Izumio (Air Hidrogen).

Jumaat lak pegi visit Gino yg dah sebulan bersalin...tapi baby tinggal kat hospital sbb tak cukup bulan & berat..tapi katanyer dalam 2,3 minggu lagi insyaALLAH bole kluo...baby boy named Muhammad Din Bazli.Nanti kalo dah kluo, nak g visit baby pulak...then bole le tepek kat sini yer

Monday, 14 September 2009

Salam 24 Ramadhan

Ehhh...lagi seminggu raya oooo...raya raya raya...
hehehe...actually biasa2 aje...

1st year raya kat Jepun (Takuma) dulu, kalo tak silap ari sekolah ....TAPI!!!!...kitorang tetap memasak pada malam raya & makan rendang,nasi impit, lodeh etc pagi raya before pegi kelas tau!!!

2nd year raya kalo tak silap kena pegi 'Factory Visit' kat Matsuyama....kiranya berhari raya kat kilang ler...ok apa...dapat makan sushi, sashimi etc...

3rd year raya....haaa tahun ni kena time cuti winter...few days before raya tu pegi Ube, Yamaguchi...one day before raya balik Takuma & masak2 dengan budak Takamatsu...
tahun ni raya agak meriah sebab geng2 Niihama Kosen dan juga Hamanaka san, Marina san etc (Japanese tapi Islam) joint sekali...2,3 ari lepas tu pegi Mie-ken rumah Imai sensei (sensei Kimia masa kat PPKTJ)...

Kenangan raya paling best masa kat Takuma ialah bila abg erman(sempai) bersungguh2 ajak buat kek....waktu tu su pon tak reti buat kek....erman ni sbnrnya pandai masak & rajin memasak...dia dok sebok suruh tolong dia buat kek...bersungguh2 dia mintak mak dia kirim tepung kek segera...tetapi....kek nyer....tak pernah menjadi...semuanya either tak naik or merekah kat tgh2...hihihihihihi

Dan setiap kali puasa, abg erman la jugak yg selalu menghasut buat kuih raya....biasanya su buat kuih tart nanas & mazola la...dan erman mmg tolong.....tolong T-E-N-G-O-K & tolong M-A-K-A-N....hehehehe...idak la...dia mmg tolong betul2...

Tahun ni...dah 2 kuih menjadi...tinggal satu lagi blom buat --> Cornflakes Madu.

[1]- Rempeyek.....wpon tak sesedap mak or MIL buat, tapi bole la...kihkihkihkih...3jam punya projek ni...





[2] Suji ... su ganti tepung suji dengan almond....

Saturday, 29 August 2009

8 Ramadhan

Memula sekali, salam Ramadhan pada semua...
Tup tup dah seminggu kita berpuasa yer ( Jepun start puasa 21 Aug).
Selama tu jugak ler tuan rumah 'berpuasa' dari ber blog & ber FB...heheheheh

Alhamdulillah puasa tahun ni biasa2 sama cam tahun lepas.Even kena summer, tapi kalo dok umah tu takde le panas sgt...bila kat luar tu yg panas

Skrg ni berbuka puasa dalam pkol 620++...kalo ada kelas abis pkol 6ptg tu, 'giri giri' le ..
bukak pintu je dah azan. Akhir akhir posa nanti buka dalam kelas or dalam kereta je la.

Weekend ni xtvt berbuka puasa beramai2 dgn ahli2 MaDiNa...yeay yeay...(x yah masak)
Turn su besok, 30Sept...tapi main menu Indonesian yg masak, Malaysian cuma buat kuih je.

Projek baju kurung Jannah & Aliyah blom mula lagi ni...haaaaaaaaaaa
nak kena sesapa anto 'Genki Dama = 元気玉= bola semangat(??)' cam dalam Dragon Ball tu...so su bole jadi Genki dan bersemangat nak buat....hihihihih

Kuih raya lak, tahun ni seperti biasa buat cornflakes madu AJE ....tapi Imah ada bagi minyak sapi , bole buat kuih sugi kannnn.....my peberet..
pening pening pening....kita tengok aje la nanti apa yg terhasil.........................

Selamat berbuka

Sunday, 9 August 2009

Himawari....



Semalam, sabtu pegi nengok Himawari kat Tsunan...Ini dah kali ke-2 pegi. Memula pergi tahun 2007, last year tak pergi sbb weather tak elok... Konvoi dengan Wan Nor sefamily & Hidayah.Kebanyakan family kat sini pergi camping kat Fukushima, tapi kami tak ikut sebab Jais nak kena g Fukuoka today... Weather....cloudy cloudy cloudy...tapi ok la...tak becak even one day before ujan agak lebat.



One the way back, singgah kedai tepi jalan...beli Tembikai (sedang), jagung (4batang), pisang sesisir(giant size), labu ( sedang) & buah prune kuning( 8biji --> sgt manis, macam rasa mangga pon ada ) ....total semua sekali 900yen....hehehehehhe


Aliyah masa 8 bulan

Thursday, 30 July 2009

Saikou!!!!

Best nyer arini...best best best best
Sekarang ni baru start summer holiday, so English class pon cuti seminggu....yeay yeay yeay..
since smlm mmg dok umah je diam2...smlm dok kemaskini docs etc (nak claim la katakan) dan jugak potong memotong kain...

Arini lak dok langsaikan mana2 item dalam KIV list yg dah lama sgt kena KIV..

1- Siapkan beg pegi mengajar ( beg yg skrg ni dah teruk beno dah rasanya)




2- Buat Marble cake.....yg ni pon rasanya dah dkt sebulan lebih tak buat kek




3- Call rumah kampung kawan2 batch kat ppktj dulu....Ni mmg plg best!!!! arini dapat 'tangkap' 5 org tauuuu...la ni dah ada 56org, nak kena carik lagi 30 org utk genapkan satu batch!!! dari td dok senyum je dpn PC ni...shiawase naaa


Dan baju yg kat bawah ni 2 ari lepas siap jahit....pattern simple je, tiru baju T-shirt yg ada skrg ni je



Hari ni kat FB tulis 'Hari memasak sedunia'....tapi lauk yg kat bawah ni lauk kat kedai yerrr.
Pegi makan last week, on the next day after Jais balik dari Shizuoka....saje je dah lama tak makan luar...Btw, next week Jais pegi lagi outstation ke Tokyo--> 4hari....mmmmmmm




Last sekali, akhirnya dapat gak puasa sunat di bulan Syaaban...Yattaaaa..alhamdulillah.
Besok pon insyaALLAH kalo diizinkan...