Wednesday 24 August 2011

Last Sunday, Monday,Tuesday & Wednesday in Japan

Mak aiii, panjangnya title kali ni. Nampaknya 24jam setiap hari masih tak mencukupi untuk kami menguruskan semuanya. Meh kita imbau kembali....

[Sunday, 21st Aug]

Menghampiri fasa terakhir mengemas brg2...tentatively ada lebih kurang 40boxes yg berisi, tapi masih blom di-seal & label..
Harini projek mengemas tertumpu pada bahagian dapur & stor luar rumah.
Selain itu, menghabiskan saki baki mencari brg2 untuk dibawa pulang.
Alhamdulillah buka puasa kami ditaja oleh jiran sebelah tangga, Puan Ayu sekeluarga.
Dan seperti biasa, berjaga hingga ke sahur dan hanya tidur selepas subuh....*nemui*

[Monday, 22nd Aug]

Hari yg plg bz. Jais keluar menguruskan documentation untuk membawa pulang kereta.Su pula sibuk menyediakan invoice dgn check isi kotak2 dan key-in data dalam komputer.
kira punya kira.....mak aiiii...cecah 70 items/parcels weiii...
apalagi, gabra ler kejap
Hari ni sgt2 pecah rekod sebab kami tak tidur semalaman!!!! Seal, labelling, key-in data & timbang SETIAP parcels....sakit pinggang weeiiii
Apapon, buka puasa kami pon ditaja juga malam ni...oleh rakan sebelah block --> Puan Zeha

[Tues,23rd Aug]
Hari penghantaran brg2 ke Niigata port.
Alhamdulillah, wpon tak ramai, tp ramai juga yg dtg untuk memberi bantuan memunggah brg2 ...nak turunkan total 140parcels dari tingkat 5 tu!!!! Sgt2 berterimakasih.
Su kengantukan yg amat dan hanya bole membuka mata pada pukul 130ptg...huhuhu...
Malamnya, alhamdulillah ada sedikit jamuan berbuka beramai2 dirumah su...khas untuk mereka2 yg menolong memunnggah brg2 & juga jiran2 terdekat.
TAPI!!!! projek mengemas blom selesai!!! Terus mengemas brg2 untuk dibuang sehingga la waktu bersahur, baru ler dpt tido...

[Wednesday,24th Aug]

Dari pagi memulakan projek mengemas & mengasingkan sampah2...berterima kasih pada kohai, yg juga merupakan Presiden MaDiNa bernama Bet yg sudi menolong mengangkat brg2 rumah yg mahu diberikan kepada tuan yg seterusnya...
Sebelah ptg pula pergi menutup akaun bank dan segala macam mak nenek...
Kunci rumah juga telah diserahkan kepada cleaner untuk urusan pengemasan rumah oleh org2 profesional.Kami membayar 95000yen untuk khidmat mereka..
Dan Alhamdulillah juga berbuka puasa kami ditaja oleh rakan danchi, Puan Afifah...hehehe
Malamnya, kami menumpang tido dirumah kohai yg kebetulan pulang ke Malaysia berhari raya...Alhamdulillah....
InsyaALLAH kami ke tokyo pada esok petang menaiki Shinkansen dan bermalam di Hotel berdekatan Narita Airport....

InsyaALLAH jika berkelapangan, akan update sedikit semasa di hotel esok..
Sesungguhnya, sgt2 bersyukur kerana si kecil Izzah baik-baik sahaja sepanjang mggu ni...Sian tgk dia byk baring je sebab mak&bapaknya bz mengemas...Izzah pon sekarang dah pandai menggelungsur(??)...selalu je kepalanya jatuh dari bantal...

Selamat bersembahyang malam


2 comments:

Ina said...

kak su welkambek! selamat ber settle down. kami dh sebulan balik pun dok pening dgn mcm2 lagi ahaha tensen makcik. nway kak su dok mana? nnt bg la no kontek. mana tau leh bertemu 4 mata. baru add akak kt fb. ingatkan selama ni dh add dh hihi

Anonymous said...

selamat kaksu..jalan elok2..klu sy kawin org johor insylh bleh jmpa lg..