Sunday 18 September 2011

Malaysia tanahairku

Beberapa hari lagi, genap sebulan kepulangan kami ke malaysia.Jannah,Aliyah & Izzah nampaknya tak byk masalah dgn cuaca panas.Cuma ada sedikit kejutan dgn `serangga-serangga`. Almaklumlah, selama tinggal di Jepun, berapa ekor sgt la nyamuk, lalat, semut yg ada...Kat sini, monyet pon boleh nampak depan mata.

Sebelum bercerita ttg Malaysia, rasanya mari kita habiskan entry untuk siri -- > Last OO in Japan.


Kami dah berkampung dirumah kohai dan menyelesaikan pemotongan bil2 yg blom selesai seperti elektrik, NHK, air & gas.
Kami juga berpeluang berjumpa dgn Makino-san, pakcik/datuk jepun yg byk menolong semasa kami baru sampai ke Jepun dulu, terutamanya dari segi persekolahan anak2.
Selain itu, menerima kunjungan mengejut dari seorang teman Indonesia yg tidak tau bahawa kami akan pulang ke Malaysia pd keesokan harinya.
Akhirnya kami bertolak ke Tokyo menaiki shinkansen pkol 315ptg dan sampai di Hotel area Narita lebih kurang pkol 730ptg.


Pagi yg agak awal kerana bertolak ke Narita Airport pada jam 7pagi...
Sempat juga la kami shopping beberapa helai baju T-shirt di uniqlo didalam airport.
Selain tu, semasa kat boarding gate baru perasan yg Jais  tertinggal camera didalam bas yg membawa kami ke airport.Alhamdulillah, ada beberapa rakan yg turut sama menaiki kapal yg sama dan sudi meminjamkan talipon untuk menghubungi pihak hotel.
Dan .... kapal terbang terbang tinggi seperti dijadualkan...

2 comments:

Bermulanya Satu Episod said...

lama juga menanti cerita terbaru..:-) sebab dah terbiasa membaca blog nie....

Suhaila Tahir said...

internet ada lembab, asyik tak berjaya je nak upload.Bila komen aritu, tiba2 bole la pulak...hehehe