Saturday 26 February 2011

Musim bunga hampir tibaaaaa

Alhamdulillah, tak lama je lagi dah bole say goodbye kat winter & snow. Sejak masuk bulan february ni, snow malu2 nak turun.Walaupon cuaca blom stabil, tp sang mentari sudah makin kerap menonjolkan diri.

Sakura juga dah berputik di beberapa kawasan Selatan Jepun.Tak sabar, tak sabar, tak sabar.

Bulan-bulan mendatang nampaknya bakal menjadi bulan yg penuh dgn xtvt.

1-Xtvt Jannah yg naik darjah 1,
2-Xtvt jahit menjahit yg perlu disiapkan sblm May/June         *blink blink jap*
3-Xtvt tengok baseball game (online je)         *Go Seibu Go*
4-Xtvt turun naik hospital utk checkup   *yg ni lemah sket ni*
5-Xtvt mengemas &pack barang2          *mana yg larat lerrr*
6-Dan lain2 xtvt yg sewaktu dgnnya


Sekarang ni dah masuk 26W dan baby sudah mula bergerak dgn agak aktif, lagi2 la kalo waktu mak dia nak tido *ishhhh*..
Apapon, seperti yg biasa diamalkan, selalulah bercakap/berpesan dgn baby didalam perut.Antaranya:
1- Bila dah lahir, kalau nak nangis, nangis waktu siang yer....malam tidoooo
2- Bila dah lahir, jgn nangis2 selalu & jgn byk ragam
3- Doa masa depan baby smbil usap perut

InsyaALLAH dalam masa terdekat boleh la mulakan senaman ringan utk menguatkan otot2 & memudahkan proses bersalin...
Jannah&Aliyah semasa Music Festival

Monday 21 February 2011

Panda di udara!!!

Memulakan hari baru di minggu baru dgn cerita Panda?? Kapal terbang Panda ??


Sbnrnya, pada arini, 2 ekor Panda akan di`terbangkan` dari China dan mendarat di Narita jam 9mlm.Dan, kemudiannya akan ditempatkan di Ueno Koen.Orang ramai bole mengunjungi mereka di Ueno Koen mulai hujung bulan 3 nanti...

Yang menariknya Panda-panda tersebut akan menaiki pesawat ANA yg diberi nama `FLY! Panda`.
Tengok ler gambo kat bawah ni...cute kan??
Pesawat FLY!Panda ini direka sebagai tanda kenangan 20th Anniversary CHINA-ANA lines pada tahun 2007.



Dan pastinya decoration kat dalam pesawat pon berdasarkan warna hitam & putih...tak percaya?
Kalo nak tengok lagi lanjut boleh refer SINI


Tiada yg mustahil di Jepun ni....

Thursday 17 February 2011

Mari check stock

Nampaknya menu roti macam dah jadi WAJIB la pulak kat rumah ni.Well, selama ni pon sarapan mmg kami makan roti pon, tapi sejak akhir2 ni Jannah & Aliyah dah pandai request itu ini kat mak dia la pula.


Biasanya Isnin mmg akan membuat makanan utk difrozenkan, kengkadang tu donut, kengkadang karipap(ini kalo tgh rajin ler) dan kengkadang tu pau(yg ni mmg kompem tgh rajin). Biasanya buat utk bekalan hingga Rabu.Kalo malas, su buat roti biasa atau buat tak tahu je ler...hehehe

Baru2 ni check & sorting stok makanan.Tujuannya nak bagi clear mana2 yg dah ter-expired etc.
Bongkar bongakr, jumpa stok kaya 2 tin besar & juga stok kelapa kering 2 plastik...Semuanya dah E*****D...Tau last2 jadi apa? jeng jeng jeng...

Kelapa kering bertukar wajah
Pau sblm dikukus : berinti kacang merah, kelapa & kaya
Malangnya....Jannah&Aliyah minat yg pau kacang merah je...makpaknya cuma dpt makan inti kaya & kelapa...huhuhuhu

p/s: teringat2 pau yg jiran sebelah rumah jual...sedap oooooo

Tuesday 15 February 2011

Pelawak

Terdapat beribu-ribu pelawak di jepun.Tak kira la pelawak bodoh, pelawak pandai, pelawak berilmu , macam-macam ada...maknyah pon bole glamer tau kat Jepun ni...takde tapis tapis punya.


Secara overall, kami (Su&Jais) suka je tgk variety show kat sini dan juga pelawak2 esp Matsumoto&Hamada dan juga Yabe&Okamura . Tak kurang juga rancangan2 host by Shimada Shinsuke seperti Quiz hexagon, Gyoretsu, Ii hanashi etc...walaupon berkonsep variety, byk info berguna disebaliknya.


Berbalik pada kisah pelawak, sebenarnya setiap tahun ada pertandingan M-1 grandprix untuk mencari pelawak plg lawak utk tahun itu.


Dalam byk2 pelawak, ada 2 pelawak yg sungguh ku tak berkenan tapi sgt2 ler kuat pengaruhnya...


Tahun 2007, Kojima Yoshio meletup dgn tagline "Sonna no Kankei nai" dan berimej seluar katak.





Tahun 2011 lak, Tanoshingo boleh dikatakan meletup la jugak dgn tagline " Rabu Chuunyuu", tetapi Tanoshingo ni kategori mak nyah.




Jannah & aliyah pon pandai tiru gaya Tanoshingo ni...mak dia pulak, tak lalu nak tengok.
Ada ke orang yg berselera?
*susah nak paham orang jepun ni*

Sunday 6 February 2011

Gong Xi Fa Cai

Duduk di negara orang ni mmg tak terasa ler Raya Puasa ke, Raya Haji ke, Raya Cina ke, Deepavali ke...smuanya sama je.


Sana sini kawan2 di Malaysia bercerita ttg cuti Raya Cina. Ada yg pergi holiday, ada yg penuh dgn jemputan kawin dan tak kurang gak yg balik kampung dan santai2 je.

Keluarga mertua tahun ni smuanya berkumpul sbb abang Jais kawin. Dapat merasakan riuh rendah `orang dewasa` sebab budak2 nya cuma ada 3 orang je....hehehehe.
Tapi tentunya lah kompem byk kuih2 kan....ish ish ish...sedapnyerrrr

Mak Su pulak katanya ikut kakak g jalan2 KL...rasanya g umah Mak Long dan gi jenguk cucu/cicit dia ler tu...

Me? Jumaat lepas segar bugar je. Elok je lepas abis monthly check up kat hospital, terus sakit tekak dan batuk2. Sabtu lak terus selsema + sakit lutut ler pulak...sgt2 sakit bila nak duduk bangun...macam2 dugaan...Alhamdulillah demam takde, cuma rasa berat kepala...Sabtu & Ahad ari ni Jais ambik alih tugas di dapur la...setakat goreng ikan, sayur, okonomiyaki dan steamboat je...

Dan untuk tak menghampakan Jannah yg mintak kek tak habis2, buatkan ler jugak `Baked Cheese Cake` ikut resepi kat kotak Cream Cheese je..

Gambo upload lain kali la yer....

Thursday 3 February 2011

Sew Along

Ya!!! ada sew along project kat MyBotang skrg ni untuk project Reversible Bucket Bag.
Menarik !!! lagipon mmg tgh plan nak buat diaper bag utk baby.
Emmmm...tapi bila tambah sana tolak sini, rasanya tak brani lak nakbagi commitment..

Anyway, sesapa yg berminat tu, boleh ler jengah2 blog sana yer....