Wednesday 20 February 2008

Birthday wish

Tetiba teringat kawan dari Sekolah Rendah yg sekarang ada kat Malaysia.Birthday dia pada 14-Feb yg lepas.Tapi, su tak wish dia pon.

Sebenarnya semua birthday kawan2 su mmg record dan of course kalo kawan yg rapat tu, mmg ada buat alarm la...Tapi entah kenapa, walaupon dah buat alarm, still susah nak bukak mulut to wish or drop an email@sms....Even to my best friend...yg skrg tak tau la sbnrnya apa status kitorang.Maybe ex-best friend agaknya(atas sebab2 yg lain ye...)

Rasa kekok betol nak wish org.Maybe dalam family sendiri pon mmg xde wish2 ni...dulu pernah gak kakak wish kat su, tp sendiri lak yang rasa segan.

Rasanya ramai kawan2 su yg berjauh hati....tapi...terimalah su seadanya.....kuikuikuikui

For me, persahabatan tu bukannya diukur dari segi ucapan birthday semata-mata, yg paling penting keikhlasan hati....

February oh February

Bulan Februari ni bulan paling pendek diantara lain2 bulan kan.Tapi entah kenapa, bulan Februari ni adalah bulan paling(betul ke ejaan ni??) sibuk, paling banyak belanja, paling banyak cuti dan paling paling.Entah kenapa bil telefon su plg tinggi adalah pada Februari.Sememangnya banyak kenangan di bulan Februari...antaranya...

2001 :
Final presentation masa kat Kosen ( Sekolah kat Jepun dari April-March)

Kena influenza....lepak oooo
2003 : Start serious dgn Jais ( hubby)
2006 :
Travel to Malacca ( hubby, Jannah and me)

Jannah tahan wad due to high fever...
Rcvd offer letter from NUT for Master course (hubby)
2007 : Paid RM 7k++for air ticket to Japan...uwarrrrghhhhh

Begitu la lebih kurang...

Dulu di office pon start bz bila masuk Februari sebab nak kena prepare laporan Costdown/New Model for meeting pada bulan March.Natsukashii na.....

Tuesday 12 February 2008

Sampah di Jepun - edited

Nagaoka City Hall dah edarkan guide book tentang pengurusan sampah.Buku yang sememangnya sangat lengkap dan padat.Semua jawapan ada kat dalam buku tu.Cara-cara buang sampah yg betul, jenis jenis plastik sampah, Contact number pengendali sampah dan berbagai-bagai termasuk yg paling su suka ialah dia ada buat list brg2 serta kategori masing-masing(moeru or moenai).

Agak-agak tak tahu sampah ni jenis yg maner, selalulah buka guide book tu.Especially kalau ada barang-barang besar yg nak dibuang.

Baru-baru ni pernah menonton satu discussion tentang sampah kat TV sini. Kurang ingat siapa wakil dari kerajaan, tapi for sure mmg orang yg ada nama la.Menurutnya....Pet-bottle yg dibuang akan dijual ke China.
Dengan erti kata lain:
- Rakyat Jepun mengasingkan/mencuci pet-bottle.
- Pengangkut sampah membawa pet-bottle ke tempat yg ditetapkan
- Kerajaan menjual pet-bottle ke China

Ternampak ada satu kerjasama disitu kan....dari satu negara.

Anyway, kalau su salah dan ada yg bole tolong betul kan fakta ni...Onegaishimasu!!!!

Seterusnya nak cerita lak perihal both my mom & MIL mengendalikan sampah..

My mom walaupon duduk kampung dan mengamalkan pembakaran terbuka, tapi dia tetap mengasingkan botol,tin dan pampers untuk dibuang di kawasan sampah( Dikampung kami takde tempat buang sampah).

My MIL lak, juga duduk di kampung dan mengamalkan cara yg sama.Bezanya botol dan tin disimpan hingga lah ada anak2 jiran yg datang ambil untuk dijual.Pampers lak dibuang kat dalam perigi buta....

Sharp, kilang lama su pula hanya dalam 2 tahun kebelakangan ni aje yg memulakan kempen 3-R dan juga pengasingan sampah.Walaupon ianya adalah kilang Jepun dan sudah beroperasi lebih 20tahun.

And me semasa di Malaysia....selagi bole mmg cuba untuk buat gomi bunbetsu.Walau tak seteliti dan kuwashii macam di Jepun.Ganbare!!!

Friday 8 February 2008

Menjahit

Tak sangka pula yang menjahit tu benar benar mengasyikkan.Lebih kain buat alas tilam dan bantal Aliyah masih ada, so terus gunting buat sarung bantal Jannah sekali.Selebihnya ingat nak buat beg kecil buat simpan kasut sukan Jannah (lagi preparation ke hoikuen (^_^)).

Beberapa xtvt dah sedia menunggu dari hujung minggu ni sampai la end Feb.InsyaALLAH.
Antaranya nak pegi Snow Festival, Kouryuukai with Nihonjin, Pergi Niigata untuk tukar Lesen Malaysia --> Japan(documentation), Pergi hoikuen untuk bincang masalah anak kawan dan tentunya ialah nak pegi main Sori lagi laaa...

Jika masa dan keadaan mengizinkan, nak panggil makan makan kat rumah ni.Since datang last April, belom pernah panggil ramai2.Ambil kesempatan untuk student yg nak grad juga la ni..

Rasanya dah dua hari angin kuat di sebelah Nihon-Kai ni...Semalam petang sampai berdentum bunyi kilat.Waktu tu ingatkan apa la yg meletup....Nauzubillah.
Pagi ini pon salji masih turun beserta angin.Harapnya next week dah tak turun salji setiap hari, tapi nampaknya ramalan masih kata salji ...salji...salji....

Pada semua, berhati-hati .....

p/s:Teringat 8 tahun dulu masa nak balik Japan semula, flight kena tunda sebab ada technical problem.Selepas 7 jam baru bole terbang, tapi cuaca waktu tu amat buruk.Dari Malaysia sampai ke Jepun, kapal bergegar-gegar kerana angin kuat dan hujan lebat.Seram!!!!!Nak pergi toilet pon tak berani.

Friday 1 February 2008

Jan 2008

Saikin, mood untuk menulis entry macam dah tak seghairah dulu la pulak...Mungkin juga kerana saikin kami sekeluarga tidur awal....930 mlm, dah bergelap.Atau mungkin juga tak tahu nak tulis apa...takde apa2 yg istimewa...everyday sama je xtvt nyer.Sampai sendiri pon dah naik buhsan dah.nak talipon kawan2 pon tak seronok sbb masing2 pon ada hal masing2. Nak bawak bdk2 ni jalan2 g Civic Center selalu sangat pon, malas gak sebab takde mainan baru lak kat situ.Musykil musykil musykil.... Tapi dalam pada tu....ada la juga benda best yg berlaku....
  1. Both Jannah & Aliyah dah diterima masuk Hoikuen April ni.Masuk Hoikuen yg sama dengan others Malaysian kids.Seronok nyer bila dapat surat confirmation dari City Center.Harap2 diorang cepat adapt dengan sensei diorang esp si Aliyah la.If everythings going well, boleh la su g carik keje.Fulltime or part-time ne???
  2. UTHM inform elaun sedang dalam proses pembayaran.Tapi dah dekat 2W tunggu, takde pon....anyway, skrg ni su tgh matome kan bills to claim.Tungguuuu!!!!
  3. Tertubuhnya group "Ahli Dapur"....hehehehe
  4. Inilah hasil jahit tangan sendiri...jangan salah sangka lak.Bukannya untuk my new baby, tapi for Aliyah.Ingat nak guna kat hoikuen April ni.Tinggal sarung bantal je yg belom.Tahun ni tahun orange la....