Tuesday 12 February 2008

Sampah di Jepun - edited

Nagaoka City Hall dah edarkan guide book tentang pengurusan sampah.Buku yang sememangnya sangat lengkap dan padat.Semua jawapan ada kat dalam buku tu.Cara-cara buang sampah yg betul, jenis jenis plastik sampah, Contact number pengendali sampah dan berbagai-bagai termasuk yg paling su suka ialah dia ada buat list brg2 serta kategori masing-masing(moeru or moenai).

Agak-agak tak tahu sampah ni jenis yg maner, selalulah buka guide book tu.Especially kalau ada barang-barang besar yg nak dibuang.

Baru-baru ni pernah menonton satu discussion tentang sampah kat TV sini. Kurang ingat siapa wakil dari kerajaan, tapi for sure mmg orang yg ada nama la.Menurutnya....Pet-bottle yg dibuang akan dijual ke China.
Dengan erti kata lain:
- Rakyat Jepun mengasingkan/mencuci pet-bottle.
- Pengangkut sampah membawa pet-bottle ke tempat yg ditetapkan
- Kerajaan menjual pet-bottle ke China

Ternampak ada satu kerjasama disitu kan....dari satu negara.

Anyway, kalau su salah dan ada yg bole tolong betul kan fakta ni...Onegaishimasu!!!!

Seterusnya nak cerita lak perihal both my mom & MIL mengendalikan sampah..

My mom walaupon duduk kampung dan mengamalkan pembakaran terbuka, tapi dia tetap mengasingkan botol,tin dan pampers untuk dibuang di kawasan sampah( Dikampung kami takde tempat buang sampah).

My MIL lak, juga duduk di kampung dan mengamalkan cara yg sama.Bezanya botol dan tin disimpan hingga lah ada anak2 jiran yg datang ambil untuk dijual.Pampers lak dibuang kat dalam perigi buta....

Sharp, kilang lama su pula hanya dalam 2 tahun kebelakangan ni aje yg memulakan kempen 3-R dan juga pengasingan sampah.Walaupon ianya adalah kilang Jepun dan sudah beroperasi lebih 20tahun.

And me semasa di Malaysia....selagi bole mmg cuba untuk buat gomi bunbetsu.Walau tak seteliti dan kuwashii macam di Jepun.Ganbare!!!

5 comments:

Unknown said...

assalamualaikum..salam perkenalan...
kami baru saja 4 bulan di sapporo,hokkaido...
hubby belajar saya dok umah jek..boring..

Suhaila Tahir said...

sama la kiter...
su pon dok umah juga, jaga anak 2 orang....

Unknown said...

ye ker?
er..actually nak panggil su apa ek..
panggil kak su ke?
saya baru 8 bulan kawen..blm ada baby lagik.. umur br 28 taun ni...
harap kita dapat jadik kawan..
maklumlah hidup kat negara orang ni...takde kawan lagik.
yoroshiku onegaishimasu. (tak pandai nihongo lagik)

lina said...

kita ada juga - perasan tak pekerja Alam Flora akan mengasingkan sampah kita sambil2 mereka kutip sampah. sebab ada sampah yang ada harga. makcik cleaner di blok saya pun mengamalkan kitar semula, saya bagi botol, plastik, surat khabar lama, etc dan dia jual & dpt duit poket. :-)

Suhaila Tahir said...

Sou2...orang Majlis bandaran kat tempat su pon sama gak...Rakyat Malaysia sbnrnya mmg baik..cehwahhhh(masuk bakul angkat sendiri)