Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Sunday, 31 March 2013

Beriani Gam & Mee bandung di PERIOK!!

Pelik ka baca title kat atas tu??
Sebenarnya itu adalah nama restoran yang menjual Beriani Gam yg sgt terkenal kat Johor tu!!! dan juga mestilah Mee Bandung kan??
Difahamkan, ada 2 branches..

1- Di Sungai Buloh
2- Di Food Court Medan MARA Jalan TAR, KL ( Sabtu & Ahad tutup ya)

Baru-baru ni, kami sekeluarga ke KL menemankan my roommate yg ada seminar. Kebetulan hotelnya betul2 kat jalan raja laut dan dekat la sesgt dengan SOGO etc...

hehehe..

Dan kebetulan, su ada seorang kawan lama sekolah rendah yg kerja kat depan hotel tu...apa lagi, kiranya jejak kasih la...15 tahun tau tak jumpa!!!

Lunch date je, tapi kitorang pegi makan kat sini la sebab restoran ni sbnrnya milik salah seorang kawan kami juga...

Serious!!! sedap !!
Mee Bandung nya lagi la!! MARVELOUS!!!

Jemput singgah ya kawan-kawan!! kompem puas hati dan perut!!!

Friday, 15 March 2013

Seluar kecik & remnants(lagiiii???)

Emmm...tak tau nak bermula dari mana, tapi yg pastinya su dah berjaya menjejakkan kaki ke jalan TAR selepas 15 tahun !!!
Ya lah, kalo dulu masa di UTMKL, Chow Kit, The Mall, Jalan TAR, Sogo hinggalah ke Dataran Merdeka tu kan tempat 'bermain' (hehehe). Sejak abis belajar, pegi Jepun, balik jepun, kerja kat Batu Pahat, pergi lagi Jepun, balik lagi Jepun, memang takde keperluan pon sebenarnya area situ..

Kebetulan, Jais ada seminar kat Quality Hotel - betul2 belakang Medan MARA.Waaaaaa...peluang keemasan la..

Ada beberapa cerita menarik sepanjang 3 hari setengah di KL.Later, su tulis satu per satu. Kita layan gambo ni dulu ya...hehehe..


Inilah seluar kecik yg sgt2 berbaloi beli - RM10 utk 6helai. Su angkut 4pek sekali arung. Seriously, mmg cute & kain pon molek berbanding seluar kecik 'murah' yang dijual kat pasar mlm dgn harga RM10 utk 3 helai!! 
Lokasi beli : Berhampiran GM Plaza berdekatan Chow Kit  




Hah!!! remnants !! remnants!!
Pkol 930pagi su dah pergi Kamdar Jalan TAR, utk bongkat remnants & juga cari kain Allan Thomas yg heboh diperkatakan dalam GGK. Allan Thomas beli 2 design sahaja sbb kurang berkenan dgn coraknya...
 Suka sgt kat remnants sbb byk jumpa kain yg panjangnya antara 3.5m-5m.Mmg muat utk buat baju Jannah & ALiyah.
Tak lupa juga remnants utk cotton lawn & cotton Ashley printed.
*bahagia*

Tuesday, 7 February 2012

Antara Johor Bahru dan Melaka

Tinggal di Batu Pahat sebenarnya kalo dilihat dari kedudukan geografi, boleh dikatakan berada tengah2 diantara Johor Bahru & Melaka (  Ayer keroh & Bandar Hilir).Tapi, kalo tanya su....su lebih suka untuk berbelanja di Melaka.

Sejak dari zaman bujang dan berkereta sendiri, selalu juga sbnrnya ke Melaka untuk xtvt Jalan-jalan Cari Makan mahupun Window Shopping. Barang2 hantaran tunang & kahwin pon beli di Melaka. Semasa Jannah kecil pon pernah Cuti-cuti Malaysia ke Melaka..

Reason?? mungkin sbb bandar yg tidak terlalu besar, jadi segala macam barang ada berdekatan.

Mengambil kesempatan cuti Raya Cina baru-baru ni ( sekolah cuti seminggu), kami sekali lagi telah ke Melaka se-family.Misi utama selain bersantai-santai ialah bertemu beberapa sahabat lama, xtvt makan-makan ikan bakar, xtvt ke Jusco & juga xtvt ke kedai Daiso(kedai 100yen Jepun yg berharga RM5 utk setiap barang)...

Yg plg mengejutkan ialah pastinya jalan baru yg besar dan selesa dari Muar hingga bandar Melaka tu...dasat ooo...mcm naik highway free je. Selain tu tentunya kepesatan dan kepadatan serta wajah baru Bandar Hilir. Padang Dataran Pahlawan yg dah bukan jadi padang rumput biasa, tapi dah berubah jadi Mall malah ada Menara Taming Sari.Jusco pon rupanya dah ada cawangan baru yg lebih besar, no wonder masa gi Jusco Ayer keroh tu rasa mcm byk brg dari orang...hehehehe

Kali ni kami menginap di Hang Tuah City Hotel (dahulu dikenali sebagai Straits Meridian Hotel) yg betul2 terletak di Lebuh AMJ dan berdekatan dgn Masjid Al-Azim...Walau apapon, ada beberapa misi masih belom selesai lagi...insyaALLAH simpan utk next rezeki ke Melaka.

Next entry nnti baru su cerita & maybe upload sket gambo ya...

Sunday, 18 July 2010

Tochigi - Day 3

Hari terakhir 'Jalan-jalan Tochigi' kami penuhkan dengan melawat tmpt2 menarik sekitar Nikko juga.Mula-mula ialah TOBU WORLD SQUARE.
Apakah keistimewaannya?? Sila rujuk sini untuk lebih details.

Salah satu bangunan 'mini'

Terlalu banyak bangunan dan gambar sebenarnya...tak larat nak bubuh...details bole pegi dalam Facebook.

Seterusnya kami menyusuri Kinugawa (Kinu River) seperti...

Pemandangan dari atas Jambatan Gantung KinutateIwa(鬼怒立岩大吊橋)



Onsen kaki berlatarbelakangkan sungai

Seterusnya...kami bergerak pulang ke Nagaoka tercinta...kehkehkeh.. Sebenarnya ada satu Dam yg kami jumpa otw back, dan ianya amat ler menggerunkan.....bukan setakat ianya terlalu tinggi, tapi sebab paras air tinggi dan HANYA KAMI SAHAJA yang ada disituuuuuuu

Apapon, kami selamat pulang selepas melalui gunung ganang...hehehehe..skrg ni tgh pikir2 plan utk autumn pula...hohhoho...sampaikah kami ke Osaka n Shikoku??? tungguuuuu!!!!

Saturday, 17 July 2010

Tochigi - Day 2

Selepas check-out Hotel, kami terus ke もみじ谷大吊橋 (Momiji Tani Ootsurubashi).
Ianya adalah Jambatan Gantung terpanjang di Jepun (320m) dan sgt cantik terutamanya dimusim Autumn.

Kemudiannya kami bergerak ke Nikko, salah satu tempat mesti pergi kalau anda melancung ke Jepun.Nikko adalah bandar lama yang terkenal dengan temple-temple sbnrnya, tapi kami tak pergi pon kesana..Kami ke Chuzenji-Lake dan air terjun sekitarnya.TETAPI...hanya ada satu jalan sahaja untuk kesana iaitu Iroha-zaka. Agak zannen sebab hujan renyai dan berkabus dan hasrat nak naik Ropeway juga terpaksa dibatalkan.
Seterusnya kami naik boat-cruising di Chuzenji-lake dan ke air terjun Ryuugen & Kogen.
Chuzenji-lake

Kegon Falls

Ryuugen Falls

Wednesday, 14 July 2010

Tochigi - Day 1

Ya...kami pergi bercuti ke Tochigi dari 10-July ~ 12-July.
Kali ni nak buat entry panjang sket dan berkongsi gambar dgn semua.

Bertolak dari Nagaoka pkol 630 pagi bersama2 Fauzi&Imah sekeluarga.
Tujuan kami adalah ke NASU ANIMAL KINGDOM & NASU GARDEN OUTLET.

Nasu Animal Kingdom terbahagi kepada 2 area.
1) Animal Town - arnab, kucing, bird, penguin, monyet kecik, penyu etc
2) Animal Farm - alpaca, sheep, horse, kangaroo, lembu etc

Alcapa - yg dicari2

Salah satu view di Farm area

With sheep

Selain daripada shows/ performances, yang paling menarik tentang Animal Kingdom ni ialah kita dapat lihat & dekati haiwan.Semuanya pon jinak2, kecuali Alpaca yg sembur Jais sebab marah Jais pegang kepala dia...kehkehkehkehkeh...

TANOSHIKATTA~~~

Friday, 22 January 2010

Tokyo trip

Ujung tahun 2008, kami ke Tokyo...
dan ujung tahun 2009, sekali lagi kami ke Tokyo...

Seronok ke pegi Tokyo???
Well....bagi kami yg berada kat tempat sejuk ni...best ooo g Tokyo...takde snow.

Actually misi terbesar pegi Tokyo ialah sebab nak jemput adik jais kat narita.
Xtvt kat Tokyo selama 3 hari ialah ......

Day 1 : 26-Dec-2009
Jemput adik kat narita, terus pecut g Disneysea.
Ronda, naik itu, naik ini, ambil gambo itu, gambar ini.
Dah main hampir 3/4 ari, drebar terpaksa cari port tido kat dalam Disneysea...hehehe
Lepas tu pi Hotel and Zzzzzzzzzzzzzz.......

-Disneysea-

Day 2 : 27-Dec-2009
Breakfast Maggie & Onigiri (kami bawak rice cooker&beras), ronda ke Tokyo Tower.
Check-in Hotel dan merayap ke Akihabara naik train.
Berdepan dgn hotel kami, ada satu kedai ASIA...sempat la jugak bershopping membeli stok.

Day 3 : 28-Dec-2009
Check-out around 9am++ , meronda Asakusa la pulak.
Lepas tu g Ameyoko @ Ueno --> mencari ikan segar & kebab.
Lunch dalam kereta je on the way to Iruma (Mitsui Outlet).


-Asakusa-

-Tobu Hotel-

Dan akhirnya....sampai ke Nagaoka semula lebih kurang 1 pagi ler jugak.
Rezeki ke Osaka takde nampaknya kali ni atas sebab2 teknikal yg tak dpt dielakkan...
insyaALLAH lain kali la pula...

Sunday, 9 August 2009

Himawari....



Semalam, sabtu pegi nengok Himawari kat Tsunan...Ini dah kali ke-2 pegi. Memula pergi tahun 2007, last year tak pergi sbb weather tak elok... Konvoi dengan Wan Nor sefamily & Hidayah.Kebanyakan family kat sini pergi camping kat Fukushima, tapi kami tak ikut sebab Jais nak kena g Fukuoka today... Weather....cloudy cloudy cloudy...tapi ok la...tak becak even one day before ujan agak lebat.



One the way back, singgah kedai tepi jalan...beli Tembikai (sedang), jagung (4batang), pisang sesisir(giant size), labu ( sedang) & buah prune kuning( 8biji --> sgt manis, macam rasa mangga pon ada ) ....total semua sekali 900yen....hehehehehhe


Aliyah masa 8 bulan

Friday, 3 July 2009

Ichigo Gari & Hana Matsuri

Waaaaa...lamanya tak update blog.fooooooohhhhh

Anyway, ni ada few pics taken masa kitorang g Ichigo Gari kat Shirone, Niigata.
Saja bawak Jannah jalan2 sebab dia macam stress semacam je g sekolah ( tgh bz renshu marching sbnrnya).
Alhamdulillah....ニコニコ.Lepas g Ichigo Gari, kami g makan Nan kat Jusco Kameda dan singgah tengok Hana Matsuri (Flower Festival) .

Jom, layan gambar


Sape tau ni bunga apa?


Petik, dan makan kat situ je...banyak ni 500yen.Tapi sedapppp ooooo.Tak sama macam yg jual kat kedai tu
Jannah yg gian nak petik ichigo sendiri

Besar tak??


Ni gambar honeymoon...

Wednesday, 15 April 2009

Hanami season

Bila keluarnya Sakura, baru ler terasa spring....Tapi tahun ni panas la...
Kalo compared gambar hanami this year dgn tahun 2007 & 2008, mmg beza betul bajunyer...
Tahun ni cuaca 'warm' hampir2 ke musim panas lak....

Tahun ni kami Hanami kat luar Nagaoka...iaitu Takada koen, Joetsu...
Mengambil kesempatan ETC yg dah murah tu pon yer jugak....
Kite tgk gmbr je la yer
Dan yg ini lak lukisan Jannah yg plg latest .....kuikuikuikui


Monday, 5 January 2009

Tokyo trip

Mengambil kesempatan cuti ujung tahun dan juga buih(kawan jais) yg balik ke Malaysia, kami ke Tokyo berjalan jalan dari 27Dec - 1Jan....

Penat mmg penat sebab turun naik tangga ( bukan semua station ada lif )!!!! dengan stroller etc.Mmg sakit kaki, pinggang, tangan....berjalan dan dukung Aliyah sebab stroller kena tawan dengan Jannah

27-Dec : Kami naik bas dari Kita-Nagaoka pkol 1105am dan smpi Ikebukuro eki pkol 330pm.Ronda2 jap kat eki smbl cari onigiri dan kemudian ke Chofu sebab ada Malaysian Night organized by MSAJ.Bayaran mahal gak la, 1000yen sorang ...tapi sebab ada duta datang, so pikirnyer mesti la menu pon gempak....TETAPI....rasanya best lagi menu kat nagaoka (hihiihihi)

Lepas abis tu, kitorang g umah buih kat Hiyoshi dan bermalam kat situuuuu

28-Dec : Ke Ueno Zoo....mak aiiii boleh tahan ramai org dan luasnye zoo.Ingatkan nak g half day je sbb nak ke Asakusa...tp akhirnya tak larat nak jalan punya pasal, cancel Asakusa dan g Amiya Yoko ( ala2 Petaling street ).Dinner kaiten sushi kat sini.Nak balik awal sket sbb besok nak kluo awal pagi to Disney!!!

Photobucket




29-Dec : Disneyland!!!!!!!! Ramai betul org kat sini.Beratur pon panjang dan sempat main 5 game jer...tapi budak2 enjoy dan tak meragam...OK la kannnnn
Kitorang tggu night parade dan bunga api, then baru balik.....

Photobucket

Photobucket
Photobucket


30-Dec : G Yokohama minato mirai & Anpanman Museum.
Seronok Aliyah & Jannah main kat tempat game & taman tepi laut....
Bile g Anpanman museum lagi la tak ingat mak bapak ....heheheh
Kitorang makan kat Pakistan restaurant, Khazanah (Quenn's Square)...Tabehodai 1000yen sorang.

PhotobucketPhotobucket



PhotobucketPhotobucket



31-Dec : Arini jalan2 ke Tokto Tower dan Odaiba.Baliknyer singgah makan kat kedai Pakistan, 2x2=8 kat Shimokitazawa (Shibuya).Ini mmg best!!! saikou!!!!!

PhotobucketPhotobucket



Photobucket

1-Jan : lepak2 kat umah buih sambil tggu dia balik.Breakfast KFC Malaysia tuuuu...Many thanks la buih yer dan omedetou sbb dah jadi ayah dah skrg ni....hihihi
Kluo lunch dgn buih dan hanafi kat shin-okubo b4 berpisah....

Photobucket

Monday, 22 December 2008

Ikan pari asam pedas

Mengambil peluang hari cerah & 'panas', kami sekeluarga ke Teradomari utk outdoor activity.
Almaklumlah, bukan senang nak jumpa matahari sekarang ni....

Oleh kerana ada urusan di kedai Toyota pagi tu, kami ajak la sekali keluarga Ayu & Imah.

Apa hasil tangkapan??hehhehehe...apa lagi kalo bukan ikan tenggiri, sotong dannnn ikan pari.
Selama ni macam tak pernah lak jumpa ikan pari, so apa lagi....sambar la sepinggan...

Ahad lak ikan pari tu separuh su gulaikan jadi asam pedas & separuh lagi bakar je buat Aliyah & Jannah....mak aiiiii sodap nyer...lembut nyer...manisnyer....

Lama betul tak makan ikan pari kann...aritu masa balik mesia, nak gak beli ikan pari, tapi bila teringat mak tak makan ikan pari.....tak jadi la beli.
Sebenarnya arwah abah suka sgt makan ikan keli & ikan pari.Dulu masa bujang2, rajin gak bawak arwah abah makan ikan keli kat pasar Parit Raja.Sejak abah meninggal, mak tak mau dah makan ikan keli & pari


Friday, 14 November 2008

Autumn viewing : Kurobe,Toyama

8-Nov lepas ke Kurobe gi autumn viewing.Aktiviti biasa waktu autumn season la kan.Kali ni g ramai2 naik bas pelancong je...Best jugak naik bas sekali sekala ni, tapi adalah jugak rasa payau2 sket...hehehe

Bertolak jam 8am from Gidai dan smpi Gidai semula pukul 630pm....

Sesapa yg nak g tempat ni next year, bole la belek2 website nya.For sure jgn lupa bawak baju setebal yg bole....dan gloove.Sejuk ooooo sebab 1hr30min dok dlm mini train yg open air plus hilly area.........

Yg pasti mmg Saikou!!!Rugi kalo tak pergi...

Kite layan gambar...

Tuesday, 28 October 2008

Am back

It is already over a month not blogging.Seriously there is no rest time while i was in Malaysia.
Dah balik Nagaoka on last Sunday, 26-Oct-2008. Arriving Narita around 630am.

Btw, perasaan sedih,terkejut dan gembira masih terbawa2 sampai ke hari ni lagi...Bila sampai Nagaoka, ada perkara yg agak mengecewakan...well well well...next entry kite cerita panjang lebar la yer.

Ni nak cerita kisah kelako masa kat Narita airport.

Before balik aritu dah siap siap beli tiket densya & shinkansen, tapi masa nak pass thru machine tu, kena rejected la pulak.Bila check, rupa rupanya tiket tu punya tarikh ialah Sept 26....bukannya Oct 26.Nasib baik la officer tu baik hati nak amend tiket tu tanpa byk songel.Agaknya dia kesian kot...dengan dukung Aliyah tgh tidor...dgn Jannah nyer lagi..
Ni Jais la ni, beli tiket selah bulan la pulak!!!!!Dah la waktu tu cash cuma ada 4sen yen jer...Kalo tak, tak pasal pasal kena carik ATM...

Dalam keretapi to Tokyo, kami bertiga pakat tidurrrrrrr...lps tu tukar naik Shinkansen lak.
Masa nak thru officer kat Shinkansen counter tu pon luckily dia tak byk soal.Alhamdulillah...

Anyway, arrived at Nagaoka station at 1156am.Aliyah nangis bila nampak ayah dia...Rindu la tu..

Monday, 5 May 2008

Demam Tulip part II

04-May kami pergi melawat cek tulip lagi.Kali ni pergi dekat je kat Nagaoka ni, Echigo Hillside Park.

Dari rumah bertolak jam 10am.Kesudahannya.....2km before masuk junction ke Echigo Koen tu kereta dah berbaris panjang.Tapi kami masuk ikut jalan rahsia, so takde la kena Q lama sangat.

Tulip memang cantik, tapi lebih kecil dari yang kami pergi kat Tainai City last week.Cuma yang seronoknya kat Echigo ni ialah ada banyak mainan.Mmg seronok habis esp budak2 la kan..

Tapi cuaca yg teramat panas arini membantutkan semangat nak main dan juga berposing dengan Cek Tulip.Tahun lepas juga yg sedang elok cuacanya, tapi that time Aliyah baru je 4bulan..mak dia tak dapat nak main sakan...Sob sob sob

Lepas santai2 lebih kurang, kami pon balik la dalam pukul 1ptg..Masya ALLAH banyak betul kereta yg masih Q nak masuk ke Koen.
Ad sorang kohai tu Q sampai 3jam baru bole masuk parking....Jenuh

Next year???
Ingat kalo ada rezeki, nak pergi Gunma Flower Park la
Bole melencung ke Safari Park sekali kan....

Monday, 28 April 2008

Demam Tulip

Sakura berlalu, Tulip pula menjelma....Demam bunga nampaknya masih belum habis.

Ahad lepas, kami berjalan ke Niigata ( about 70km from Nagaoka ).Main purpose nak menjamu mata dengan Tulip dan juga makan Nan.

Tempat tulip tu kat Tainai City, betul2 bandar sebelah dengan Niigata Driving Center.Hompeage boleh lihat kat sini ye.

Sebenarnya plan nak pergi konvoi ramai2.Tapi terpecah 2 trip lak atas sebab2 yg tak boleh nak dielakkan.Family Afifah, Onie, Suzong, Gino & Wan pergi hari Sabtu. Family Kak Suhana & me sahaja yg pergi hari Ahad. Tapi cuaca hare Ahad tu, puas la bergambar.

Tapi sayangnya tak banyak gambar family yg cantik semuanya gara2 Aliyah yg tak mau ambil gambar.Makin besar ni susah betul nak ambil gambar dia.Nampak gayanya ada chance la mak&bapak Aliyah nak ambil gambar 'berdua'....kuikuikuikuikui

Tapi takpe...4 may ni revenge kat Echigo Koen lak...Masuk free ooo

Cek Tulip sekalian, tunggu kami di sana ya!!!!!




Saturday, 26 April 2008

April yang padat.....

Lama benar tak menulis, dan lama juga tak visit blog2 yg lain.Sejak udak2 ke sekolah ni, masa rasa mcm pack la sesangat...Sampai kena tegur dgn cousin sebab tak update blog...kuikuikui...So, ni nak balas dendam la ni...lumpsum kan semuanya...

[A-Hoikuen Jannah & Aliyah]
Jannah dari hari ke-3 dah mula antar sampai petang(4pm).Aliyah lak step by step la.
Sampai 1030am -> 1W++, sampai 1230 -> 3days dan start 3rd Week dah mula sampai petang.
Alhamdulillah Aliyah bole adjust with new environment.Almaklumlah kan...since umur 3 bulan melekat je dgn mak dia...susu pon susu badan aje lak tu.Skrg ni kalo pagi2 tu nangis la kena tinggal, tp lepas tu diam dah sensei diorg kate...

[B-Sakura]
Every weekend g nengok sakura sbnrnya....Mula2 tu join MaDiNa nyer Hanami sambil BBQ kat Yukyuzan.Pastu kitorang g Hanami sendiri kat belakang Nagaoka-eki, akhir sekali kitorang berhanami kat bawah pokok Sakura NUT/Gidai aje...Cuma kempunan nak ambil gambar sakura kuning...Maaf Kak Lela.Sakuranya lambat saikai, bila g lagi sekali dah gugur dahhh(T_T).



[C-Baby]
16-April yg lepas,sorang Malaysian kat sini selamat melahirkan baby sulong mereka...Baby boy named Irsyad Zafran Bin Mohamad Azahari.Nick name pendek jer...BOY.
Since waktu tu ALiyah pon dah stable kat hoikuen, so selalu la jugak menjengah mereka kat hospital...bila dah kluar hospital pon pergi juga jenguk mereka...'kerjakan' baby diorang...mandikan, lapkan, bedung, urut, tuam etc..Nobody from Malaysia yg datang jaga diorg masa pantang...Ganbare!!!!

[D- part time]
Bila Aliyah dah sampai petang kat Hoikuen, mula la g cari2 part time.Tempat2 yg Malaysian ada buat baito cam Narusu, Kappa Sushi, Kilang Senbei semua penuh.Yang kosong cuma ada satu je...Sushi Ondo.Tu yg petang ni nak g interview ni...Wish me luck ne!!!

Monday, 5 November 2007

Momiji part II






Momiji-Mapple

During autumn tentulah kite tak bole nak melupakan ikan sanma.Selain itu for sure mestilah g nengok momiji.On 04-Nov-07, kami membuat konvoi Malaysia nak menikmati keindahan momiji.Even bukan dia nyer peak time, nak gak g sebab takut ujan lak next weekends.Location kami ialah Yahiko Mura-about 45km from Nagaoka.Total of 6cars yg ikut serta.


Original plan nak depart from Nagaoka at 9am, tapi sebab nasi lemak still tgh masak, so last2 dlm 945am baru bergerak.Traffic agak sesak on the way ke sana dan bertambah sesak apabila kami tiba di Yahiko Mura tu.Adalah dalam 20min jugak Q.



Very nice koen cuma sayangnya momiji warna kuning blom nampak lagi...Tapi mmg cantek sebab kite bole nengok real momiji depan mata sendiri.Kadang2 rasa pelik dengan Jepun2 ni.Mereka duduk bertahun2 dinegara sendiri, tapi bila waktu momiji, sakura etc......dengan mereka2 sekali macam orang jakun berebut2 amek gambar.



Selepas kenyang melantak bento masing2 dan solat, kami pon berangkat pulang sambil singgah di Teradomari ( yg Jahrera panggil sebagai pasar ikan Nagaoka).Di sana saya jumpa ikan tenggiri - 250yen/ekor.....hehehehehehehhehehhe

Mungkin juga kerana group kami agak ramai...total ada 26org, so adalah jugak suara2 sumbang makcik2 jepun....nasib baik la dia cuma kata "Ramai benar foreigner arini, susah lak aku nak ambil gambar kat situ".Masa kami sembahyang di one of the kawasan lapang there pon ada mata2 yg memerhati. Ada seorang budak baru dalam 1++ years pon terpaku tengok kami semua.Mungkin otak dia pening nak bagi info tentang siapa la GAIJIN ni....