Monday 29 March 2010

Speedy Cooking

Masa kat Malaysia, rata-rata cuma memasak bila Sabtu&Ahad je...Almaklumlah, duduk dgn mertua, biasanya mmg balik kerja dah siap la semua...tinggal N-G-A-P je...hehehe

Bila datang Jepun ni, semua pon kena lah buat sendiri semula.

Waktu tu seperti biasa la, bila ada baby, terhad la sket pergerakan...
Masa di dapor pon amat terhad...tapi, memasak tu takde la terasa susah sgt sbb byk makan yg bakar2 atau sup2...

Selain tu, cara mak seperti lada blend sentiasa ada dalam peti ais....ikan bilis semua dah siap kopek, lada kering yg blom belnd semuanya dalam keadaan dah buang biji etc mmg sangat-sangat MEMBANTU...

Selain tu, kalo dalam freezer lak...ikan mesti dah siap siang, ayam dah potong...daging pon biasanya dah rebus siap2..

Dalam masa yang sama, memikirkan camner nak bagi cepat siap keje kat dapo...

Kemudian, wujud la bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis yang dah siap blend dalam peti ais...biasanya buat untuk stok seminggu...

Idea ni mmg sgt sesuai terutama sekali bila dah masuk musim panas bilamana barang mentah cepat rosak...takde lagi kisah bawang kluo akar atau halia kecuuutt.

Kengkadang tu kentang pon rebus siap2, then masuk freezer...carrot pon sama kalo ada SPACE dalam freezer ku yang comel ituu.

Bebaru ni, masa dalam satu rancangan memasak kat TV, chef tu ada tunjuk peti ais dia..
mak aiiii....semuanya frozen...
carrot, labu, spinach dan sampaikan bawang yang dah tumis pon ada..

fuuuuhhhh....
tetiba terpikir lak melampau tak kalo tumis pes kari or masak pedas siap2...then frozen kan???





Friday 19 March 2010

Alergic Test

2 minggu yg lepas, ada cerita pasal kisah Aliyah batuk...

Dan selepas tu ada buat Allergy Test(Blood test) sebab nak tahu kalau2 Aliyah ada allergic.
Total ada 12 allergen yang di check yang boleh dibahagikan kepada tumbuhan, haiwan, habuk dan makanan.
Dan juga nak tahu sejauh mana kuatnya allergen dalam darah ataupon IgE level dalam bahasa medic.Semakin tinggi IgE, maknanya semakin kuat allergen dalam darah.

Dengan adanya result ni, selain kita tahu ttg allergy, ianya boleh membantu doktor untuk bagi ubat&dos yang sesuai...


Result aliyah :

NEGATIVE pada Tumbuhan, Kulit Kucing/Anjing dan makanan..
POSITIVE pada House Dust & Dani/Hama( esp pada bulu kucing, carpet etc)

Sebenarnya setiap Allergen tu semuanya ada 6 peringkat/level.

Aliyah POSITIVE LEVEL 3 untuk Dani/Hama...
dan POSITIVE LEVEL 4 untuk House Dust

IgE lak 48.2 IU/ml yang mana lebih tinggi sdkt dari average.

Walau apapon, doktor kata, TIDAK PERLU BIMBANG sebab tak teruk...TAPI....tetap kena HATI-HATI.



Sunday 14 March 2010

Filemail.com

Maybe ada yang dah tau dan menggunakan website ni...tapi just nak share satu website yg membolehkan kita send file bersaiz besar (esp Video) melalui email...

Iaitu --> FILEMAIL.COM

Cubalah...

Hijrah

Bulan Mar adalah bulan terakhir dalam sistem tahunan Jepun. Sesi persekolahan tamat pada akhir Mar, kilang-kilang tutup akaun juga pada bulan Mar, inventory juga pada bulan Mar.
Boleh dikatakan, banyak acara-acara pada bulan Mar seperti Farewell, Pencen, Tenkin(tukar tempat kerja), Sotsugyou...etc

Di Nagaoka, seramai 33 orang akan tamat pengajian pada akhir bulan ini dan ada yang sambung belajar di Jepun, ada yang menjadi Syakaijin tak kira la bekerja di Malaysia atau bekerja di Jepun.Ada juga yang memulakan kehidupan baru ditempat yang baru ...

Apapon, tahniah pada semua dan all the best...


My Graduation Day- 09032001


Sunday 7 March 2010

Saya dah 5 tahun....

Ya....
Harini Jannah dah genap 5 tahun.
Bila tanya, nak makan apa???
--> nak makan pizza kat restoran Oren (Saize)...

Bila tanya nak hadiah apa???
--> nak kek yang ada tulisan "Jannah" kat atas , sama mcm yg ibu buat masa birthday aliyah.

Hohohoho...
Esok lusa ler baru buat kek ye...
whip cream tak beli lagi laaa.

Apapon...semoga sehat2 selalu dan ganbatte belajar "Bacalah Anakku , Al-Furqan & Read Easy"


Jannah @ 11 bulan

Thursday 4 March 2010

Tukang lipat baju


Hehehehe...ni nak perkenalkan tukang lipat baju su yang baru....hehehehe.
Setakat baju Jannah & Aliyah, bole la suruh minah ni lipat...hehehe
Siap simpankan dalam drawer lagi...hehehe
Yatta !!!!!!



Kisah aliyah

Aliyah mula batuk-batuk lepas ambil dia dari Nursery....Dan batuk-batuk tu berterusan dan makin teruk hingga nak bernafas pon nampak susah. Dada pon berbunyi dan semalaman dia tak tido nyenyak...

Kalo tengok dari symptom tu...rasanya memang tanda-tanda asthma.Lagipon dah mmg ada gen asthma dalam family dan ramai anak-anak sedara yang idap asthma masa kecik....Asal lebih main, lebih ketawa....biasanya diorang akan sesak nafas...

Dan nak dijadikan cerita, sensei dia mmg kata semalam dia puas main kat taman..

Pagi ni pergi la bawak ke klinik Kanak-kanak....
Mmmmm....oxygen level dalam darah kurang...
Apapon, doktor tak sahkan lagi la mmg asthma...sebab dia kata nak kena buat test dulu.
(Doktor suggest buat alergic test)
Kebetulan pula skrg ni nak tukar musim ke Spring...gap suhu malam & siang kalo besar sangat pon bole sebabkan batuk...

Apapon, dia bagi ubat antibiotik & cairkan kahak untuk kids yang kena asthma, selain dari ubat2 wajib (selsema/batuk/antibiotik biasa).

Ubat-ubatan


Dan juga ubat tambahan untuk cairkan kahak jenis liquid yang kemudiannya bila diproses, bertukar jadi gas...
Klinik pon beri pinjam mesinnya sekali untuk tempoh seminggu.

Mesin mencairkan kahak


Mmmm...alhamdulillah nampak macam dah kurang sket...
Cuma...masih tak putus berdoa semoga ianya bukan asthma.


Aliyah dirumah