Friday 8 February 2008

Menjahit

Tak sangka pula yang menjahit tu benar benar mengasyikkan.Lebih kain buat alas tilam dan bantal Aliyah masih ada, so terus gunting buat sarung bantal Jannah sekali.Selebihnya ingat nak buat beg kecil buat simpan kasut sukan Jannah (lagi preparation ke hoikuen (^_^)).

Beberapa xtvt dah sedia menunggu dari hujung minggu ni sampai la end Feb.InsyaALLAH.
Antaranya nak pegi Snow Festival, Kouryuukai with Nihonjin, Pergi Niigata untuk tukar Lesen Malaysia --> Japan(documentation), Pergi hoikuen untuk bincang masalah anak kawan dan tentunya ialah nak pegi main Sori lagi laaa...

Jika masa dan keadaan mengizinkan, nak panggil makan makan kat rumah ni.Since datang last April, belom pernah panggil ramai2.Ambil kesempatan untuk student yg nak grad juga la ni..

Rasanya dah dua hari angin kuat di sebelah Nihon-Kai ni...Semalam petang sampai berdentum bunyi kilat.Waktu tu ingatkan apa la yg meletup....Nauzubillah.
Pagi ini pon salji masih turun beserta angin.Harapnya next week dah tak turun salji setiap hari, tapi nampaknya ramalan masih kata salji ...salji...salji....

Pada semua, berhati-hati .....

p/s:Teringat 8 tahun dulu masa nak balik Japan semula, flight kena tunda sebab ada technical problem.Selepas 7 jam baru bole terbang, tapi cuaca waktu tu amat buruk.Dari Malaysia sampai ke Jepun, kapal bergegar-gegar kerana angin kuat dan hujan lebat.Seram!!!!!Nak pergi toilet pon tak berani.

2 comments:

Nina Suria said...

salam suhaila, menjahit kain perca memang seronok, apalagi jika tiada siap yg menggangu, pasti sehari tu gak nak siapkan, kan??

btw di jepun angin kencang, di ulu brunei tengelam, air bah. :(

Suhaila Tahir said...

Salam Kak Nina,

mmg seronok...tp masalahnya ada 2 og budak kecik ni yg mengacau...sabar aje la...