Monday 19 September 2011

Konflik

Ada beberapa konflik telah kami jangkakan akan berlaku sebelum kami pulang ke Malaysia.
Dan seperti yg dijangka, segala perkara yg digusarkan sememangnya berlaku walaupon bukan semua.

Sahabat di Nagaoka bertanya perasaan kami untuk meninggalkan Nihon...Secara jujurnya kami tiada masa yg mencukupi untuk bersantai-santai dalam 2 bulan terakhir kami di Nihon...hinggalah pada hari terakhir kami di Nagaoka pon, Jais masih ada urusan di University.

Jika 10 tahun lalu ( uishh...lamanya ) su menangis didalam ferry semasa meninggalkan Nihon (kami menaiki ferry dari Shikoku ke Kobe dan seterusnya menaiki bas ke Kansai Airport), tiada airmata yg gugur sewaktu meninggalkan Nagaoka menaiki Shinkansen. Dan tiada juga airmata yg gugur sewaktu kami menaiki pesawat MAS.

Tidak dapat dinafikan peristiwa 11-Mar-2011 sedikit sebanyak sbnrnya mempengaruhi emosi. Apa peristiwa 11-Mar tu, rasanya tak perlu la dicerita lagi...Peristiwa yg berlaku bukan setakat di Fukushima, Aomori, Miyagi malah di Nagaoka sendiri sbnrnya meninggalkan kesan yg agak dalam pada su. Su sendiri menjadi agak sensitif selepas itu dan lebih suka bersendiri.

Walaubagaimanapon, rasa sayu dan sebak terasa jauh di dalam hati tatkala melihat Sky Tree Tower dari dalam keretapi semasa menuju ke Narita.

Ya, bukan mudah nak melupakan Nihon, bumi kami menumpang teduh hampir 8tahun ( termasuk yg dulu).Jika semasa bujang dulu, hampir 6bulan-1tahun masa diambil untuk betul2 melupakan Nihon.

Apapon, bak kata orang..."Hujan emas di negara orang, Hujan batu di negara sendiri, Lebih baik di negara sendiri"...ya...masa depan anak2 sebenarnya mmg diMalaysia.

Aliyah ada kalanya mengajak untuk pulang ke nagaoka...ada kalanya mengajak untuk membeli `jajan` kegemarannya di Uoroku@Sanki@Narus...hehehe

Secara keseluruhannya kami sekeluarga dalam keadaan sehat di sini, budak2 pon dah menyesuaikan diri dengan cuaca panas, nyamuk, lalat, semut,...dan su pula masih memerlukan SEDIKIT masa lagi untuk sesuaiikan diri dalam pelbagai sudut..InsyaALLAH...sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

5 comments:

Bermulanya Satu Episod said...

INSYAALLAH....

Idayu said...

ha3..kelako aliyah nk beli jajan kat uoruko eh?

jannah n aliyah dh sekolah blom? korang duk kat mna skang nih?
nagaoka dah mula sejuk, kalu lalu kat bwh tuh mesti nk tgk rmh korang n terpandang2 budak2 tuh..

Ina said...

kita skrg tgh rindu sgt kt nihon smpikan xboleh baca cerita n status kwn2 berkaitan nihon. nnt sedih. kdg2 rasa nk blk sana. tp bila pk dlm2 mmg betullah lbh baik kt sini. byk benda lain kita xboleh dpt kt nihon. ada byk perkara utama kita kena pikirkan n kena setel down kt sini kan. sama2 kita sabar kak su. kak su dok mana skrg?

suhaila said...

@kak Nini
TQ ;P

@Ayu
Dari ari last day tu Aliyah ajak beli `Ichigo choco ball`, tp cari kat kiosk area eki tak jumpa la pulak.Tu yg dia bising2 sbb tak singgah Uoroku b4 balik aritu...Sampai ler arini tiap kali g kedai, dia pesan suruh beli Ichigo Chocoball..haishhh

Skrg kitoranng kat Senggarang.Esok Jannah start sekolah pra-sekolah & tadika agama

@Ina
kann...kak su tiap2 mlm masih bukak yahoo japan sbb nak follow baseball...kehkehkehkeh..sabo je la yer..

Anonymous said...

selamat kak su..