Wednesday 21 September 2011

Tadika

Persekolahan Jannah dan Aliyah di Malaysia boleh dikira sebagai pengalaman pertama su dengan sistem pendidikan Malaysia.Perasaan ingin tahu isi kandungan pembelajaran juga agak meluap-luap kerana di jepun ada amalan open-day/school wpon hanya level tadika.

Beberapa tadika swasta selain pra-sekolah adalah option buat kami yg tinggal sekitar Parit Raja.Ada sesetengah kawan yg menghantar ke tadika swasta berteraskan Islamic, ada yg memilih Tadika Cina dan ada juga yg memilih pra-sekolah.

Oleh kerana lokasi rumah kami  yg terletak dikampung dan agak jauh dari pekan, kami memilih pra-sekolah di Sekolah Rendah berhampiran disebelah pagi dan juga Tadika Agama Johor (kelolaan Majlis Agama Islam) di sebelah petang.
Silibus di pra-sekolah agak diyakini kerana cikgunya mmg mendapat latihan untuk mengajar kanak2 di pra-sekolah.
Begitu juga dengan silibus di Tadika Agama.

Walaubagaimanapon, melihat suasana pembelajaran terutamanya di Tadika Agama agak sedikit menggusarkan.Suasananya agak muram dan tidak menceriakan...Wallahualam...

Sememangnya untuk membandingkan dengan sistem tadika & sekolah Jepun, mmg sgt2 berbeza.Tapi, setiap negara ada cara dan sistem masing2 yang telah dibentuk untuk memenuhi objektif dan keperluan negara itu sendiri.

Tetapi, bila difikir semula...bilangan murid yg hanya ada 20 orang mmg banyak membantu..terutama sekali untuk Jannah dan Aliyah yg baru saja nak berkenal-kenal dgn sistem sekolah Malaysia.

Tiada harapan menggunung pada Jannah & Aliyah dari segi markah atau nombor periksa...hanya berdoa mereka cepat menyesuaikan diri dgn persekitaran.Yang selebihnya terpulanglah pada mereka.

4 comments:

Bermulanya Satu Episod said...

dah antar sekolah ye.. mudah-mudahan jannah dan aliyah dapat menyesuaikan diri... memang jauh berbeza cara pembelajaran di sini su...

suhaila said...

Haah dah mula pagi ptg, tp Jannah sorang je ler.So far ok je, cuma bila bgn awal pagi tu dia komen la nape kenapa kena g sekolah waktu mlm...siap bukak pintu lg tgk betul ke dah pagi...hahaha

lina said...

mudah-mudahan senang untuk Jannahn & Aliyah bersekolah.

Raimie dulu, kami hanya hantar ke Tadika Perpaduan sebab niat kami menghantar ke tadika hanya untuk dia bergaul dgn rakan sebaya. Tak kira pasal markah, keputusan periksa dan kerja rumah menggunung. Alhamdullilah, dah 3 tahun dia disekolah rendah, tak adalah dia ketinggalan mana pun.

Saja berkongsi pengalaman, Su. :)

suhaila said...

TQ Lina,

Sgt2 membantu pengalaman Lina tu..
Skrg su dah Ok dah..tak risau dah..hehehe