Saturday 21 May 2011

Sejam di Higashiyama Family Land

Cuaca di Nagaoka ni semakin hari semakin panas, terutamanya sejak minggu lepas.Hampir setiap hari mencecah 26C, yg mana sama dengan suhu hujung bulan 7 tahun lepas.Ramalan mengatakan minggu depan baru suhu turun sket...Kak lela yg diOkinawa kata Okinawa cuma redup2 je dengan suhu sekitar 21C-22C...

Dunia oh dunia...

Memandangkan hari ni jais malassss ke lab, kami pergi ke Higashiyama Family Land untuk melihat arnab, kambing putih & pony.Sebenarnya mmg setiap tahun kami akan ke sini, terutama sekali ke atas puncak bukit, memasang khemah & bersantai2 di situ setiap kali summer mula menjengah.

Sebenarnya ada juga standby khemah dlm kereta, tp oleh kerana ni bidang terjun punya rancangan dan masing2 tak bawa bekal utk lunch, hanya sempat ke tempat haiwan je ler..

jom layan gambo..



No comments: